PLUS bagi rebat tol sehingga 20% sempena Deepavali – lorong tambah nilai ditutup, TTA dikeluarkan

PLUS bagi rebat tol sehingga 20% sempena Deepavali – lorong tambah nilai ditutup, TTA dikeluarkan

Sempena dengan perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 18 Oktober ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sehingga 20% serta mengeluarkan jadual perjalanan (TTA) bagi membantu mengagihkan trafik. Ia merupakan sebahagian daripada langkah PLUS untuk menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuhraya PLUS.

Penawaran rebat 20% untuk transaksi menerusi kad PLUSMiles adalah untuk menghargai kesetiaan dan sokongan pemegang kad PLUSMiles. Manakala, rebat 10% tersebut diberikan untuk semua transaksi elektronik lain di lebuh raya PLUS.

Rebat tol pada kali ini diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas 1 (kenderaan ringan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi) melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lebuh raya kendalian PLUS. Ia ditawarkan sepanjang hari pada tarikh tersebut.

Pada 18 Oktober nanti, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 20% dan 10% tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go (dalam bentuk Tambah Nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 November hingga 14 Februari 2018 yang akan datang.

Walau bagaimana pun, PLUS memaklumkan rebat ini tidak meliputi transaksi tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

PLUS bagi rebat tol sehingga 20% sempena Deepavali – lorong tambah nilai ditutup, TTA dikeluarkan

Sementara itu, sepertimana pada musim cuti perayaan tahun-tahun sebelum ini, PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan sempena perayaan Deepavali iaitu di antara 13 Oktober hingga 22 Oktober ini.

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim cuti dan perayaan yang lalu.

Jadual tersebut berperanan mengelakkan orang ramai daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan menyumbang kepada kesesakan.

Berdasarkan TTA yang dikeluarkan oleh PLUS, orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor disarankan supaya memulakan perjalanan dan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum jam 10:00 pagi. Manakala, orang ramai yang menuju ke lain-lain negeri dinasihatkan memasuki lebuh raya selepas jam 10:00 pagi.

TTA memainkan peranan yang penting dalam mengagihkan trafik di lebuh raya. Berdasarkan kajian kami, apabila ramai mematuhi jadual perjalanan ini, ia dapat mengelakkan kenderaan yang menuju pelbagai destinasi bertembung di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama. Oleh itu, perjalanan menjadi lebih lancar dan lebih selesa.

PLUS bagi rebat tol sehingga 20% sempena Deepavali – lorong tambah nilai ditutup, TTA dikeluarkan

Apabila saranan ini dipatuhi, kumpulan kenderaan yang bergerak ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor tidak akan bertembung dengan kumpulan yang bergerak ke lain-lain negeri di Perak (Tengah), Perak (Selatan), Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka di lebuh raya. Sebaliknya, mereka akan berada di pelbagai lokasi berlainan sepanjang lebuh raya. Ini seterusnya boleh menjadikan perjalanan pulang ke kampung halaman dengan lebih lancar.

Lonjakan jumlah kenderaan di lokasi dan pada masa yang sama sering menyumbang kepada kesesakan lalulintas pada musim perayaan dan waktu-waktu puncak. Justeru itu, kami menasihatkan orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada tempoh tersebut supaya mengikuti TTA.

PLUS menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada hari-hari puncak bersempena dengan cuti perayaan Deepavali. Ia merupakan peningkatan sebanyak 14% berbanding 1.4 juta kenderaan pada hari-hari biasa.

Dalam masa yang sama, bagi membantu melancarkan lagi perjalanan trafik dan mengurangkan kesesakan yang dijangka berlaku akibat orang ramai beratur di lorong-lorong Tambah Nilai di plaza tol, PLUS akan menutup sementara semua operasi Lorong Tambah Nilai.

Justeru, kesemua 134 Lorong Tambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada pengguna mulai 17 Oktober hingga 19 Oktober yang akan datang bersempena dengan cuti perayaan Deepavali.

PLUS bagi rebat tol sehingga 20% sempena Deepavali – lorong tambah nilai ditutup, TTA dikeluarkan

Walau bagaimanapun, penutupan ini tidak melibatkan lorong tambah nilai di plaza tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.

“Secara puratanya, satu transaksi urusan tambah nilai boleh mencecah sehingga 3 minit untuk setiap kenderaan. Oleh itu, penutupan Lorong Tambah Nilai di plaza tol adalah amat perlu bagi mengelakkan kesesakan disebabkan oleh pengguna lebuh raya beratur untuk menambah nilai kad mereka pada musim perayaan ini,” jelas Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

Justeru, PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya atau menambah nilai kad di 9,200 lokasi lain yang terdiri daripada mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi.

“Pengguna juga boleh menambah nilai kad mereka di semua stesen minyak di semua R&R di sepanjang lebuh raya,” tambah beliau.

Langkah yang sama telah diambil oleh PLUS pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Kebangsaan dan perayaan Aidiladha yang lalu.

“Berdasarkan pemerhatian dan kajian kami, langkah menutup sementara semua perkhidmatan Lorong Tambah Nilai pada musim perayaan yang lalu telah berjaya mengurangkan kesesakan di plaza tol. Justeru, kami akan menggunakan pendekatan yang sama pada musim perayaan ini dan perayaan yang akan datang,” jelas Azman.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required