Triumph buka pusat pameran lebih besar di P. Pinang

Triumph buka pusat pameran lebih besar di P. Pinang

Demi memberikan servis lebih baik kepada pelanggan di bahagian utara seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis, Triumph Malaysia telah membuka pusat pameran baru yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, Minden Heights, Gelugor, Pulau Pinang. Selain ruang pameran, pemilik juga boleh mendapatkan khidmat servis serta penjagaan untuk motosikal Triumph mereka di situ.

Dengan pembukaan pusat pameran di Pulau Pinang ini, ia telah menjadikan keseluruhan jumlah pusat pameran dan servis rasmi Triumph sebanyak enam buah. Selain pusat sehenti utama di Petaling Jaya, Triumph Malaysia juga mempunyai cawangan di Johor Bharu, Kuching, Kota Kinabalu dan dua di Pulau Pinang.

“Di Triumph Malaysia, kami menganggap servis sebagai perkara penting, sama seperti jualan. Tidak bagus jika sekadar menjual motosikal tetapi tidak dapat menyokongnya dengan servis yang baik,” kata ketua pegawai operasi Fast Bikes Sdn Bhd (Triumph Malaysia), Datuk Razak Al-Malique.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required