Perodua Aruz, Ativa – masing-masing terjual 26,847 dan 15,313 unit pada 2021; catat 22% bagi jualan P2

Perodua Aruz, Ativa – masing-masing terjual 26,847 dan 15,313 unit pada 2021; catat 22% bagi jualan P2

Bukanlah suatu kejutan untuk Perodua yang masih mengekalkan kedudukannya di tangga teratas dalam pasaran automotif tempatan. Untuk tahun 2021, syarikat ini mencatatkan jualan sebanyak 190,291 unit kenderaan, menyaksikan 29.8% penyusutan berbanding 220,154 unit yang direkodkan pada 2020. Seperti yang dijangka, model Axia, Bezza dan Myvi menyumbangkan jualan tertinggi bagi jenama ini, namun jualan bagi Aruz dan Ativa juga dilihat utuh.

Ativa yang dilancarkan pada Mac 2021, telah menyaksikan sejumlah 26,847 unit dihantar kepada pelanggan pada tahun lalu. Sebagai perbandingan, jualan tahunan untuk Proton X50 pada tahun yang sama mencecah 28,774 unit, sekaligus menjadikannya sebagai SUV terlaris pada 2021.

Sementara itu, model Aruz pula telah terjual sebanyak 15,313 unit pada 2021. SUV tujuh-tempat duduk ini telah diberikan peningkatan pada Mei tahun lalu, dengan menampilkan warna baharu Passion Red Metallic, dengan pemijak sisi dan pengunci pintu automotik. Dengan angka yang dicatatkan ini, Ativa dan Aruz telah mencatatkan sebanyak 22% bagi keseluruhan jualan bagi Perodua untuk 2021.

Untuk tahun 2022, Perodua mensasarkan jualan sebanyak 240,000 unit kenderaan, tetapi ia akan disemak semula pada bulan ini. Presiden dan CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, “Pada Disember lalu, kami mensasarkan jualan sebanyak 240,000 unit untuk 2022, namun ia akan disemak semula pada bulan ini kerana kami mahu mengambil kira perkembangan dan situasi terkini.”

GALERI: Perodua Ativa AV

GALERI: Perodua Aruz AV



Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required