Tan Chong lancar aplikasi DriveOn untuk pemilik kenderaan Nissan, Renault dan Infiniti di Malaysia

Tan Chong lancar aplikasi DriveOn untuk pemilik kenderaan Nissan, Renault dan Infiniti di Malaysia

Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) baru saja melancarkan satu aplikasi baru “DriveOn by Tan Chong” untuk pemilik kenderaan Nissan, Renault dan Infiniti di Malaysia. Ia dapat memberikan mereka cara yang mudah untuk menguruskan penyelenggaran kenderaan serta beberapa servis lain.

Melalui aplikasi DriveOn ini, pemilik misalnya boleh melakukan tempahan temu janji servis di 60 pusat servis TCEAS dan mereka boleh melihat waktu yang tersedia secara langsung, pusat servis yang dimahukan dan disediakan dengan navigasi untuk ke pusat servis yang dipilih.

Pemilik juga akan diberitahu sekiranya waktu untuk servis sudah hampir atau bila kenderaan mereka telah siap diservis dan sedia untuk diambil semula. Ciri tambahan lain yang disediakan adalah termasuk pemeriksaan sejarah rekod servis kenderaan, serta informasi tentang alat ganti berserta harga jangkaannya.

Selain fungsi yang berkaitan dengan servis, aplikasi ini juga menyediakan akses kepada bantuan tepi jalan, promosi eksklusif, majalah elektronik Drive On serta servis GoCar. Aplikasi ini juga membenarkan pendaftaran beberapa buah kenderaan atas nama satu pemilik (satu akaun).

Sekiranya anda pemilik jenama kenderaan yang disebutkan tadi, aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store atau Apple App Store. Bersempena dengan pelancarannya juga, 5,000 muat turun pertama berserta pendaftaran akan menerima diskaun alat ganti 5% oleh TCEAS.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required