Honda ZR-V akan dilancar di Australia tak lama lagi – 1.5L VTEC Turbo & 2.0L Hybrid; ASEAN selepas ini?

Honda ZR-V akan dilancar di Australia tak lama lagi – 1.5L VTEC Turbo & 2.0L Hybrid; ASEAN selepas ini?

SUV yang diasaskan dari platform Honda Civic generasi ke-11 iaitu Honda ZR-V sah akan dilancarkan di Australia lapor Drive.com.au. Saingan terus kepada Toyota Corolla Cross berkenaan didedahkan buat pertama kali di Amerika Syarikat pada April tahun lalu dengan nama HR-V, kemudian diperkenal sebagai ZR-V ketika dilancarkan di Jepun dan China.

Untuk pasaran Australia, ZR-V akan ditawarkan dalam empat varian, di mana tiga varian di bawah iaitu VTi X, VTi L dan VTi LX akan dijana oleh enjin 1.5 liter VTEC Turbo, sementara varian paling tinggi akan menerima unit rangkaian kuasa hibrid i-MMD dengan enjin petrol 2.0 liter dikenali sebagai ZR-V e:HEV.

Sesuai dengan saiznya, di Australia ZR-V akan diletakkan pada posisi tengah antara SUV segmen-B Honda HR-V dan juga SUV segmen-C Honda CR-V. Buat masa sekarang harga untuk ZR-V pasaran Australia ini masih belum diumumkan.

Honda ZR-V akan dilancar di Australia tak lama lagi – 1.5L VTEC Turbo & 2.0L Hybrid; ASEAN selepas ini?

Honda ZR-V ini tampil dengan dimensi panjang 4,568 mm dan lebar 1,840 mm dan jarak roda 2,655 mm. Jadi berbanding Corolla Cross, ZR-V adalah lebih besar dengan 108 mm lebih panjang, 15 mm lebih lebar bersama jarak roda yang 15 mm lebih jauh.

Bukan sahaja saiznya lebih besar, malah ZR-V turut menerima sistem suspensi jenis sistem multilink yang sama dengan Civic di belakang berbanding Corolla Cross yang hanya menggunakan torsion beam. Sebagai kembar kepada Civic, beberapa perincian turut dikongsi pada ZR-V ini, dan antara yang jelas adalah papan pemukanya.

Bagi model pasaran Jepun, varian yang menerima enjin petrol sepenuhnya dijana oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang berkuasa 178 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 240 Nm bermula 1,700 hingga 4,500 rpm, digandingkan dengan kotak gear CVT.

Honda ZR-V akan dilancar di Australia tak lama lagi – 1.5L VTEC Turbo & 2.0L Hybrid; ASEAN selepas ini?

Manakala bagi varian hibrid, ia berkongsi unit rangkaian kuasa e:HEV yang sama seperti Civic Hybrid (sama seperti model pasaran Malaysia), menampilkan enjin 2.0 liter kitaran Atkinson dengan sistem suntikan bahan api terus berkuasa 143 PS/189 Nm, bersama dua motor elektrik.

Ia berfungsi sama dengan sistem 1.5L i-MMD pada City dan HR-V hibrid, di mana enjin petrol yang dibekalkan dalam kebanyakkan masa hanya berfungsi sebagai generator untuk mengecas bateri.

Sebuah motor bersaiz kecil dipadankan terus pada aci engkol berfungsi untuk menghidupkan enjin, manakala motor utama yang memacu roda hadapan pula dibekalkan kuasa 184 PS (181 hp atau 135 kW) dan tork maksima 315 Nm. Ada masa-masa tertentu motor elektrik berkenaan turut bergabung tenaga dengan enjin petrol, dan sebab itulah ia masih diberikan transmisi E-CVT.

Antara perincian yang sudah disahkan untuk ZR-V pasaran Australia ini adalah termasuk lampu hadapan LED adaptif, rim 17-inci untuk varian VTi dan 18-inci untuk varian lain, serta skrin 9.0-inci yang datang dengan sokongan Android Auto serta Apple CarPlay hubungan tanpa wayar.

Ia juga akan menerima sistem keselamatan standard meliputi penderia parkir hadapan dan belakang, serta pakej bantuan pemanduan Honda Sensing yang memberikan fungsi termasuk brek kecemasan automatik, cruise control adaptif dan pengenal tanda trafik.

Honda telah membuktikan bahawa ZR-V ini merupakan model yang benar-benar akan di bawa ke peringkat global, bermula dengan Amerika Syarikat, kemudian ke Jepun dan China, dan tak lama lagi akan ke Australia. Jadi tidak mustahil ZR-V ini turut akan mendarat ke pasaran ASEAN termasuk Malaysia.

Honda HR-V generasi baharu sudah pun sampai ke Malaysia dengan saiz yang tidak berubah dari model generasi sebelumnya, manakala CR-V generasi baharu sah akan dilancarkan di sini tidak lama lagi menampilkan saiz yang lebih besar dari model sedia ada. Jadi anda rasa patutkan Honda Malaysia bawa ZR-V ke pasaran tempatan bagi mengisi ruang tengah antara HR-V dan CR-V kelak?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required