GALERI: BMW iX xDrive40 di Malaysia — SUV elektrik dengan 322 hp/630 Nm, jarak 425 km dan dari RM420k

GALERI: BMW iX xDrive40 di Malaysia — SUV elektrik dengan 322 hp/630 Nm, jarak 425 km dan dari RM420k

Dilancarkan di Malaysia Ogos lalu, BMW iX kini tiba di sini, dan unit yang sedang anda lihat ini dipamerkan di St. Regis Kuala Lumpur. Kami bawakan galeri SUV elektrik yang semakin mendapat sambutan dalam pasaran premium ini — iX xDrive40 dalam warna Phytonic Blue.

Varian paling asas berkenaan dijual pada harga RM419,630 atas jalan tanpa insurans. Ada juga varian xDrive40 Sport dengan harga RM472,630. Harga ini termasuk waranti dua tahun, tetapi jika pelanggan mahukan lanjutan waranti kepada lima tahun tanpa had perbatuan, dan pakej servis untuk enam tahun/120,000 km, harga bagi xDrive40 meningkat kepada RM435,800, sementara xDrive40 Sport menjadi RM488,800. Waranti lapan tahun/160,000 km untuk bateri datang sebagai standard.

Kedua-dua varian menampilkan sistem janaan yang sama — dua motor elektrik, diletakkan pada setiap satu gandar yang menyalurkan pacuan semua-roda. Ia memberikan kuasa hingga 326 PS (322 hp atau 240 kW) dan tork 630 Nm, yang membolehkannya dipecut dari titik sifar ke 100 km/j dalam 6.1 saat dan kelajuan maksimum mencecah 200 km/j.

GALERI: BMW iX xDrive40 di Malaysia — SUV elektrik dengan 322 hp/630 Nm, jarak 425 km dan dari RM420k

Kuasa yang disalurkan untuk e-motor dijanakan dari bateri lithium-ion dengan kapasiti tenaga 76.6 kWh (71 kWh) yang mampu memberikan jarak sehingga 425 km mengikut standard WLTP. Untuk pengecasan, xDrive40 menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW menerusi sambungan Type 2, dengan pengecasan penuh mengambil masa sekitar tujuh jam dan 15 minit. Ada juga pengecas pantas DC dengan kuasa sehingga 150 kW menggunakan sambungan CCS2, yang boleh mengecas 0-80% dalam masa 31 minit.

Bagi kelengkapannya, xDrive40 didatangkan dengan ciri standard termasuk lampu utama LED dengan bantuan lampu tinggi, roda aerodinamik 21-inci serta bingkai dekoratif moulding dan penutup tingkap dengan rona hitam berkilat.

Untuk bahagian dalaman pula, ia hadir dengan sistem Live Cockpit Professional dengan paparan kluster instrumen digital 12.3-inci dan juga paparan skrin sesentuh sentral 14.9-inci — yang kedua-duanya dikuasakan oleh BMW Operating System 8 baru.

Ia turut ditawarkan dengan kabin dengan pakej dalaman Atelier bersama kawalan dan komponen terpiilih dalam rona Gold Bronze. Sementara itu, tempat duduk, papan pemuka, konsol tengah dan perehat tangan tengah diberikan kemasan kulit sintetik Sensatec. Tempat duduk hadapan larasan kuasa juga hadir dengan fungsi memori untuk pemandu, pengecas tanpa wayar dan sistem bunyi HiFi.

Jika berminat dengan pakej Sport, rodanya boleh ditukar ke unit yang lebih besar bersaiz 22-inci, sementara lampu utama boleh dipilih dengan unit BMW Laserlight. Pakej ini juga termasuk dengan ciri Sport Line termasuk brek sport dengan kaliper brek biru, rekaan yang lebih gelap untuk pencahayaan serta kemasan krom pada gril radiator dan rekaan baharu untuk tirai udara hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required