PTPTN cadang sekat pembaharuan lesen memandu, cukai jalan bagi mereka yang culas bayar pinjaman

PTPTN cadang sekat pembaharuan lesen memandu, cukai jalan bagi mereka yang culas bayar pinjaman

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang untuk menyekat pembaharuan lesen memandu dan juga cukai jalan kenderaan bagi peminjam tabung berkenaan yang culas untuk melangsaikan hutang mereka.

Dua sekatan tersebut adalah antara perkara yang dicadangkan hasil perbincangan meja bulat Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) menurut Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid dalam laporan BH Online, selain menyekat pendaftaran perniagaan dan kelulusan pinjaman kepada ahli keluarga terdekat serta memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara yang pernah dilaksanakan kerajaan.

Mastura menjelaskan bahawa pada masa ini PTPTN mengalami masalah kewangan yang serius disebabkan sistem bayaran balik pinjaman yang rendah tetapi terpaksa mengeluarkan pinjaman kepada pemohon baharu dan jika tiada perubahan drastik dilakukan, tidak mustahil PTPTN tidak akan mampu memberi pinjaman lagi dan mungkin terpaksa ditutup.

PTPTN cadang sekat pembaharuan lesen memandu, cukai jalan bagi mereka yang culas bayar pinjaman

“Jumlah bayaran balik yang diterima hanya 58 peratus daripada jumlah sepatutnya. Sehingga akhir tahun 2018, jumlah tunggakan pinjaman mencecah RM6.3 bilion. Hanya 32.5 peratus daripada RM56 bilion yang dikeluarkan dibayar balik.

“Ketika ini PTPTN menanggung hutang RM40 bilion, lebih besar daripada 1MDB. Dalam tempoh 10 tahun lagi, hutang yang diunjurkan kami ialah RM55 bilion dan dalam tempoh 20 tahun, meningkat sehingga RM76 bilion,” katanya ketika membentangkan KKR di Menara PTPTN, hari ini.

Jadi apa pendapat anda? Kita boleh faham jika sekatan untuk keluar negara bagi mereka yang mengambil ringan untuk membayar semula hutang PTPTN ini dilakukan. Tetapi adakah wajar sebahagian hak untuk memandu/menunggang ini ditarik sedangkan ia adalah salah satu perkara yang perlu untuk kelangsungan hidup?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Haa.. baguslah.. sekat pembaharuan lesen memandu dgn perniagaan.. bagus sgt la tu.. org tu nk gi kerja mcm mana? Jalan kaki? Klu org tu nk bukak bisnes bg menanggung keluarga dan mengharapkan perniagaan dia lancar supaya boleh bayar hutang PTPTN, korang plak dok sekat.. klu dah bangang tu,jgn dok tunjuk la.. kaji dulu kenapa org liat nk bayar.. bkn trus buat keputusan sekatan camtu

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 85 Thumb down 23
    • Apasal taknak bayar??? Apasal nak kaji2?? Daa hutang, bayar je laaa. Ko keje laa bayar hutang. Daa nama pun HUTANGGG. Kena laa bayar. Cer kalau org hutang ko, pastu xbayar? Ko happy???

      Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 10
  • Komen saya satu aja..padan muka..

    Like or Dislike: Thumb up 31 Thumb down 15
  • Abd hadi on May 16, 2019 at 7:48 pm

    Idea sangat bodoh

    Like or Dislike: Thumb up 28 Thumb down 10
  • Kaki Bantai on May 16, 2019 at 7:57 pm

    Kau Bodoh ke Apa Menyusahkan Orang Belajar Tinggi Otak dalam bontot ke apa Korang SEMUA PTPTN Ni?? Sedut je Lah Duit Dari Account Peminjam Minimum RM300/Month kan mudah buat apa nak susahkan Orang Mana ada Orang keje Gaji Cash. Mudahkan?? Belajar Tinggi Malas Fikir Elok mati

    Like or Dislike: Thumb up 20 Thumb down 1
  • edward on May 16, 2019 at 8:53 pm

    Syabas, PTPTN. Macam mana peminjam nak meneruskan hidup?? Bangang!!

