PKPB tamat di kebanyakan negeri – tiada lagi SJR atau had penumpang dalam kenderaan; boleh rentas negeri

PKPB tamat di kebanyakan negeri – tiada lagi SJR atau had penumpang dalam kenderaan; boleh rentas negeri

Kerajaan telah mengumumkan hanya Kuala Lumpur dan Selangor sahaja yang dilanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu sehingga 20 Disember ini, manakala lain-lain negeri yang turut dikenakan PKPB sejak 14 Oktober lalu, kini telah ditamatkan.

Selain itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri turut mengumumkan, mulai Isnin ini, 7 Disember 2020, semua pergerakan rentas daerah dan negeri kini dibenarkan tanpa perlu mendapatkan kebenaran dari pihak polis, kecuali bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalah Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dalam sidang media hariannya pada petang tadi, Ismail turut mengumumkan had penumpang di dalam kenderaan juga telah ditamatkan mulai 7 Disember ini. Bermakna, semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan.

PKPB tamat di kebanyakan negeri – tiada lagi SJR atau had penumpang dalam kenderaan; boleh rentas negeri

“Kita tidak lagi mengenakan syarat setiap kenderaan dihadkan jumlah penumpang. Sebaliknya jumlah penumpang adalah bergantung pada jumlah kapasiti tempat duduk. Jika kereta biasa mempunyai empat kapasiti tempat duduk, maka penumpangnya adalah empat orang. Jika sebuah kenderaan pelbagai-guna (MPV) mempunyai tujuh kapasiti tujuh tempat duduk, maka penumpangnya adalah tujuh orang,” ujarnya.

Sewaktu pertama kali PKPB diumumkan, peraturan menetapkan hanya dua orang dari rumah yang sdama dibenarkan menaiki kenderaan persendirian, manakala tiga orang individu dibenarkan untuk berada dalam teksi atau pun perkhidmatan e-hailing, termasuk pemandu. Namun pada 13 Disember lalu, peraturan tersebut dirombak semula iaitu dengan membenarkan tiga penumpang dalam sebuah rumah yang sama untuk berada dalam kenderaan persendirian.

Mengenai pergerakan merentas daerah dan negeri, Ismail Sabri berkata, kini pihak polis tidak lagi mengadakan sekaran jalan raya (SJR) mulau Isnin ini. Sebaliknya pasukan keselamatan itu akan memfokus pada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kalangan rakyat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required