SYM JET14 200 dan SYM MIO 110 dilancar untuk M’sia – skuter 170 cc RM7.9k dan 111 cc berharga RM5.7k

SYM JET14 200 dan SYM MIO 110 dilancar untuk M’sia – skuter 170 cc RM7.9k dan 111 cc berharga RM5.7k

MForce Bike Holdings Sdn Bhd hari ini melancarkan dua model skuter baru untuk pasaran Malaysia iaitu JET14 200 dan MIO 110. Dua model ini akan berada di wakil pengedar dalam masa terdekat dan dipasang di dalam negara (CKD).

SYM JET14 200 adalah satu model yang dinaik taraf daripada model JET14 125 cc yang dilancarkan pada tahun 2018 sebelum ini, dan sekarang ia menggunakan enjin satu silinder 168.9 cc yang mampu menghasilkan 11.8 hp pada 8,000 rpm dan 12.2 Nm tork daripada 6,000 rpm. Enjin suntikan bahan api ini turut mendapat penarafan emisi Euro 4.

Skuter ini dilengkapi dengan rim 14 inci yang dibalut tayar 100/90 di hadapan dan 100/80 di belakang, serta brek cakera di kedua-dua bahagian (ABS depan sahaja). Suspensi hadapan menggunakan fork teleskopik manakala belakang pula menggunakan dua penyerap hentak.

Kelengkapan lain pada JET14 200 ini adalah termasuk meter jenis digital, ruang barangan bawah tempat duduk yang boleh memuatkan helmet fullface, tangki bahan api 7.5 liter, berat 134 kg dan tinggi tempat duduk 780 mm. JET14 200 dijual pada harga RM7,888 dan ditawarkan dalam tiga warna – Cedar Brown, Jet Black dan Steel Grey.

Pergi pula kepada MIO 110 yang lebih kecil, skuter ini dikuasakan oleh enjin 111 cc penyejukan udara, yang mampu menghasilkan kuasa 7.4 hp pada 5,500 rpm dan 7.3 Nm tork pada 5,500 rpm. Enjin ini menggunakan sistem suntikan bahan api dan mendapat penarafan Euro 3.

Harga jualan MIO 110 adalah RM5,688 dan ia dilengkapi dengan lampu depan dan belakang LED, paparan meter gabungan analog dan LCD, brek cakera di hadapan, brek dram di belakang (tiada ABS) serta tangki bahan api 5.2 liter.

Untuk bahagian suspensi, bahagian hadapan skuter ini menggunakan fork teleskopik manakala belakang pula satu penyerap hentak. Rim adalah unit 10 inci, dan ia dibalut tayar 90/90 untuk kedua-dua bahagian depan dan belakang.

Semua harga yang disebutkan tadi untuk motosikal baru SYM ini adalah tidak termasuk SST dan insurans, dan ia didatangkan sekali bersama jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana tiba dahulu).

GALERI: SYM JET14 200


GALERI: SYM MIO 110


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required