    Like or Dislike: Thumb up 23 Thumb down 3
  • kashr on May 16, 2019 at 9:29 pm

    bayar je laa bukan susah..dah pinjam pndai la bayar..lepas tu memberontak cakap tu ini..bayar..settle..takde ptptn nak sekat kalau talda tunggakan..ape laa..dah pinjam..taknak bayar..melayu melayu

    Like or Dislike: Thumb up 23 Thumb down 37
    • Phitnah on May 16, 2019 at 10:33 pm

      Lain kali jangan janji bukan!!! Bola tak boleh tunai sibuk nak menyalahkan orang pula.

      Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 4
      • Saya xbayar hutang..interest dh lebih 10k..jgn xpcaya..dapat skali bunga.. sy first class degree tp diploma xde biasiswa cgpa 3.92 diploma..skang keje kilang first class degree..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • Bayar hutang tu mmg wajib, setakat nk sekat diorg pegi luar negara okay lagi, tapi kalau da smpai tahap sekat lesen memandu bagai, mmg bangang abadi namanya, lesen memandu tu la buat diorg nk cari duit bayar hutang, bodoh tu jgn tunjuk sngt..

    Like or Dislike: Thumb up 42 Thumb down 5
  • Setuju HAHAHA

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
  • Nuria on May 16, 2019 at 10:55 pm

    Bagus jugak cadangan ni..tapi saya nak bagi pendapat…apa kata ptptn berkerjasama dengan kwsp bagi setiap peminjam yang bermasalah dari segi bayaran tu boleh buat pengeluaran atau pun buat potongan bulanan bagi akaun 2 untuk bayaran ptptn secara konsisten. Tak kisah samaada peminjam blacklist atau tak

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 53 Thumb down 0
    • erin rahman on May 17, 2019 at 12:16 am

      Boleh je nak kuarkan duit epf utk bayar, tapi bg candidates yg study halfway mcm mana nak langsai hutang dyrg nakkan sijil sbg bukti mengatakan kita nak clear ptptn

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
      • Skrg dah bolehla bayar guna epf wlpn xde sijil.start bln 1 2019 .sy dah buat dah.1 minggu jer setel.

        Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
      • Dari dlu lg boleh bayar guna EPF akaun 2. Apesal korg tk pernah cuba cari cara nak bayar ke..Mara, Ptptn dua2 boleh guna EPF utk bayar. Berzaman2 dlu lg

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Kerajaan Hancing Pakatun on May 17, 2019 at 12:23 am

    Ini kalilah! Katanya… hahaha.. terngiang2 rasanya slogan keramat tahun lepas.. haha.. nah rasakan..

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 2
  • Boikot idea bodoh kpala yg buat cadangan tu.. otak letak kat lutut k? Bawa2 lah berpikir logic.. kalau smua benda korang nk sekat, baik xpyahh buat smua tu.. bubarkan smua.. senang kan.. bodoh punya cadangan! Otak cacat kot!

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
    • Eh.. Bukan ke yg akan buat keputusan tu kerajaan yang dipilih oleh org yg cadangkan mansuh PTPTN.. Bagus la weh. Sokong.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Takda kerja apa buatdah hampa….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Kadang2 tu la awat Depa panggil..Kita baru faham

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Yang paling best. hutang tu dikira sekali bunga2 pada penghutang. tu jadi 40bil. bunga melampau2 mana la orang nak bayar. haha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Anita Abdul Rahim on May 17, 2019 at 1:11 am

    Sokong..dah dapat kerja tetap…kenalah byr..pandai pinjam pndai byr..lalah beri peluang kpd adij2 baru yg ingin membuat pernohonan..plzlsh hormat ptptn..patut bershukur kmudahan yg diberi oleh kerajaan..ini bkn pasal ph..

