SDAC-Ford sedia hantar unit pandu uji ke rumah, pejabat dalam radius 10km dari bilik pameran

SDAC-Ford sedia hantar unit pandu uji ke rumah, pejabat dalam radius 10km dari bilik pameran

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah menawarkan perkhidmatan terbaharu untuk pelanggannya menerusi penyediaan pilihan khidmat pandu uji Ford ke rumah atau pejabat.

Walau bagaimana pun, perkhidmatan ini adalah untuk lokasi dalam lingkungan jarak 10 km dengan wakil pengedar terdekat. Untuk mengurus penghantaran pandu uji ini, para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar terdekat, menghantar permohonan pandu uji secara dalam talian menerusi laman web SDAC atau dengan menghantar pesanan kepada Jurujual Digital Ford di talian WhatsApp 019 204 1200.

“Pada waktu ini, kami faham bahawa para pelanggan mahukan khidmat tambahan yang memberi kemudahan. Untuk itu, kami menyediakan satu lagi pilihan dengan menghantar kenderaaan Ford yang ingin dipandu uji ke rumah atau pejabat pelanggan bagi membuktikan komitment kami dalam terus memantapkan sokongan dan khidmat kami kepada para pelanggan,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

SDAC-Ford sedia hantar unit pandu uji ke rumah, pejabat dalam radius 10km dari bilik pameran

SDAC turut berkata, langkah-langkah berwaspada sentiasa diamalkan oleh perunding jualan semasa penghantaran kenderaan, termasuk memakai topeng muka, mencatat suhu badan, mensanitasi kenderaan yang diuji dan duduk di bahagian belakang kenderaan sebagai mematuhi peraturan penjarakan sosial.

“Bagi pelanggan yang memilih untuk terus ke premis wakil pengedar Ford, kami ingin meyakinkan mereka bahawa langkah-langkah perlu telah kami ambil bagi memastikan kesihatan dan keselamatan mereka, Ini termasuk penjarakan sosial, pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, meletak cecair sanitasi tangan di sekitar bilik pameran dan sanitasi yang dilakukan dengan kerap di bahagian-bahagian yang sering disentuh,” tambah Muzri.

Selain itu, untuk mendapatkan bantuan, para pelanggan juga boleh menghubungi SDAC-Ford melalui chatbot laman web bagi membantu pengguna melayari laman web, talian Khidmat Pelanggan dan Bantuan Jalan Raya di 1300 38 3181 yang beroperasi sepanjang masa, khidmat atas talian untuk temujanji servis dan membuat pertanyaan atau memberi maklum balas melalui laman web SDAC-Ford – dengan tiga pilihan bahasa – English, Bahasa Malaysia dan Mandarin.

Untuk mengakses laman web SDAC-Ford mesra peranti dengan pelbagai bahasa atau untuk menempah Khidmat Pandu Uji di rumah atau pejabat, sila layari www.sdacford.com.my.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required