GMC Hummer EV SUV 2024 didedah – hingga 830 hp

GMC Hummer EV SUV 2024 didedah – hingga 830 hp

Kita sudah melihat, GMC menghidupkan semula Hummer sebagai sebuah trak pikap elektrik melalui GMC Hummer EV, dan kini syarikat itu mendedahkan pula versi SUV yang dipanggil sebagai Hummer EV SUV 2024. Asas keduanya adalah sama, iaitu platform Ultium GM, dan SUV ini juga menggunakan tetapan lima tempat duduk serta penggerak yang terdiri daripada tiga motor elektrik, seperti Hummer pikap.

GMC memberitahu, SUV ini boleh menghasilkan kuasa sehingga 830 hp, dan ini sedikit rendah berbanding 1,000 hp yang ditawarkan melalui versi pikap. Walaupun begitu, torknya masih lagi iaitu 15,592 Nm. Melalui tetapan ini, ia dikatakan boleh memberi pecutan 0-96 km/j (0-60 bsj) dalam masa 3.5 saat dan bateri Ultium 20 modul yang digunakan boleh menyediakan jarak gerak sehingga 480 km, bagi versi Edition 1 yang paling tinggi.

Keistimewaan lain yang diberitahu ada pada SUV ini adalah termasuk bentuk badan offroad terbaik dalam kelasnya, radius pusingan cuma 10.8 meter dengan 4 Wheel Steer, Infinity Roof denan Sky Panel yang boleh dicabut, I-Bar, pengubahsuaian melalui My Mode, lebih 200 aksesori serta “teknologi teknikal” baru melalui aplikasi myGMC.

Hummer EV sedang dirancang ditawarkan dalam lima varian – dua yang menggunakan dua motor dan tiga menggunakan tiga motor – dengan harga dari US$79,995 (RM331,372) hingga US$110,595 (RM458,130). Ia akan dilancarkan dengan versi Edition 1 yang menawarkan pelanggan untuk menaik taraf jentera mereka dengan jarak gerak yang lebih jauh atau kemampuan offroad maksimum.

Model Edition 1 datang terus dengan rim 22 inci, pemijak tepi dan lapik lantai. Pakej Extreme Off-Road pula memberikan rim 18 inci dengan tayar MT 35 inci, pelindung bawah kenderaan, eLocker hadapan dan locker belakang virtual, ball-spline half shaft kegunaan berat, UltraVision dengan kamera bawah badan dan pelbagai lagi. Model ini boleh dilihat seperti di dalam gambar.

Pengeluaran model ini hanya akan bermula pada tahun 2023 dan hanya akan dilancarkan selepas versi trak pikap memasuki pusat pameran, iaitu jangkaannya pada tahun 2022. Walaupun GMC Hummer EV cuma baru didedahkan dalam gambar, keseluruhan jumlah yang mampu dikeluarkan dalam masa satu tahun telah pun habis dijual.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required