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
  • i bijak on May 17, 2019 at 1:41 am

    Check lah apasal rakyat susah nak bayar. Kaji balik taraf hidup rakyat. Kaji balik dah keje ke belum peminjam2 ptptn tu. Rakyat malas tu bullshitt, berlambak peniaga online skrg, peniaga tepi jalan. Rakyt macam nak mati cari rezeki demi terus kan hidup. Check lah duit duit zakat tu banyak tapi nape fakir miskin berlambak lagi, sampai ke tidak duit duit zakat tu. Tol tu bila nak tutup, dulu masa siap highway, samy vellu kata sampai tahun berapa je kena byr tol, dah dpt balik kos bina highway, tol akan dihapuskan.. rakyat pilih jadi menteri untuk tolong rakyat. Bila lah malaysia ni nak merasa free public transport dalam town mcm kat australia german.. bila nak merasa free education.. duit negara habis ke benda lain…

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
    • Edy Iludeen on May 17, 2019 at 10:10 am

      Kebanyakan depa yg xbayar hutang PTPTN sebab xmampu tapi mampu beli tiket flight nk ke euro melancong, pasrah orang susah la katakan…

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
    • hujungrindu on May 18, 2019 at 3:01 am

      Kan…? Betul tu Edy Iludeen…nk mrh2 xbleh melancong ke luar negara? Banyak duit tuh da bleh melancong obersea.. Bayarla hutang sblm sedap2 bercutii.. Lg 1..klu waive trus hutang ptptn.. Xadilla utk org yg da kerja keras utk abiskan bayar utang.. Aku da abis bayar utanh woii… Aku susah payah keje kumpul duit kawal impian melancong luar negara, makan mamak xpegi kedai2 hipstur mcm kebanyakan korg, baru tahun ni bi hp lps 5 thn pakai hp cap ayam tp korg lak da sedap2 brjoli2 tu nk hutang waive..banyak cengkadakkkk.. Hahahahaha

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Mehh aku matikan lesen etc utk pecadang ni, tngk kau nak cari duit mcm mana. NAK SURUH BAYAR TAPI POTONG KAKI DAN TANGAN PEMINJAM, AKU TAHU PEMIMPIN KITA BODOH TAPI APASAL KAU NAK TAMBAH BODOH TU JADI KUASA 2.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  • hamid on May 17, 2019 at 6:23 am

    bgus jugak buat mcmni…x dpat bayar habis pon kurang2 ada bayar la jugak skit even 100 sbulan kan…so kira ada progress.. bkn senyap mmbisu x bayar hutang.. liat sngat nk bayar hutang..salah sendri jugak xnk belajar betul2.. lpastu nk salahkan semua orang..klau kau betul sngat.. xda la blacklist dkt jpj nnt…orng tu dahla bagi pinjam kau bt blaja.. dahtu kau habis blja sombong pulak..aku sndri pon liat nk bayar ptptn ni..kne pksa baru bayar..kesian la budak lain nk blja sbb dah mmbazir dekat penghutang dlu..smpai bila rezeki x berkat klau x bayar hutang ni..

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • azhar on May 17, 2019 at 6:53 am

    PADAN MUKA..hutang tak nak langsung bayar..jangan tambah hutang jika hutang satu blum jelas..jgn nak bergaya sangat jika… aaa paham paham la..dah muncul mcm ni baru mcm lipas kudung..bangang..kotoh.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Ptptpu kamu ibarat membunuh peminjam. Bukan semua peminjam jenis tak.mau bayar. Kadang2 mereka perlukan masa sebab majikan bukan bayar gaji berpatutan pun. Nak makan pakai duit bukan pakai pasir. Kamu dalam diam dah jadi macam zionis. Banyak keutamaan lain yg perlu peminjam ni selesai terlebih dahulu.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
    • Edy Iludeen on May 17, 2019 at 10:14 am

      Hutang tetap hutang bro, masa sign ok ja dgn agreement, masa keja bayar rm100 pun dah cukup ni tggu gaji berpatutan, kahwin boleh pula, beli kereta boleh pula bayar hutang, mana janji masa agreement tu, sedar sikit la, jgn bagi sangkut nk masuk syurga

      Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 2
  • AdamSam on May 17, 2019 at 7:07 am

