Pemandu ditahan halang polis iringi konvoi VIP di KL

Pemandu ditahan halang polis iringi konvoi VIP di KL

Seorang pemandu kenderaan telah ditahan kerana menghalang konvoi orang kenamaan (VIP) dalam kejadian yang berlaku pada lewat malam jam 11.30 malam, 6 Mei lalu. Pemandu terbabit didapati telah menghalang penjawat awam iaitu polis pengiring VIP berkenaan, selain memandu secara gopoh.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Delihan Yahaya, siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian tersebut berlaku semasa tugas mengiringi orang kenamaan melalui Lebuhraya Sultan Iskandar menghala susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim.

“Pada 7 Mei 2022, jam 1 tengahari, seorang lelaki berusia 36 tahun telah ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi kerana disyaki terlibat dengan kes tersebut. Lelaki terbabit telah direman selama empat hari dan akan dituduh di mahkamah Majistret Jalan Duta pada 10 Mei (hari ini) di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut beliau lagi, selain itu, pemandu berkenaan juga akan dituduh di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan (Memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam).

Dalam masa yang sama, beliau turut memberikan amaran agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required