Yamaha 135LC Fi V8 – adakah berbaloi dijadikan pilihan naik taraf berbanding model kapcai 110 cc?

Beberapa minggu selepas Yamaha 135LC Fi dilancarkan untuk pasaran, masih ramai yang teruja dengan ketibaannya. Kami juga mendapat banyak persoalan daripada orang ramai dan antara yang banyak diajukan adakah ia berbaloi untuk dijadikan pilihan naik taraf berbanding model 110 cc.

Pertamanya, kita harus tahu bahawa setiap pengeluar memang sentiasa ada beberapa tahap untuk produk mereka bagi memadankannya dengan pelanggan sasaran, bermula dengan model pengenalan, sederhana dan premium. Untuk motosikal kapcai Yamaha contohnya, ia bermula dengan Lagenda, 135LC, Y15ZR dan seterusnya Y16ZR.

Jika anda mempunyai bajet yang terhad dan tidak mahu berbelanja banyak, pilihan pertama sudah tentu adalah Lagenda. Tetapi jika anda tidak kisah untuk berbelanja lebih sedikit – 135LC karburetor sebelum ini dijual pada harga RM6,868 – maka anda mungkin boleh menaik taraf kepada 135LC yang bezanya cuma RM1,288.

Tapi sekarang dengan ketibaan 135LC Fi dan 135LC karburetor yang sudah dikeluarkan dalam senarai penawaran produk Yamaha (di laman web), keadaannya sudah berubah. Beza antara Lagenda dan 135LC Fi kini sudah menjadi RM2,280 jika mengikut harga yang dikeluarkan oleh pengeluar dan ini sekaligus boleh menjadikan mereka yang ingin menaik taraf berfikir dua kali.

Dengan harga yang lebih tinggi ini, apa sebenarnya kelebihan 135LC Fi? Pertamanya sudah tentu adalah kapasiti enjin, di mana beza 15 cc antara kedua-dua model ini menjadikan kuasa 135LC Fi lebih tinggi 2.6 hp dan 2.3 Nm. Pada bahagian lain, walaupun enjin Lagenda juga menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI), ia cuma menggunakan sistem penyejukan udara dan bukannya cecair dengan radiator seperti 135LC Fi.

Disebabkan transmisi kedua-duanya menggunakan unit empat kelajuan tanpa tuil klac tangan, kami merasakan satu lagi bahagian yang memberi kesan kepada prestasi tunggangan adalah brek, di mana 135LC Fi mempunyak kelebihan brek cakera belakang. Meskipun begitu, kami rasakan tetapan brek belakang jenis dram masih tidak terlalu teruk dan masih boleh digunakan dengan baik bagi tunggangan biasa.

Bahagian lain yang menjadi kelebihan 135LC Fi kami rasakan hanyalah untuk sedap mata memandang, seperti rekaan badan, panel meter digital, rekaan rim seperti Y125ZR serta lampu jenis LED. Walaubagaimanapun, bahagian-bahagian seperti ini menjadi keutamaan bagi sesetengah orang kerana mereka mahukan sebuah motosikal yang sedap dipandang, cantik dan boleh membuatkan mereka tersenyum apabila melihatnya walaupun apabila diparkir di rumah.

Tetapi jika anda sekadar mahukan sebuah motosikal yang boleh diharap, tanpa mengeluarkan banyak wang, Lagenda sebenarnya sudah mencukupi. Seingat kami waktu mencuba Lagenda 115Z dulu, ia cukup lancar, jimat bahan api dan serba mudah untuk diguna hari-hari. Tambahan bayaran sehingga RM2,280 (atau mungkin boleh jadi berganda apabila anda membayar secara pinjaman) mungkin dirasakan tidak perlu bagi mereka yang sebegini.

Pilihan lain yang anda boleh buat sekiranya mahu menaik taraf dari sebuah model 110 cc adalah daripada jenama lain, seperti Honda Wave 125i. Model ini dijual pada harga RM6,449 (peningkatan RM869) dan mempunyai kelebihan seperti brek cakera belakang, ruang simpanan bawah tempat duduk yang boleh memuatkan helmet serta tangki bahan api 5.4 liter (Lagenda 4.05 liter).

Ini sekurang-kurangnya adalah pendapat kami jika ada seseorang yang mahu mempertimbangkan 135LC Fi sebagai naik taraf kepada Lagenda 115Z. Anda pula macam mana? Rasa-rasa baik beli apa?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required