    Ek eleh, baru cadangan da kalut, itu kalau lari dari bayar. Elok sangat lah, manusia memang kuat pinjam, bab bayar dia nk tunggu mahsyar. Ramai orang islam pulak tu yg suka buat macam ni.. Tak komited pada tanggungjawab, sebab tu mundur, me layu, rosak. Romen pandai, bayar hutang susah..puii

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
    • Nurul on May 17, 2019 at 1:29 pm

      Dah kalau susah nak dpt keje mcmmna nak bayar, bukan ptptn nak consider bab tu. orang belajar sebab nak dapat keje. Kalau dah keje pun gaji ciput boleh buat modal pergi keje je, tu mcmmna nk bayar. Dahla harga minyak naik, segala benda harga nak naik. Gaji tak naik2 jugak. Yuran pengajian pun nak naik. Kalau dh tak mmpu nak bljar mestila kena pinjam education loan, lain lah kalau lahir dari keluarga kaya senang la cakap. Bila tak smbung bljar mula la nk ckp melayu mundur la apa la. Ada je benda nak negative klau ke melayu ni. Ckp pemalas la apa la, skrg ni byk je melayu2 berniaga, tp melayu2 sendiri taknak support. Bangga g makan atau beli barang dari bukan melayu. Realiti sekarang .Btw, lain kali jangan janji mcm2, bila dh berjanji tp tak tunaikan pun nnti disoal jugak di masyar

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • CemuihSgtDh on May 17, 2019 at 8:41 am

    Memang lg haprak la… Rasa2 memang satu penggal ni ja kot perintah. Bkn meringankan rakyat… Lagi membebankan… Mansuh ja PTPTN. Hutang tu jadi halal dunia akhirat semua pakat senang hati. Dah dok tau lagi lama PTPTN wujud lagi tambah beban.. Budak nk masuk U, kerajaan tanggung. Ada negara boleh buat takkan Malaysia Boleh tak boleh buat pulak kalau benda datang faedah pada rakyat… Ni pi mai pi mai nk terkena rakyat jugak. Sampai nk sekat lesen memandu/roadtax…idea paling bangang..

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Justina on May 17, 2019 at 9:39 am

    potonglah gaji tiap bulan.200_ macam tu ke.janganlah sekat lesen macam mana nk keja?

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Baito amin on May 17, 2019 at 9:52 am

    Apa punya cadangan Tak masuk akal,,,lagi menyusahkan rakyat,,Dan penguna,,,Cari lah jalan lain ,,,ini pasal pinjaman,,,,,,haru Malaysia baru apa ni …..

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Safiuddin on May 17, 2019 at 11:17 am

    Kenapa tak terus tolak akaun 2 kwsp? Nk jugak sekat2 kan senang klau buat auto debit dkt akaun 2 kwsp..duit kt kwsp duit kami juga daripada sekat lesen dengan cukai jalan..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Pengurusi PTpTipu Bengap on May 17, 2019 at 11:59 am

    Pengerusi ptptn ni x sekolah habis ke dulu? Cadangan cetek akal pemikiran.. ni dah mcm mengugut peminjam.. korang patut pikir cara untuk buat peminjam seronok nak bayar balik bukan dengan mengugut bahlol..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Neyna on May 17, 2019 at 12:07 pm

    Peminjam y ada tunggakan, nk jak bayar.. Tp ptptn minta bayar separuh dr tunggakan atu pun sbnyk 3k tuk buat pembayaran blik.. Mana la mmpu tuk byr 3k sekaligus.. Ada y nak bayar betul2, tp terpksa berfikir balik nk byr tunggakan dulu.. Kumpul2 duit pun, tunggakan makin ada.. Mcmn la nak byr balik.. Mmg silap la mula2 tak byr dulu.. Tp keluar2 belajar bkn ny trus dpt keja n gaji tinggi.. Skrg lg nk cari keja perlukan pengalaman.. Mana la freshstudent ada pengalaman keja lg.. Last2 ny dpt keja y gaji masih ciput.. Fikir2kan la ptptn.. Klu nk peminjam bayar balik, apa kata buat penstrukturan semula pinjaman tnpa d kenakan bayaran.. Ada jak y akn byr lau buat penstruturan semula tu..

