Kia Stinger facelift 2021 dilapor akan lebih berkuasa

Kia Stinger facelift 2021 dilapor akan lebih berkuasa

Kia Stinger, walaupun menggemparkan dunia dengan rekaan dan kuasa yang dibekalkan ketika muncul buat pertama kali tiga tahun lalu, jualan untuk sedan sport ini tidaklah seperti yang diharapkan oleh syarikat tersebut. Jadi apa yang mungkin dilakukan oleh Kia bagi melariskan lagi kereta ini? Menurut laporan oleh Top Rider, versi facelift 2021 nanti bakal menyaksikan Stinger menerima perubahan yang signifikant termasuk penambahan kuasa kuda!

Untuk model kemaskini berkenaan, enjin 3.3 liter V6 dengan dua pengecas turbo Stinger tersebut yang kini menghasilkan 365 hp/510 Nm, akan diolah semula bagi mengekstrak sejumlah 380 hp da tork maksima 528 Nm. Bukan itu sahaja, bagi memberikan lebih sensasi kepada pemanduan, Stinger juga akan diberikan sistem ekzos dengan injap bervariasi yang akan menghasilkan deruman enjin lebih mengujakan.

Kia Stinger facelift 2021 dilapor akan lebih berkuasa

Selain kuasa, Stinger juga akan hadir dengan rupa lebih segar di mana bampar serta lampu hadapan dan belakang akan direka semula dengan rekaan seiring model-model terkini Kia. Manakala dalam kabin, pemandu akan menerima paparan meter digital sepenuhnya bersama skrin infotainmen 10.25-inci bagi menggantikan skrin lapan-inci pada versi sedia ada.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa Kia Stinger 2021 ini akan muncul di Korea pada Julai nanti, dan ia akan disusuli dengan pelancaran di pasaran Amerika Utara dan Eropah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required