Seperti yang kita tahu, insentif pengecualian cukai servis dan jualan (SST) untuk pembelian kereta baharu bakal tamat pada 30 Jun ini. Namun menurut laporan The Star, menteri pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong menyatakan bahawa insentif tersebut mungkin akan disambung bagi menyokong pemulihan industri automotif yang menghadapi pelbagai cabaran sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
“Kerajaan kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk memanjangkan pengecualian tersebut, dan keputusannya akan diumumkan tak lama lagi,” kata Wee dalam kenyataan ketika mesyuarat agong tahunan Persekutuan Persatuan-persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM).
Sebelum ini Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan Perodua sudahpun membuat permohonan kepada kerajaan agar insentif pengecualian SST berkenaan disambung lagi selepas 30 Jun nanti.
Sehingga kini, tempoh pengecualian SST berkenaan telah pun disambung semula sebanyak tiga kali sejak ia diperkenalkan buat pertama kali pada 5 Jun 2020. Ia sepatutnya tamat pada 31 Disember 2020, namun ia dilanjutkan sehingga ke Jun 2021. Ia kemudiannya dilanjutkan lagi hingga ke Disember 2021, dan pada pembentangan Bajet 2022 ia kemudiannya sekali lagi diumum dilanjutkan sehingga ke 30 Jun 2022.
Pengecualian cukai SST diberikan sepenuhnya untuk model-model pemasangan tempatan (CKD), manakala model-model yang diimport sepenuhnya (CBU) hanya diberikan potongan cukai SST sebanyak 50%. Namun insentif ini tidak diberikan untuk mereka yang membeli trak pikap kerana kenderaan tersebut diklasifikasikan sebagai kenderaan perdagangan.
Dalam acara tersebut, presiden FMCCAM Datuk Tony Khor turut menggesa kerajaan agar melanjutkan pengecualian SST berkenaan selepas 30 Jun. Menurutnya pengeluar-pengeluar kenderaan kini terpaksa menunda penghantaran kereta baharu kepada pelanggan kerana masalah yang berlaku pada rantaian pembekalan komponen serta bekalan mikrocip yang terjejas.
Sekiranya tarikh akhir pengecualian cukai jualan ini dilanjutkan lagi ia mungkin akan menarik lebih ramai pembeli kereta, tambah Khor. Namun Wee pula menyatakan sebelum ini, keputusan sama ada tempoh insentif ini akan dipanjangkan atau tidak hanya boleh dibuat oleh kementerian kewangan.
Dalam perkembangan lain, Khor turut mencadangkan agar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempertimbangkan kemungkinan untuk menyediakan perkhidmatan yang membolehkan kereta terpakai terus diserah kepada pelanggan sebaik sahaja pinjaman diluluskan. Beliau turut meminta agar JPJ membuat penilaian semula terhadap struktur cukai jalan bagi kereta yang telah berusia.
“FMCCAM turut membuat cadangan kepada JPJ agar mempertimbangkan kadar cukai jalan sehingga 75% bagi kenderaan yang berusia lebih 15 tahun atau lebih, 50% untuk kenderaan yang lebih 10 tahun dan 25% kenderaan lebih dari lima-tahun,” katanya.
“Kami mengalu-alukan inisiatif yang akan membantu pemulihan ekonomi, dan kami akan meneliti perkara itu untuk melihat sama ada kementerian pengangkutan boleh membantu memudahkan cadangan ini. Mengenai cadangan mengurangkan cukai jalan bagi kereta yang berumur lebih daripada 10 tahun, perkara itu mesti dilihat secara holistik bagi memastikan hasilnya memberi manfaat kepada majoriti,” ujar Wee.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Banyak traffic jam,air pollution….sangat teruk. Tolong lah, jangan extend SST tax exempt lagi. Rakyat akan gembira klu extend SST tax exempt lagi.
Minta maaf, first comment salah. Baca second comment, second comment memang betul dan ada correction dari first comment
Minta maaf, first comment saya salah. Baca second comment saya, second comment saya memang betul dan ada correction dari first comment saya
Banyak traffic jam,air pollution….sangat teruk. Tolong lah, jangan extend SST tax exempt lagi. Rakyat akan tak gembira klu extend SST tax exempt lagi.
nak tanya under kerajaan overseas contoh canadian high commision(kedutaan) beli kereta kena sst atau tidak?