Ford hasilkan komponen plastik dari kulit biji kopi McD

Selain dari membangunkan teknologi janakuasa elektrik, para pengeluar juga kini sedang sibuk untuk menghasilkan komponen-komponen kenderaan yang diperbuat dari bahan organik. Porsche Cayman GT4 Clubsport 718 misalnya yang menerima pintu dan spoiler belakang yang diperbuat dari bahan agrikultur seperti biji flex dan hemp, manakala Mazda MX-30 diberikan kemasan dalaman diperbuat dari bahan gabus yang sama seperti gabus yang digunakan pada penutup botol minuman keras seperti wain atau jus sparkling.

Pada 2017, Ford mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan komponen-komponen yang lebih kuat seperti gentian karbon dan ringan seperti aluminium, menggunakan gabungan buluh dan plastik. Dan kini mereka hadir dengan satu lagi inovasi baharu iaitu menghasilkan komponen plastik menggunakan kulit biji kopi (chaff) yang dibuang oleh rangkaian restoran makanan segera antarabangsa – McDonalds.

Chaff adalah kulit sebelah luar biji kopi yang akan terbuka sendiri ketika biji kopi berkenaan dimasak secara membakarnya. Menurut Ford, chaff tersebut jika digabunkan dengan plastik dan berberapa aditif lain, ia akan menghasilkan material yang sangat baik untuk menggantikan komponen plastik sedia ada.

Ford hasilkan komponen plastik dari kulit biji kopi McD

Antara komponen yang dihasilkan dari material ini adalah perumah utama untuk lampu hadapan – Ford tidak menyebut untuk model mana, tetapi menerusi apa yang ditunjukkan dalam video yang disiarkan, mereka menghasilkan untuk trak pikap Ford Ranger pasaran Amerika Syarikat.

Projek ini turut disertai oleh Varroc Lighting Systems yang menjadi vendor untuk membekalkan lampu hadapan kepada Ford, dan juga Competitive Green Technologies iaitu pihak yang bertanggung jawab untuk memproses chaff kopi tersebut.

Menurut ketua teknikal senior unit kemampanan material Ford Motor Company, Debbie Mielewski dalam video berkenaan, komponen yang dihasilkan dari material baharu berasaskan chaff ini adalah jauh lebih baik dari plastik yang mereka gunakan sebelum ini; ia lebih ringan malah lebih tahan dengan tahap kepanasan yang lebih tinggi.

McDonald menghasilkan 6,000 pound chaff kopi berkenaan dari sumber yang diambil dari pelbagai negara seperti Colombia, Guatemala, Costa Rica, Nicaragua, El Salvador, Brazil dan Sumatera di Indonesia. Jadi dari dibuang begitu sahaja, Ford mengambil inisiatif ini yang dilihat jauh lebih kehadapan berbanding proses kitar semula biasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required