ACE 2021: Proton beri tawaran rebat RM7k, pakej penyelenggaran percuma setahun untuk model terpilih

ACE 2021: Proton beri tawaran rebat RM7k, pakej penyelenggaran percuma setahun untuk model terpilih

Anda ada kelapangan pada hari ini atau esok? Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Auto Car Expo atau secara ringkasnya disebut ACE 2021 telah pun membuka tirainya hari ini bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Selangor. Acara ini dianjurkan oleh Driven Communications, yang juga merupakan pengendali bagi Paultan.org, dengan kerjasama Carsome.

Proton juga tidak ketinggalan dalam menyertai ACE 2021, dengan diwakili oleh Wheelcorp Auto. Sebagai sebahagian daripada promosi Ramadan Proton, pelanggan akan menikmati sehingga RM7,000 bagi model-model terpilih Proton. Bukan itu sahaja, Proton juga memberikan pakej penyelenggaraan percuma selama setahun (termasuk kos buruh dan alat ganti) bagi semua modelnya, kecuali versi R3 Limited Edition dan Black Edition, serta X50 dan X70.

Selain itu, kami juga turut memberikan baucar kombinasi bernilai RM2,550 kepada 200 pelanggan pertama yang menempah kenderaan baharu. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

Bukan itu sahaja, tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

Untuk yang berkunjung ke ACE 2021, sila patuhi SOP yang ditetapkan termasuk mengimbas suhu badan di pintu masuk, imbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu, pakai pelitup muka sepanjang masa, jaga penjarakan sosial dan juga gunakan cecair sanitasi tangan sekerapnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required