Honda BR-V 2022 didedahkan di Indonesia – bermula RM72k, 1.5L DOHC i-VTEC 121 PS, ada Honda Sensing

Honda BR-V 2022 didedahkan di Indonesia – bermula RM72k, 1.5L DOHC i-VTEC 121 PS, ada Honda Sensing

Selepas memperkenalkan model konsep SUV tujuh-tempat duduk Honda N7X di Indonesia pada Mei lalu, hari ini secara rasmi versi produksi sebenarnya didedahkan – ini dia, Honda BR-V generasi kedua! Dibangunkan oleh Honda R&D Asia Pacific, BR-V serba baharu ini membuat kemunculan sulungnya di Indonesia. Ia bukan sahaja menampilkan rekaan yang jauh lebih segar, malah turut menerima perincian-perincian terkini yang sama dengan model-model Honda lebih premium.

Di Indonesia, BR-V ditawarkan dalam empat varian iaitu S, E, Prestige dan Prestige with Honda Sensing. Dan seperti lukisan paten yang terdedah sebelumnya, BR-V generasi kedua ini menampilkan rupa yang hampir sama dengan versi konsep N7X.

Secara keseluruhan BR-V generasi kedua ini tampil dengan gaya yang lebih lasak berbanding model sebelum ini – diberikan rupa sebuah SUV sebenar dengan jarak kelegaan tanah lebih tinggi dan bukan hanya sebuah MPV tujuh tempat duduk yang sekadar diberikan kemasan pelindung plastik.

Muka BR-V baharu ini seakan diinspirasikan dari model facelift terbaharu MPV mewah Honda Odyssey, tampil dengan gril hadapan yang terdiri jalur-jalur dan bar krom, diapit oleh lampu hadapan yang tajam bersama jalur LED lampu nyalaan siang bina dalam berbentuk-L.

Honda BR-V 2022 didedahkan di Indonesia – bermula RM72k, 1.5L DOHC i-VTEC 121 PS, ada Honda Sensing

Berbanding model konsep N7X yang diberikan satu lagi jalur LED pada bampar hadpaan, model produksi sebenar BR-V ini hanya menerima lampu kabus dengan perumah pada bahagian tersebut. Namun gril bawah berbentuk trapezoid dengan elemen sarang lebah dan juga kemasan skid plate berwarna perak dari N7X masih dibawa ke BR-V sebenar ini. Seperti model-model terbaharu Honda yang lain, BR-V juga tampil dengan bonet hadapan seakan mempunyai ‘jendul’.

Pada bahagian sisi, BR-V generasi kedua ini diberikan rekaan lebih ringkas dari model sebelumnya. Tiada lagi garis-garis yang bersimpang siur, sebaliknya hanya menampilkan satu garis karekter bermula dari lampu hadapan, melalui bahagian bawah pembuka pintu dan bersambung pada lampu belakang. Kemasan pelindung badan pada semua ruang roda juga kini lebih nipis dan tidak menggangu bahagian badan lain di atasnya. Model ini juga menerima rim 17-inci dengan rekaan baharu.

Di belakang, BR-V baharu berkenaan menampilkan lampu yang lebih nipis dan tajam dan juga grafik LED yang kelihatan seperti sedan Honda City. Pintu tailgate juga kelihatan lebih ringkas dan kemas – tiada lagi bar reflektor yang menghubungkan kedua-dua lampu serta permukaan lebih rata, manakala perumah nombor plat masih kekal di bawah. Skid plate berwarna perak juga diberikan di bawah bampar belakang.

Tiada angka dimensi didedahkan oleh Honda buat masa sekarang. Namun menurut Honda, BR-V generasi baharu ini menampilkan jarak kelegaan tanah 220 mm, atau 20 mm lebih tinggi berbanding BR-V generasi pertama.

Honda BR-V 2022 didedahkan di Indonesia – bermula RM72k, 1.5L DOHC i-VTEC 121 PS, ada Honda Sensing

Pada bahagian kabin, meskipun model ini menerima papan pemuka baharu, susun aturnya kelihatan masih mengekalkan ciri dari model sebelumnya. Ia masih diberikan skrin infotainmen yang ‘ditanam’ dalam papan pemuka, dengan liang pendingin hawa tengah direka leper di atas, bersama suis-suis kawalan pendingin hawa di bawahnya.

Tiada paparan instrumen digital diberikan, namun ia menerima papan meter baharu yang kelihatan hampir sama seperti kluster instrumen pada Honda City terkini, tetapi diberikan grafik meter berbeza dan juga skrin pelbagai info TFT di tengah yang lebih lebar bersaiz 4.2-inci.

