Goodyear Assurance DuraPlus 2; 13″–16″, dari RM136

Goodyear Assurance DuraPlus 2; 13″–16″, dari RM136

Barisan tayar Goodyear Assurance DuraPlus telah pun dipertingkatkan dengan pengenalan Assurance DuraPlus 2 baharu, yang dicipta dengan teknologi TredLife yang mensasarkan lebih perbatuan dan ketahanan yang lebih baik. Menurut Goodyear, tayar Assurance DuraPlus 2 ini mampu mencapai penggunaan sehingga 110,000 km tanpa berkompromi soal keselamatan dan prestasi, malah ia turut menampilkan sebatian yang diformulasi semula.

“Tayar ini menampilkan kemajuan terkini kami, sebagai contoh, inovatif untuk corak bunga tayar dan sebatian yang telah diformulasi semula untuk menawarkan jangka hayat tayar yang lebih panjang, cengkaman yang lebih optimum dan juga meminimumkan bunyi bising jalan,” ujar pengarah urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng.

Assurance DuraPlus 2 menampilkan rekaan corak bunga tayar yang simetrik dengan kelebaran yang lebih besar, membolehkan ia ‘sepadu’ dengan permukaan jalan termasuk fleksibeliti yang lebih tinggi untuk putaran sekiranya tayar haus tidak sekata, tambah Goodyear lagi.

Selain itu, bentuk rongga juga dipertingkatkan untuk penjejakan yang lebih luas dan seimbang serta mampu menyalurkan tekanan bagi jarak tempuh yang lebih baik. Alur sisi yang sempit pada tayar turut membantu mengurangkan bunyi jalan yang disebabkan oleh pam udara, dan bunyi bising dapat dikurangkan lagi dengan adanya jalur getah yang diletakkan di antara ply dan liner untuk mengurangkan lagi getarannya.

Formula sebatian tayar turut dipertingkatkan, sekaligus menghasilkan kekuatan tegangan yang ketara. Sebatian yang diformulasikan semula ini bukan sahaja digunakan di sepanjang bunga tayar, malah turut diletakkan di bahagian sisinya untuk meningkatkan rintangan jangka panjang yang mungkin boleh dirosakkkan oleh faktor persekitaran. Penggunaan sekurang-kurangnya dua lapisan bermodulasi tinggi dan penyusutan rendah pada dinding sisi menambahkan rintangan pada kesan luaran.

Tayar Goodyear Assurance DuraPlus 2 kini boleh didapati di semua pusat Goodyear AutoCare di seluruh Malaysia, dan ia ditawarkan untuk saiz diameter dari 13- hingga 16-inci, dengan harga runcit bermula RM136 hingga RM293.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required