Peningkatan surcaj tarif elektrik dan kos buruh akan sebabkan kenaikan harga kenderaan baru – pengilang

Peningkatan surcaj tarif elektrik dan kos buruh akan sebabkan kenaikan harga kenderaan baru – pengilang

Pengeluar komponen automotif telah menggesa kerajaan supaya menghalang pelaksanaan surcaj tarif elektrik baru untuk pengguna voltan sederhana (MV) dan voltan tinggi (HV), yang akan bermula 1 Januari 2023. Perkara ini dilaporkan oleh Bernama, yang memetik mereka berkata bahawa peningkatan sehingga 566% antara 20 sen hingga 27.7 sen/kWh dari 3.7 sen/kWh adalah terlalu drastik dan mengejut.

Presiden Perodua Suppliers Association (P2SA), Helmi Sheikh Mahmood yang bercakap mewakili Proton Vendors Association (PVA), Toyota Suppliers Club (TSC), Honda Malaysia Suppliers Club (HMSC) dan Malaysian Automotive Component Parts Manufacturers Association (MACPMA) berkata, peningkatan ini akan menyebabkan “impak yang sangat besar” kepada semua industri, tanpa mengira saiz.

Tambah beliau, meskipun kumpulan pengeluar komponen automotif faham niat kerajaan untuk menarik kembali subsidi daripada pengguna industri MV dan HV bagi mengurangkan kesan peningkatan harga arang batu, tarif baru yang akan dilaksana ini, apabila digabung dengan peningkatan gaji minimum yang dilaksana baru-baru ini akan memberi kesukaran pada syarikat, dalam aspek kos.

Menurut Helmi, peningkatan tahap gaji minimum sehingga 25% dari RM1,200 ke RM1,500, digabungkan lagi dengan pengurangan waktu bekerja daripada 48 jam ke 45 jam seminggu, serta peningkatan tahap perlepasan mereka yang layak untuk menuntut bayaran lebih masa sahaja sudah meningkatkan kos agak banyak.

Peningkatan surcaj tarif elektrik dan kos buruh akan sebabkan kenaikan harga kenderaan baru – pengilang

“Dua kos ini sangat susah untuk kami serap dan hasilnya, industri terpaksa menyampaikannya kepada pelanggan. Ia akan memberi impak yang dahsyat kepada industri automotif kerana membawa kepada peningkatan harga kenderaan yang banyak,” kata beliau.

“Kami juga berharap dapat berkhidmat kepada Malaysia dan meminta secara baik kepada kerajaan supaya menangguhkan dahulu peningkatan tarif elektrik ini dan bekerjasama dengan kami untuk memastikan sebarang perubahan, seperti polisi, undang-undang, cukai, insentif, tarif atau inisiatif lain dapat memberikan kesan yang sepatutnya,” kata Helmi.

Awal bulan ini, perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa peningkatan harga elektrik tidak dapat dielak lagi, dengan menyatakan bahawa akan terdapat kesan berterusan kepada kewangan kerajaan sekiranya tiada apa-apa yang dibuat. Beliau berkata sementara isi rumah biasa dan SME tidak akan dikenakan sebarang kenaikan tarif elektrik, syarikat multinasional dan berorientasi eksport pula perlu membayar lebih untuk elektrik yang digunakan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required