Beberapa jalan utama di sekitar KL ditenggelami banjir

Beberapa jalan utama di sekitar KL ditenggelami banjir

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) KL telah memaklumkan terdapat beberapa jalan utama di sekitar ibu kota sedang ditenggelami banjir selepas hujan lebat turun selama beberapa jam pagi ini.

[Kemaskini menerusi FB Polis KL jam 1 pm] Antara jalan utama yang ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas buat masa ini ialah Bulatan Pahang menuju ke Jalan Ipoh dan Jalan Raja Laut ke arah Jalan Ipoh.

Manakala jalan lain yang juga dinaiki air banjir tetapi masih boleh dilalui kenderaan ialah Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Jalan Ipoh, Jalan Imbi ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh/Jalan Rahmat, Jalan Sultan Ismail/Jalan Ampang, dan Jalan Kampar off Jalan Sentul.

Selain itu, jalan lain yang terlibat termasuklah Bulatan Dato, Kg Periuk, Jalan Duta Mas, Jalan Ampang dan Jalan Dang Wangi.

Menurut JSPT KL lagi, pihaknya telah mengerahkan anggota polis trafik bagi mengawal lalu lintas dan juga memantau keadaan jalan terbabit dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam masa yang sama, pada jam 12.28 tengahari tadi, pihak pengurusan Terowong SMART juga telah mengumumkan terowong terbabit ditutup sepenuhnya bagi persediaan sistem operasi banjir. Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan dalam akaun Twitter SMART Tunnel. Walau bagaimana pun, sejam kemudian, dimaklumkan, terowong terbabit telah dibuka semula untuk laluan trafik.

Walau bagaimana pun, semua pengguna jalan raya diminta agar lebih berhati-hati dalam pemanduan, dan sila patuhi arahan yang diberikan oleh pegawai bertugas. Jika jalan yang ingin anda lalui ditutup atau dilencongkan kerana banjir, sila gunakan laluan alternatif dengan merujuk aplikasi Waze atau Google Maps.

Pesanan paling penting, jangan sesekali berani meredah banjir yang dilihat agak teruk kerana ia mungkin memberikan risiko pada anda, penumpang dan juga kenderaan yang dipandu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required