Audi Q8 muncul secara rasmi – lebih ranggi, canggih

Audi Q8 muncul secara rasmi – lebih ranggi, canggih

Semalam sedikit gambar Audi Q8 telah bocor, dan hari ini SUV tersebut telah didedahkan secara rasmi. Ia menggabungkan konsep rekaan coupe serta praktikaliti SUV, dan bakal menembusi pasaran pada suku ketiga 2018, iaitu di Eropah.

Daripada aspek saiz, Audi Q8 adalah lebih lebar, pendek dan rendah berbanding Q7, dengan ukuran dimensi 4.99 meter (16.4 kaki) panjang, 2.00 meter (6.6 kaki) lebar dan 1.71 meter (5.6 kaki) tinggi. Jarak roda pula adalah 3.00 meter (9.8 kaki), sekaligus memberikan lebih ruang kepada lima tempat duduk yang ada dan menyediakan ruang barangan sehingga 1,755 liter (tempat duduk belakang dilipat).

Melalui Q8 ini juga, Audi telah membawa muka yang baru pada keluarga Q, dan paling jelas boleh dilihat adalah gril oktagonnya yang besar, bersama bukaan udara di penjuru bampar yang juga lebih besar. Bagi memperkuatkan lagi gaya lasak, beberapa bahagian menggunakan warna kelabu dan krom yang kontras kepada keseluruhan badan berwarna Dragon Orange. Lengkuk roda pula boleh memuatkan rim sehingga bersaiz 22 inci.

Walaupun nampak seperti sebuah SUV jalanan biasa, Q8 sebenarnya dipersiap dengan kemampuan atas jalan offroad, di mana ia mempunyai jarak 254 mm dari tanah, jarak antara tayar dan bampar yang pendek (supaya boleh mencondong lebih banyak) serta sistem Hill Descent Control. Jika mahu, pengguna juga boleh memilih suspensi udara yang boleh melaras tinggi kenderaan sehingga 90 mm.

Kelengkapan mekanikal lain yang menyokong sistem pacuan semua roda Q8 adalah pilihan all-wheel steering, yang membolehkan roda belakang membelok sehingga 5 darjah. Untuk enjin, Audi masih belum memberitahu perinciannya tetapi sistem pacuannya akan menampilkan teknologi hibrid 48 volt MHEV.

Sistem ini melibatkan dua aspek penting iaitu bateri lithium ion dan alternator starter bertali sawat. Sistem ini sudah dapat dilihat diguna pada model sedan empat pintu Audi, dan padanya ia boleh menjana semula kuasa semasa membrek sehingga 12 kW dan boleh membenarkan kenderaan meluncur dengan enjin mati (dari 22 km/j).

Audi Q8 muncul secara rasmi – lebih ranggi, canggih

Melalui gambar yang bocor semalam, kita sudah dapat melihat model yang menggunakan lencana Q8 50 TDI Quattro dengan enjin diesel turbo V6 3.0 liter, dan kemudiannya ia akan diikuti oleh 45 TDI dan 55 TFSI (V6 petrol 3.0 liter turbo). Sistem pacuan semua roda quattro dengan pembahagian kuasa 40:60 serta transmisi automatik lapan kelajuan datang secara standard.

Walaupun luar nampak ranggi, bahagian dalam Q8 ini masih tipikal sebuah Audi. Banyak juga pengaruh daripada model terkini, seperti yang boleh dilihat pada konsol tengah, terdapat dua skrin – atas bersaiz 10.1 inci untuk fungsi infotainmen dan navigasi manakala yang bawah bersaiz 8.6 inci, untuk ciri lain seperti pengawal suhu.

Barangan lain yang boleh didapati pada SUV ini adalah termasuk tempat duduk berkontur dengan ciri mengurut serta liang pengudaraan, pengawal suhu empat zon, lampu suasana, sistem bunyi Bang & Olufsen, sambungan Audi Connect dan myAudi serta kawalan suara.


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required