Honda Civic Hatchback 2022 dalam teaser, tiba 24 Jun

Honda Civic Hatchback 2022 dalam <em>teaser</em>, tiba 24 Jun

Honda Civic sedan generasi ke-11 ramai yang sudah tahu dan pernah tengok, tetapi ini ada satu lagi versi hatchback pula yang akan diperkenalkan tak lama lagi. Honda mendedahkan teaser kereta berkenaan dan mengesahkan bahawa ia akan diperkenalkan pada 24 Jun ini.

Gambar tunggal profil sisinya menunjukkan siluet fastback yang mirip dengan versi empat-pintu, dengan sedikit perbezaan melibatkan bahagian belakang yang lebih pendek. Ini juga hampir sama dengan imej paten versi lima-pintu yang pernah beredar September lalu, yang menunjukkan rekaan keseluruhannya.

Untuk itu, versi hatchback ini nampaknya akan mengekalkan sebahagian besar pendekatan rekaan veri sedan, termasuklah wajah depan yang kemas, ringkas dan bahagian tepi matang — juga jalur krom khas pada tingkap sisi yang diwarisi dari Accord.

Honda Civic Hatchback 2022 dalam <em>teaser</em>, tiba 24 Jun

Bahagian belakangnya pula sedikit lebih tinggi, dengan rekaan lampu berkelebaran penuh membentuk imej seolah gerbang bagi ruangan nombor platnya, berbanding versi sedan dengan rekaan lampu trapezoidal.

Model hatchback ini untuk pasaran Amerika Syarikat dijangka akan menerima penawaran enjin yang sama dengan sedan, termasuk unti 2.0 liter NA i-VTEC empat-silinder dengan janaan 158 hp/187 Nm dan juga unit 1.5 liter VTEC Turbo dengan janaan 180 hp dan 240 Nm tork. Satu perbezaan ketara ialah versi lima-pintu ini akan ditawarkan dengan pilihan kotak gear enam-kelajuan manual untuk menggantikan CVT standard pada versi empat-pintu.

Model prestasi tinggi Si dan Type R juga akan diperkenalkan kelak. Hatchback ini juga akan menjadi satu-satunya versi Civic yang akan dijual di Jepun, memandangkan versi sedan tidak lagi disambung jualannya tahun lalu kerana tidak mendapat sambutan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required