Honda ST125 Dax masuk pasaran Indonesia – harga lebih mahal daripada CBR250RR, enjin 125 cc 9.2 hp

Honda ST125 Dax masuk pasaran Indonesia – harga lebih mahal daripada CBR250RR, enjin 125 cc 9.2 hp

Honda ST125 Dax, yang dilancarkan untuk pasaran Eropah Mac lalu kini menembusi pula pasaran negara jiran, Indonesia. Apa yang mengejutkan, ia dijual pada harga 81.75 juta rupiah (RM24,600), yang mana masih lebih murah berbanding Monkey, tetapi sebenarnya agak mahal hinggakan melebihi harga CBR250RR yang dijual pada harga 62.32 juta rupiah (RM18,700).

Ini mungkin berlaku kerana tempat pengeluarannya, dan dua model tersebut juga diletakkan oleh Honda sebagai produk gaya hidup. Di Malaysia, Monkey 125 semasa dilancarkan pada tahun 2018 dijual pada harga RM13,999 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Honda ST Dax sebenarnya sudah wujud sejak tahun 1969, dan bagi model moden ini, ia menggunakan penggerak yang sama seperti Monkey 125 dan MSX125 Grom, iaitu enjin satu silinder 124 cc penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api, yang mampu menghasilkan kuasa 9.25 hp pada 7,000 rpm dan 10 Nm tork pada 5,000 rpm.

Honda ST125 Dax masuk pasaran Indonesia – harga lebih mahal daripada CBR250RR, enjin 125 cc 9.2 hp

Walaubagaimanapun, enjin ST125 Dax ini dipadankan bersama transmisi empat kelajuan tanpa tuil klac tangan, sekaligus menjadikan operasinya lebih mudah bagi penunggang. Ia boleh dinaiki dua orang, sementara ekzos pula terletak tinggi seperti MSX125.

Kelengkapan lain pada motosikal ini adalah termasuk tangki bahan api 3.8 iter, brek cakera depan dan belakang dengan sistem ABS, rim 12 inci, fork USD, dua penyerap hentak di belakang, panel meter LCD, semua lampu jenis LED serta berat keseluruhan 107 kg.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required