VIDEO: Robot vs. Manusia – siapa lebih laju?

Februari lalu kami telah melaporkan bahawa Roborace iaitu perlumbaan kereta tanpa permandu telah melakukan demonstrasi pertama mereka di Buenos Aires, Brazil ketika berlangsungnya perlumbaan Formula E. Bulan ini, Roborace membuat penampilan sekali lagi, kali ini ia bertanding dengan manusia sebenar.

Penampilan kali ini turut dibuat ketika berlangsungnya perlumbaan Formula E Hong Kong; pusingan pembukaan untuk musim 2017/2018. Jika sebelum ini dua Devbot (nama kereta lumba yang bergerak sendiri berkenaan) berlumba bersama, kali ini ia berhadapan dengan manusia sebenar iaitu Nicki Shields untuk mencatatkan masa terpantas dilitar jalan raya yang agak sempit berkenaan.

Shields yang juga wartawan pit untuk kejohanan Formula E, walaupun bukan seorang pelumba profesional, dia pernah berlumba dalam kejohanan junior karts satu masa dahulu. Manakala robot AI pada Devbot pula telah menerima perisian baharu yang lebih jitu, hasil perincian yang dilakukan setelah berakhir ujian di Brazil sebelum ini.

Untuk perlumbaan kali ini, Nicki Shields berjaya membuktikan bahawa buat masa ini manusia lebih pantas berbanding robot dengan mencatatkan masa terpantas 1 minit 26.6 saat, berbanding 1 minit 34 saat oleh Devbot. Walau bagaimanapun, Devbot menunjukkan kemajuan pada ujian kali ini setelah mencatatkan masa sama untuk dua lap – membuktikan bahawa sistem berkenaan sangat konsisten dan jitu.

Menurut Shields, walaupun dia gembira dan lega dengan kemenangan ini, tetapi dia sebenarnya agak terkejut dengan kekalahan Devbot kerana dia sendiri merupakan peminat terhadap teknologi tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required