Lexus RX facelift dilancar di Malaysia – tiga varian berenjin 2.0L turbo dengan harga bermula RM400k

Lexus RX facelift dilancar di Malaysia – tiga varian berenjin 2.0L turbo dengan harga bermula RM400k

Selepas didedahkan di persada global Mei lalu, kini model RX facelift sudah dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Kita mendapat tiga varian iaitu RX300 Premium yang dijual pada harga RM399,888, RX300 Luxury RM424,888 dan RX300 F Sport RM439,888. Harga ini tidak termasuk insurans, dan diberi sekali dengan jaminan lima tahun tanpa had batuan.

Semua varian RX300 ini dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder 2.0 liter turbo, yang dipadankan bersama kotak gear automatik enam kelajuan, untuk menghasilkan 235 hp pada 4,800 hingga 5,600 rpm dan 350 Nm tork dari 1,650 rpm hingga 4,000 rpm. Kuasa ini disampaikan kepada semua empat roda.

Walaupun ini adalah enjin yang sama seperti sebelum ini, dinamik kenderaan telah dipertingkat dengan penggunaan stabiliser bar yang bukan sahaja lebih ringan, tetapi juga lebih tebal dan digabungkan bersama bushing yang lebih kuat untuk mengurangkan olengan badan dan maklum balas stereng.

Lexus RX facelift dilancar di Malaysia – tiga varian berenjin 2.0L turbo dengan harga bermula RM400k

Penyerap kenderaan ini juga telah ditala semula untuk bekerja sama dengan roll bar yang lebih keras tetapi masih boleh memberikan keselesaan – model F Sport datang dengan Adaptive Variable Suspension (AVS). Peningkatan lain adalah termasuk tambahan spot weld dan pelekat untuk mengeraskan lagi casis. Sistem Active Corner Braking pula membantu mengurangkan understeer.

Untuk rekaan luar, bahagian hadapan RX kini menampilkan lampu LED “tiga mata” yang lebih nipis bersama DRL LED berbentuk boomerang yang mengapit grilnya. Lampu utama ini juga mempunyai sistem Adaptive Highbeam System (AHS) dengan BladeScan.

Bahagian bampar juga telah diubah sedikit, dengan bahagian hadapannya melihatkan lampu kabus yang kini diletakkan lebih rendah di bucu. Di bahagian belakang, lampunya mendapat grafik berbentuk L dan lampu penunjuk arah sequential, manakala bahagian bawahnya mempunyai kemasan krom lebih nipis berhampiran muncung ekzos dan rekaan diffuser baru.

Lexus RX facelift dilancar di Malaysia – tiga varian berenjin 2.0L turbo dengan harga bermula RM400k

Varian F Sport mempunyai muka yang lebih agresif dengan bukaan udara warna hitam besar di atas lampu kabus dan corak gril berjalin, manakala varian Premium dan Luxury menggunakan bukaan udara yang lebih nipis dan jeriji berbentuk L. Varian Premium dan Luxury menggunakan rim 20 inci rekaan Hyper Chrome Metallic manakala F-Sport mendapat rekaan tersendiri dan tayar 235/55.

Bahagian dalam masih rekaannya masih lagi sama seperti model sebelum facelift, dan perubahan yang paling besar adalah penambahan skrin paparan 12.3 inci pada papan pemuka untuk semua varian kecuali Premium yang menggunakan skrin lapan inci. Semua varian juga mendapat sistem infotainmen Lexus Premium Audio yang turut mempunyai sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Satu lagi peningkatan kelengkapan adalah Lexus Safety System+ untuk semua varian RX yang termasuk Pre-Collision System dengan Front Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Lane Keeping System dan Adaptive High-Beam System (AHS).

Sistem keselamatan dan bantuan pemandu ini ditambah lagi dengan 10 beg udara, kamera undur, kamera 360 darjah (Luxury dan F Sport sahaja), Active Cornering Assist, Vehicle Dynamic Integrated Management (VDM; F Sport sahaja), VSC, Traction Control, ABS, EBD, TPMS, Hill Start Assist, Blind Spot Monitor dan Rear-cross Traffic Alert.

Untuk varian Premium dan Luxury, pelanggan boleh memilih antara tiga balutan kulit semi-aniline – Ocher, Black dan Noble Brown – yang dipadankan bersama kemasan kayu Shimamoku. F Sport pula mendapat dua pilihan iaitu Flare Red dan Black, dengan kemasan aluminium.

Selain daripada itu, varian F Sport juga datang dengan tempat duduk larasan kuasa lapan arah, berbanding larasan 10 arah pada dua lagi varian lain. Tempat duduk belakang boleh dilipat 40:20:40 secara elektrik, tetapi hanya varian Luxury dan F Sport sahaja yang mempunyai fungsi pemanas. Pembuka pintu but kuasa tanpa pegang juga adalah baru untuk dua varian ini.

Lexus RX facelift dilancar di Malaysia – tiga varian berenjin 2.0L turbo dengan harga bermula RM400k

Kelengkapan lain pada RX300 adalah pengawal suhu dua zon dengan corong di belakang, sistem bunyi 12 pembesar suara, mod pemanduan (Eco, Normal Sport untuk Premium dan Luxury; tambahan Sport S, Sport S+ dan Custom untuk F Sport), penghadang matahari untuk tingkap belakang, fungsi navigasi dan pengecas tanpa wayar Qi – dua barang terakhir adalah khas untuk Luxury dan F Sport.

Semua varian RX ditawarkan dalam warna Sonic Titanium, Red Mica Crystal Shine, Graphite Black Gloss Flake dan Deep Blue Mica manakala varian Premium dan Luxury mendapat tambahan pilihan warna Terrane Khaki Mica Metallic, Ice Ecru Mica Metallic, Sonic Quartz dan Amber Crystal Shine. Warna khas untuk F Sport adalah White Nova Glass Flake dan Heat Blue Contrast.

GALERI: Lexus RX 300 F Sport

GALERI: Lexus RX 300 Luxury

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required