Harley-Davidson Low Rider S dan Low Rider ST tiba di Malaysia – enjin v-twin 1,923 cc, harga dari RM116k

Harley-Davidson Low Rider S dan Low Rider ST tiba di Malaysia – enjin v-twin 1,923 cc, harga dari RM116k

Harley-Davidson Low Rider S dan Low Rider ST 2022 kini sudah tiba di Malaysia, dengan harga jualan masing-masing RM115,900 dan RM125,900. Low Rider S adalah sebuah cruiser yang lebih ringkas, sementara Low Rider ST disediakan untuk perjalanan jauh, dengan fairing besar serta beg barangan belakang jenis keras yang boleh dicabut.

Terletak dalam siri model Softail, kedua-dua Low Rider S dan Low Rider ST menggunakan enjin v-twin Milwaukee Eight 117 berkapasiti 1,923 cc. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah 105 hp pada 5,020 rpm, dengan tork maksimum 168 Nm pada 3,500 rpm, dan keseluruhan motosikal kebanyakannya menggunakan tema warna gelap.

Gegaran dalam enjin dapat dikurangkan dengan penggunaan counter-balance shaft, dan kuasa disampaikan kepada roda belakang bersaiz 16 inci melalui transmisi enam kelajuan dan sistem pacuan tali sawat. Monoshock yang lebih tinggi di belakang menyediakan jarak gerak 56 mm, dan didatangkan dengan tombol pelaras pra beban hidraulik.

Suspensi hadapan sekadar menggunakan fork 43 mm tanpa sebarang pelarasan, dan ia memegang rim 19 inci, menyumbang kepada tinggi tempat duduk 710 mm untuk versi standard dan 720 mm untuk ST. Berat keseluruhan Low Rider S adalah 308 kg sementara ST mencatat 327 kg.

Brek menggunakan cakera berkembar serta angkup empat piston di hadapan, dan cakera tunggal dengan angkup dua piston di belakang, bersama sistem ABS two-channel, sementara sistem tanpa kunci juga diberikan secara standard. Bahagian pemegang dua motosikal ini adalah sedikit berbeza dengan Low Rider S lebih rendah sementara Low Rider ST adalah lebih tinggi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required