Ad: Beli kenderaan Toyota melalui Lazada dan Shopee – tempah serendah RM250, servis percuma 5 tahun

Kita sekarang hidup dalam keadaan norma baharu akibat pandemik Covid-19, dan antara trend yang semakin meningkat adalah pembelian secara atas talian. Hampir apa sahaja boleh dibeli dengan cara ini termasuklah kereta dan apabila anda sudah tahu apa yang dimahukan, dengan beberapa klik sahaja pembelian anda akan lengkap.

Kini, untuk kenderaan keluaran UMW Toyota Motor, orang ramai diberikan satu lagi cara pembelian iaitu atas talian, atau lebih spesifik lagi melalui laman Lazada dan Shopee. Menjadikannya lebih menarik, beberapa model Toyota terpilih keluaran tahun 2019 dijual dengan bayaran tempahan serendah RM250* sahaja. Stok bagaimanapun adalah terhad.

Selain daripada itu, beberapa model Toyota tahun 2019 juga ditawarkan dengan pakej servis percuma selama lima tahun, ekslusif untuk pembelian atas talian. Ia diberikan sebagai tambahan kepada jaminan lima tahun tanpa had batuan yang diberikan seperti biasa, sekaligus memberikan lebih ketenangan minda kepada pemilik.

Cara untuk membeli kenderaan Toyota atas talian adalah mudah. Pergi ke Toyota Malaysia Official Store dalam Lazada atau Shopee dan pilih model yang diinginkan. Bayar yuran tempahan dan kemudian anda akan menerima E-Coupon melalui pemberitahuan (notification) dalam emel. Akhir sekali, pergi ke pusat pameran Toyota, tunjukkan E-Coupon tersebut dan mereka akan memproses kereta anda untuk penghantaran.

Sebelum pergi ke Lazada atau Shopee untuk menempah kereta kegemaran, anda boleh layari pusat pameran virtual di laman rasmi Toyota Malaysia. Di situ, anda boleh cuba fungsi “Virtual Test Drive” yang memberikan pandangan keseluruhan bahagian kenderaan (360 darjah) dan jika mahu, anda juga boleh merasa pengalaman dalam kereta tersebut melalui fungsi Augmented Reality (AR), hampir seperti sebenar.

Nak beli kereta dalam keadaan norma baharu? Cubalah pengalaman pusat pameran virtual Toyota dan dapatkan tawaran hebat di dalam Lazada atau Shopee.

*Sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.