Geometry EX3 Kungfu Cow — EV kecil guna asas Geely, 95 PS, bateri 37 kWh, 322 km jarak, dari RM39k

Geometry EX3 Kungfu Cow — EV kecil guna asas Geely, 95 PS, bateri 37 kWh, 322 km jarak, dari RM39k

Pasaran untuk kenderaan elektrik mampu milik kini meledak di China, dengan syarikat seperti Wuling dan Chery kini tampil dengan kereta urban kompak yang dijual di bawah harga 30,000 yuan (RM19,400). Geely mungkin tidak menunjukkan minat terhadap hal berkenaan, tetapi sub-jenama di bawahnya, Geometry EV baru saja memperkenalkan model baru yang dikenali sebagai EX3 Kungfu Cow, menjadikannya titik permulaan yang tersendiri.

Matlamatnya adalah untuk menyediakan kereta elektrik “sebenar” untuk pemandu muda pada kos yang rendah. Walaupun harganya hampir dua kali ganda berbanding Little Tikes yang bersaiz lebih besar, harga pra-jualan 59,700 yuan (RM38,700) yang dikenakan masih lagi berbaloi, melihat kepada apa yang akan diperoleh pembeli.

Antara halnya adalah saiz. Kungfu Cow mempunyai ukuran 4,005 mm panjang, 1,760 mm lebar dan 1,575 mm tinggi — ia tidaklah terlalu gah, tetapi ia jauh lebih besar jika dibandingkan dengan model Chery QQ Ice Cream (2,980 mm panjang, 1,496 mm lebar, 1,637 mm tinggi). Keseluruhan QQ Ice Cream boleh muat ke dalam 2,480 mm jarak antara rodanya, dan ada kelebihan untuk memuatkan lima penumpang dan barangan mereka.

Geometry EX3 Kungfu Cow — EV kecil guna asas Geely, 95 PS, bateri 37 kWh, 322 km jarak, dari RM39k

Kungfu Cow juga memiliki kuasa, saiz bateri dan jarak perjalanan yang lebih baik. Motor depannya menyediakan hampir lima kali ganda kuasa yang ada pada QQ Ice Cream, dengan menghasilkan 70 kW (95 PS) dan 180 Nm tork. Model Geometry ini memberikan pecutan 4.95 saat bagi 0-50 km/j.

Lebih menarik, kereta ini mampu memberikan jarak perjalanan 322 km mengikut ujian NEDC bagi bateri yang relatif kecil, dengan hanya bateri lithium-ion 37 kWh — dua kali ganda daripada apa yang mampu disediakan oleh model Chery berkenaan. Mengecas dari 30 ke 80% memerlukan 30 minit melalui spesifikasi sistem pengecas yang tidak dinyatakan; ia juga boleh menggunakan pengecas AC 6.6 kW.

Sekiranya macam pernah dilihat model Kungfu Cow, itu adalah kerana ia berdasarkan Geely Vision X3, sebuah kereta crossover segmen B yang telah dijual sejak 2017. Keseluruhan rekaan luarannya diambil terus daripada model berkenaan.

Geometry EX3 Kungfu Cow — EV kecil guna asas Geely, 95 PS, bateri 37 kWh, 322 km jarak, dari RM39k

Selain daripada skim warna dua-tona dan perincian hijau terang yang ada, perubahan lain yang terlibat hanyalah grilnya — ia kini diberikan beberapa jalur melintang dan bahagian tengahnya boleh dibuka kerana menempatkan port pengecas. Selebihnya, kereta ini kekal serupa, sehinggakan muncung ekzos yang tidak diperlukan untuk versi EV ini juga masih ada di bampar belakang.

Di dalam, Kungfu Cow menerima rekaan papan pemuka moden Geely yang diperkenalkan untuk Vision X3 tahun ini. Panel instrumen datang dengan rekaan corong udara lebar, skrin sentuh infotainmen terapung dan suis gear yang ringkas, menuruti pendekatan rekaan yang sama seprti Emgrand dan Xingyue L. Versi Geometry ini dibezakan dengan pemilik gear rotari dan skim warna dua-tona dalam kabinnya.

Kelengkapan yang tersedia termasuklah kluster instrumen digital lapan-inci dan skrin sentuh 10.25-inci untuk infotainmen, yang turut termasuk sistem tunjuk arah dan kawalan suara. Dari segi keselamatan, Kungfu Cow sangat asas, hanya datang dengan dua beg udara, ABS dan ISOFIX belakang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required