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Jumaat on May 17, 2019 at 12:18 pm

    Cadang potong gaji tiap bulan, sekat passport, blacklist pinjaman, tapi jangan sekat lesen memandu

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • geng13 on May 17, 2019 at 12:30 pm

    PTPTN,idea tu nampak terdesak sgt la.Kajila dulu impak maksima die.kalu mcm ni peminjam tu nak keje mcm mne boh?ade kerajaan beri keja tebas rumput tepi rumah sndri gaji 1.5k?masih dlm kotak pemikiran tu.cari idea lain

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • da bayar rm100 bulan2 pon xlepas tau, sb bunga tinggi sgt..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Sekat pd siapa yg x byr langsung je. Bole x? Sbb ad je yg byr sikit2. Klu nk byr terus, mmg x mampu la.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • siti nur fariza on May 17, 2019 at 5:13 pm

    Logik pliss , kalu fresh graduate tu klu keluar trus dpt peluang perkejaan tu xkesah laaa ni kena tunggu dlu pstu klu nk renew lesen pun kena sekat dh tu nk cari rezeki mcm mna trutama fresh graduate jdi kena pertimbangkan usul ni balik. Mcm bagi pengecualian 6 bulan untuk fresh graduate ni cari keje pstu ada pendapatan n potong melalui potongan gaji. .

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Duit ptptn ialah tax payers moneys. Duit kerajaan ialah duit orang yg bayar cukai. Ni semua nak free. Lepas habis belajar kerja bayar cukai dulu lepas dua tiga tahun tu boleh lah mintak discount. Ingat tax payers moneys free money ke

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • Aku sokong tindakan kerajaan ni.. Sokong sangat² la.. Kan senangkan semua org tu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • Hati perut on May 17, 2019 at 9:20 pm

    Kau bayar laa daa tau pinjam bodohhh

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • Johan on May 17, 2019 at 10:05 pm

    Knp tak fikir dulu sblum membuat sesuatu spekulasi…mang la hutang kn bayar…tp klu dh smp gi sekat lesen tu camna la diorang nk cari rezeki…apa kata cari keje bg diorang…klu diorang xnk keje tu suh bg sbab klu xkukuh barula ambik tindakan nk sekat papepn…ni tak..
    Bukan smua peminjam mmpu bayar…ada jgak yg xmampu nk krj pn bab skit…ada kau fikir!!!

