Nissan kekalkan produksi R35 lebih 10-tahun untuk pastikan status ‘mampu milik’ – ketua produk GT-R

Nissan kekalkan produksi R35 lebih 10-tahun untuk pastikan status ‘mampu milik’ – ketua produk GT-R

Tahun ini, masuk tahun ke-13 Nissan GT-R R35 dalam barisan produksi di kilang – mula dilancarkan di Jepun pada Disember 2007, dan kini masih dijual baharu dalam bilik pameran dengan diberi penambahbaikkan dari tahun ke tahun. Kenapa model ini kekal tanpa versi generasi baharu dalam tempoh melebihi satu dekad?

Dalam satu wawancara ketua pakar produk Nissan GT-R Hiroshi Tamura dengan portal CNET Road Show, beliau menerangkan bahawa langkah ini diambil bagi memastikan GT-R terus dapat dijual dengan harga ‘mampu milik’ – ini antara aspek utama karekter GT-R sejak ianya diperkenalkan dalam badan PGC10 ‘Hakosuka’ pada tahun 1969 iaitu pencabar supercar barat dengan harga lebih murah.

Menurut Tamura-san, aspek ini juga masih sama apa yang dibuat oleh Nissan pada Skyline GT-R R32 yang diperkenalkan pada era lewat 80’an hingga Skyline GT-R R34 pada era lewat 90’an – rupa mungkin berbeza tetapi “platform asas tidak berubah,” jelasnya.

Tamura juga menjelaskan bahawa satu perkara lagi yang tidak berubah pada GT-R adalah hubungan emosional yang diberikan kepada pemandu. “Kereta adalah badan. Lebih lanjut, anda adalah komander…badan anda dihubungkan,” tambah Tamura-san.

Sehingga kini, masih ada lagi keputusan konkrit dari Nissan bila model generasi baharu GT-R akan muncul ke pasaran. Tahun lalu Tamura dan pasukannya dilaporkan sedang menunggu keputusan daripada lembaga pengarah untuk menentukan jenis sistem janaan yang akan digunakan. Dilemanya ialah sama ada untuk menghasilkan sebuah kereta hibrid-elektrik dan petrol atau membawakan sebuah kereta elektrik sepenuhnya yang sangat berkuasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required