Honda menyatakan bahawa kabin BR-V generasi kedua ini “direka dengan baik bagi memberikan ruang yang selesa dan luas untuk pemandu dan penumpang.” Kini, bukan hanya tempat duduk baris pertama yang diberikan perehat tangan, ia juga turut diberikan pada penumpang d baris kedua.

Kabin BR-V generasi baharu ini juga diberikan soket kuasa 12 volt pada ketiga-tiga baris tempat duduk, ruang storan untuk objek-objek kecil yang lebih banyak, pelindung matahari dengan cermin solek dan lampu, poket-poket penyimpan di belakang tempat duduk penumpang hadapan dan lapan ruang penyimpan botol air.

Honda BR-V 2022 didedahkan di Indonesia – bermula RM72k, 1.5L DOHC i-VTEC 121 PS, ada Honda Sensing

Honda juga mendakwa bahawa ruang kargo belakang BR-V generasi kedua ini adalah yang paling besar dalam kelasnya. Dan jika tidak cukup tempat duduk baris ketiga masih boleh dilipat dengan nisbah 50/50 bagi memberikan ruang kargo tambahan.

Untuk hiburan, Honda BR-V baharu ini dilengkapkan dengan skrin sesentuh tujuh-inci bersama fungsi Smartphone Connection (dalam video pelancaran . Selain dari sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin, BR-V kini turut diberikan penghidup enjin kawalan jauh (membolehkan kabin disejukkan oleh pendingin hawa sebelum pemilik masuk) dan juga fungsi kunci walkaway seperti model-model Honda lebih mahal.

Honda BR-V generasi baharu ini dijana oleh enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa 121 PS pada takat 6,600 rpm dan tork maksima 145 Nm pada takat 4,300 rpm dengan standard emisi berada pada tahap Euro 4. Kuasa dialirkan hanya ke roda hadapan menerusi kotak gear CVT automatik.

Untuk keselamatan, BR-V kini dibekalkan dengan enam-beg udara. Seperti yang dinyatakan tadi, model varian tertinggi Honda BR-V di Indonesia kini dibekalkan dengan pakej bantuan pemanduan Honda Sensing, dan ia turut disertakan dengan kamera titik buta Honda LaneWatch. Teknologi Honda Sensing berkenaan menawarkan fungsi yang terdiri dari brek kecemasan automatik (CMBS), sistem bantuan kekal lorong (LKAS), pengelak keluar jalan (RDM), cruise control adaptif (ACC) dan juga lampu tinggi automatik (AHB).

Honda BR-V 2022 didedahkan di Indonesia – bermula RM72k, 1.5L DOHC i-VTEC 121 PS, ada Honda Sensing

Menerusi BR-V generasi kedua ini, Honda buat pertama kali memperkenalkan satu lagi fungsi baharu dalam Honda Sensing iaitu sistem notifikasi mula gerak kereta hadapan (LCDN). Menerusi sistem ini, ia akan memberitahu pemandu bahawa kenderaan hadapan sudah pun mula bergerak (sebagai contoh di lampu isyarat atau kesesakan trafik) sekiranya mengesan pemandu tidak sedar akan situasi berkenaan.

“Indonesia merupakan pasaran penting bagi Honda di kawasan Asia dan Oceania baik untuk penjualan mahupun produksi. Oleh itu, Honda terus mengembangkan dan meningkatkan produk serta layanan untuk pelanggan di seluruh dunia, termasuk di Indonesia. Honda BR-V serba baharu yang didedahkan pertama kali di dunia ini dikembangkan untuk memberikan definisi baru pada gaya, keselesaan dan prestasi bagi kemudahan bergerak untuk pelanggan Indonesia,” kata ketua pegawai untuk operasi rantau (Asia & Oceania), Honda Motor Co., Ltd dan juga Presiden serta CEO Asian Honda Motor Co., Ltd, Masayuki Igarashi.

“Honda sangat bangga untuk mempersembahkan generasi kedua Honda BR-V yang dikembangkan khusus untuk kegunaan pelanggan di Indonesia. Honda BR-V serba baharu ini juga akan diproduksi secara besar-besaran di Indonesia dengan menampilkan rekaan yang jauh lebih menarik serta pelbagai teknologi dan perincian terkini pertama dalam kelasnya. Kami yakin Honda BR-V serba baharu ini akan memperkuatkan kedudukan Honda khususnya dalam segmen LSUV di Indonesia,” kata presiden pengarah PT Honda Prospect Motor, Takehiro Watanabe.

Jadi berapa harga jualan untuk Honda BR-V 2022 ini? Menurut laporan dari AutonetMagz, model generasi baharu ini akan mula dijual bermula Januari 2022. Jadi ia tidak akan menerima pengecualian cukai barang mewah yang sedang berjalan di Indonesia buat masa sekarang, serta dilaporkan akan dijual pada harga bermula 260 juta rupiah (RM76,400).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required