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Carikan peluang pekerjaan untuk graduan yang masih belum bekerja. Lepas tu potonglah dari gaji mereka. Rezeki setiap manusia tidak sama ada yang awal ada yang lewat. Bagi yg lewat tunggakan itu agak membebankan sbb itu perlukan penstrukturan semula utk mereka yg sudah mula ingin membayar. Yang bekerja pun masih ada yg makan gaji cukup2 makan. Lagipun bukan semua peminjam memiliki kenderaan sendiri ada yg menggunakan kereta ibu bapa atau adik beradik. Nak beli kereta pun susah disebabkan ccris tidak ada faedah juga nak sekat lesen ni. Potong gaji peminjam yg sudah ada pekerjaan yg tetap. Bagi yang sudah mampu bayarlah sebab ini juga akan memberi kesan kepada golongan yang belum mampu bayar. Ada sebab kenapa rakyat memilih PH. Berhentilah menjilat ludah sendiri. Fikir and plan something before commit janji2 manis. Xboleh salahkan peminjam sbb jumlah pembayaran balik merosot salahkan PH sendiri yg tidak pandai mentadbir dgn berjanji benda2 yg x mungkin dpt ditunaikan.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • SEKAT LESEN PULAK? UIHHHHHH …..IDEA APEEEE LA MCM NI. CUBE FIKIR DLU. DORG NK BAWA KENDERAAN MCM MNA NANTI NK P KERJA…NK BYR PTPTN JUGA…MGKIN DORG ADE LA PLAN DORG MCM MNA NK BYR…CUBE DGR DLU APA MSLH ORG XNAK BYR PTPTN…BKN XNK BYR…MGKIN ADE LA MSLHNYE TU…PTPTN TURUN LA TGOK APA MSLHNYE….TOLONG LA DORG PLANKAN MCM MNA NK BYR… BUKAN NYE LG SUSAHKAN DORG. PTPTN NI KENAPA…KAFIR LAHKNAT BODOH SGTKAH. HAHAHAHAH..HAHAHAHAHA….KAKI SUSAHKAN ORG NO.SATU DLM MALAYSIA LA PTPTN DICOPNYA PASNI… KAN BOLEH JE POTONG DARI AKAUN DORG KE…APE KE.. HMM..NTAH LAAA…. KESIAN LA DENGAR PTPTN NK SEKAT LESEN DARI DI PERBAHARUI… CM XMASUK AKAL LA…. XKAN DORG NK NAIK KTM..LRT..MRT SPNJG MASE NK G KERJA…NK G MENIAGA…NK BWA BRG2 NIAGA SKLI KE MSUK MRT..LRT? NK ANTAR ANK SKOLAH KE APE KE… AIK? XPIKIR KE.. . NK NAIK APE SUME URUSAN DORG? NK NAIK PERAHU PULAK? NAK JALAN KAKI? ALAMAT JAHANAM LA SUME…LAGI MUNDUR LA NEGARA. NEGARA NI PERLUKAN ORANG YG BEKERJA.. KALAU LESEN DI SEKAT..MOTOR XDAPAT NAIK…KERETA XDAPAT NAIK…SUME URUSAN MANUSIA NK BUAT XDAPAT…SUSAH…HAA….LAGI LA BANKRAP.. PERLU KE BUAT MCM TU… DENGAR DLU MASALAH ORG..SUSUN BALIK ..TOLONG DORG..MCM MNA NK LUNASKAN. MUNGKIN ADE YG ADE MASALAH ITU INI KE APE…TLG P DENGAR DLU KE ..APE KE…HM… XTAHU LAH… XKAN BODOH KOT..KITA NI SUME MAKIN PNDAI.. BUKAN MAKIN bodoh..jangan la bergurau buat org mcm tuuu….org marah. Org nk byr..bkn xnk byr… Xkn la sume org tu xnk byr. Xkn xde pekerjaan.. sume penagih ke..melepet tepi jln xde koje..haha… Plik la..nk sekat lesen org.. fuyoo..pnjg bejelbar ak tls…khakhakhakha..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Hamba Allah on May 18, 2019 at 5:04 pm

    Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan bebanan kewangan pelajar dan telah menugaskan PTPTN untuk mewujudkan skim pembayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Adnan on May 18, 2019 at 5:35 pm

    Org poi kerjo naik motor, lesen mati blacklist.. Dah org tu tak poi kerja nak bayo PTPTN.. Cadangan baik kembalikan semula diskaun pada peminjam yg nak bayo lamsam or pada yg consistant bayo.. Kan tu lebih elok utk menggalakan org bayo.. Tp manisfesto kerajaan PH nak hapuskan PTPTN, last2 anak muda kencing.. Keh3.. Haaa Tepuk..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Peminjam on May 20, 2019 at 6:32 am

    Kalau tak dpt renew lesen mcm mana nk pergi kerja cari duit nk byr ptptn. Pikir logik la!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • ptptn waiver... oopps :) on May 22, 2019 at 9:36 am

      u pinjam u bayar
      fair enough kan?

      knp tgk kat sini macam salah kerajaan? lagipun ini hanya cadangan

      sabar guyss

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • Cik Strawberry on May 23, 2019 at 12:42 pm

    Kerajaan tolong wujudkan banyak peluang pekerjaan staraf kelulusan diploma/degree. Ramai je yg ada kelulusan tinggi, tapi lastly kerja guna SPM. Dgn pendapatan bawah RM1000 tu, digunakan utk hidup. sedih, tapi itulah realiti. Rasa nak pulang je balik kelulusan tinggi2 ni, so im free from PTPTN. Ramai graduan kelulusan professional yg jobless, mereka dah usaha, tp kbyakan company skrang lagi nak kurangkan pekerja /amek utk kontrak sahaja.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required