Toyota Yaris GR Sport 2022 di Indonesia – dari RM79k

Toyota Yaris GR Sport 2022 di Indonesia – dari RM79k

Sempena meraikan ulang tahun ke-50 tahun Toyota di Indonesia, Toyota Astra Motor (TAM) telah mengambil keputusan untuk berhenti menawarkan model TRD Sportivo di sana, namun diberikan penjenamaan baharu iaitu GR Sport. Antara model yang menerima varian penjenamaan semula ialah Agya dan Fortuner, serta Yaris.

Untuk varian Yaris GR Sport, ia menampilkan empat penawaran, dengan harga bermula 268.8 juta Rupiah (RM79k) untuk 1.5 S M/T hingga 284 juta Rupiah (RM83k) bagi varian tertinggi 1.5 S CVT. Terdapat dua versi bagi setiap model, satunya dengan tiga beg udara dan selebihnya dengan tujuh beg udara.

Bagi kelengkapannya, secara asasnya ia agak mirip dengan Yaris TRD Sportivo sebelum ini, tiada perubahan yang dibuat untuk luaran dan dalamannya. Ia menerima kit badan penuh yang sporty, merangkumi lip hadapan, lip belakang yang disambungkan dengan diffuser, spoiler bumbung dan skirt sisi GR Sport. Terdapat tujuh warna luaran ditawarkan – Citrus Mica, Orange, Red Mica, Grey, Silver, Super White, dan Attitude Black Mica.

Toyota Yaris GR Sport 2022 di Indonesia – dari RM79k

Di dalamnya, ia diberikan serlahan kontras merah, termasuk jahitan pada roda stereng balutan kulit, tempat duduk fabrik, perehat tangan tengah dan dalaman pintu. Varian CVT menerima pedal penukar gear, dan semua model Yaris GR Sport diberikan paparan skrin sesentuh tujuh-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Pacuan kuasa dijanakan menerusi enjin 1.5 liter dual VVT-i empat-silinder, dengan output 105 PS pada 6,000 rpm dan tork 140 Nm pada 4,200 rpm. Ia digandingkan sama ada dengan manual lima-kelajuan atay CVT dengan tujuh nisbah maya, dan semua model Yaris GR Sport diberikan roda 16-inci secara standard.

Untuk keselamatan, ia menerima VSC, bantuan mula-mendaki, ABS dengan EBD dan bantuan brek, dan cagak Isofix untuk kerusi keselamatan kanak-kanak. Tiada sistem bantuah pemandu termaju seperti Yaris 1.5 E dan G di Malaysia, di mana ia meliputi sistem pra-pelanggaran, brek kecemasan sendiri, kepejaan ketibaan lorong, paparan pandangan panoramik 3D, pemantauan titik buta, kepekaan trafik lintasa-belakang, perakam video digital hadapan dan Sistem Telematik Kenderaan (VTS).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required