MB Negeri Sembilan gesa penternak jangan biarkan haiwan ternakan memasuki lebuhraya di negeri itu

MB Negeri Sembilan gesa penternak jangan biarkan haiwan ternakan memasuki lebuhraya di negeri itu

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa agar penternak haiwan di kawasan kampung berhampiran lebuh raya diminta mengawasi haiwan ternakan mereka daripada masuk ke jalan raya dan boleh mengakibatkan kemalangan, laporan Bernama.

“Haiwan ternakan melintas jalan memang kita tidak sempat untuk mengelak, kalau kita mengelak akan membahayakan pemandu lain, akibat daripada menukar lorong secara tiba-tiba yang akan menyebabkan kemalangan,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut berkata, tindakan segelintir orang yang tidak bertanggungjawab memotong pagar lebuh raya juga merupakan satu daripada faktor haiwan memasuki kawasan lebuh raya.

“Jangan dipotong pagar tersebut, dipagarkan lebuh raya itu disebabkan tidak mahu binatang ternakan melintas,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Program Keselamatan PLUS bersama Penduduk Setempat Kampung dan Ladang Mukim Rantau, Negeri Sembilan.

Manakala, PLUS dalam rekodnya pada tahun 2015 menunjukkan lima kemalangan berlaku di laluan Senawang-Pedas Linggi, yang berpunca daripada binatang ternakan berkeliaran di lebuh raya.

Jumlah tersebut meningkat pada tahun lepas dengan sembilan kemalangan dan setakat enam bulan pertama tahun ini, dua kemalangan direkodkan berpunca daripada kes yang sama.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required