Nissan Navara Dark Sky Concept diperkenal di Jerman

Nissan Navara Dark Sky Concept diperkenal di Jerman

Nissan telah menunjukkan dua Navara konsep semasa Hannover Motor Show iaitu Navara Dark Sky Concept dan Navara N-Guard. Menurut pengeluar itu, kedua-dua model ini menunjukkan ciri serba boleh kenderaan komersial ringan (LCV), di mana ubah suai telah menyaksikan peningkatan sebanyak 300% dalam masa tiga tahun lepas.

Pergi kepada model yang kelihatan lebih ganas, iaitu Navara Dark Sky Concept, ia dibangunkan di United Kingdom bersama Agensi Angkasa Eropah (ESA). Model ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ProPILOT yang lebih canggih dan di belakang, ia sebenarnya menarik treler yang merupakan makmal astronomi mudah alih.

Pada treler ini juga terdapat teleskop prestasi tinggi PlaneWave, yang boleh ditarik dengan mudah untuk dibawa ke tempat-tempat terpencil termasuk di permukaan yang mencabar demi mendapatkan suasana terbaik untuk melihat bintang atau angkasa.

Bersama model unik ini, turut ditampilkan satu lagi model iaitu Navara N-Guard. Model yang menggunakan asas daripada trak yang sememangnya dijual di Eropah ini dibangunkan dengan inspirasi daripada model EnGuard Concept dan menampilkan beberapa perubahan rekaan pada bahagian luar dan dalam termasuk rim serta kit badan yang lebih lebar.

Melalui pek ubah suai Off-Roader AT32, jarak dari tanah Navara N-Guard ini dapat ditingkatkan (tidak dinyatakan berapa tinggi sebenarnya), dan bahagian bawahnya mempunyai perlindungan yang lebih baik. Ia juga boleh didapati dengan snorkel, menjadikan ia sebagai sebuah Navara yang cukup berkebolehan dalam pasaran Eropah.

GALERI: Nissan Navara Dark Sky Concept


GALERI: Nissan Navara N-Guard

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required