Peugeot e-5008 EV didedah — SUV 7-tempat duduk, satu/dua motor, bateri 98 kWj, jarak hingga 660 km

Peugeot e-5008 EV didedah — SUV 7-tempat duduk, satu/dua motor, bateri 98 kWj, jarak hingga 660 km

Untuk peringkat global, Peugeot e-5008 telah mula didedahkan. Ia menggunakan platform STLA Medium dan hanya sebagai model EV tujuh tempat duduk dalam segmennya, sebagai lanjutan kepada penawaran yang ada untuk e-3008. SUV Peugeot e-5008 ini mempunyai ukuran 4,790 mm panjang, 1,890 mm lebar dan 1,690 mm tinggi dengan jarak roda 2,900 mm.

Ini membolehkannya menyediakan ruang barangan seluas 259 liter dengan semua kerusi dalam tiga barisannya ditegakkan; 748 liter dengan barisan ketiga direbahkan; serta sehingga 1,815 liter jika kerusi barisan kedua juga direbahkan. Dengan semua tujuh kerusinya ditegakkan, e-5008 masih mempunyai panjang ruang barangan 42 cm.

Luarannya ada jalur hitam di wajah depannya, dengan lampu utama LED pixel Peugeot menjadi ciri standard, yang akan menyesuaikan bergantung keadaan trafik dan mengekalkan pencahayaan optimal tanpa menyilaukan pengguna jalan yang di depan.

Peugeot e-5008 EV didedah — SUV 7-tempat duduk, satu/dua motor, bateri 98 kWj, jarak hingga 660 km

Lebih 500 kg kelengkapan di dalam e-5008 menggunakan material mesra alam termasuk logam dan polimer, dengan logam dan aluminium mesra alam menyumbang sebanyak 60% daripada berat keseluruhan material mesra alam tersebut. Lebih daripada 30 bahagian polimer yang diguna adalah menggunakan bahan mesra alam, sementara bampar, penyerap pantulan, ruang storan dan karpet diperbuat daripada plastik kitar semula.

Peugeot e-5008 dilengkapi dengan pilihan satu atau dua motor elektrik — motor tunggal dengan janaan 214 PS/345 Nm atau 231 PS/345 Nm; atau dual-motor dengan motor 214 PS/345 Nm di depan serta motor 108 PS/170 Nm dibelakang dengan janaan keseluruhan 322 PS.

Membekalkan tenaga untuk motor elektriknya ialah bateri lithium-ion nickel manganese cobalt (NMC) 400-volt sejukan cecair, dengan kapasiti sehingga 98 kWj; kapasiti yang sama digunakan untuk e-3008. Ini memberikan jarak perjalanan dari 500 km hingga 660 km mengikut kitaran WLTP.

Peugeot e-5008 EV didedah — SUV 7-tempat duduk, satu/dua motor, bateri 98 kWj, jarak hingga 660 km

Pengecasan pantas DC mampu menampung sehingga 160 kW, yang membolehkan jarak 100 km diperoleh dalam 10 minit pengecasan sahaja, atau 20-80% SoC dalam masa 30 minit. Pengecasan AC adalah melalui pengecas dalaman tiga-fasa 11 kW sebagai standard, sementara pengecas AC 22 kW ditawarkan sebagai pilihan.

Versi sistem hibrid juga ditawarkan ada untuk e-5008, dengan e-5008 Hybrid 136 e-DCS6 menggabungkan enjin petrol mild-hybrid 136 PS dengan transmisi automatik klac berkembar enam-kelajuan; serta e-5008 195 e-DCS7, yang menjada 195 PS melalui gabungan enjin petrol 150 PS dengan motor elektrik 125 PS. Dalam mod EV, e-5008 195 e-DCS7 boleh bergerak sejauh 80 km.

Kabinnya pula seperti sebuah ruang canggih — dengan pilihan balutan kulit atau gabungan fabrik untuk tempat duduk, dan kulit Alcantara untuk varian GT. Untuk pemandu terdapat i-Cockpit yang terdiri daripada skrin 10-inci untuk varian asas Allure, atau Panoramic i-Cockpit dengan skrin lengkung 21-inci.

Peugeot e-5008 EV didedah — SUV 7-tempat duduk, satu/dua motor, bateri 98 kWj, jarak hingga 660 km

Sistem infotainmen e-5008 boleh dikendalikan melalui sistem i-Connnect Advance dan pengesanan suara, dan menampilkan interaksi dengan ChatGPT melalui kepintaran buatan dalaman, misalnya untuk pertanyaan idea lokasi yang boleh dilawati.

Aplikasi mudah alih MyPeugeot boleh digunakan dengan kenderaan untuk fungsi seperti perancangan perjalanan, misalnya untuk mencari hentian pengecasan untuk kenderaan, serta untuk memprogram jadual pengecasan dan pendinginan awal untuk bateri, atau untuk membuka atau menutup pintu dari jauh. Lantainya juga rata, serta dengan kerusi barisan kedua dan ketiga dilipat akan memberikan ruang sepanjang dua meter untuk muatan lain.
Di belakang kerusi barisan ketiga tersedia 80 liter ruang barangan.

Peugeot e-5008 EV didedah — SUV 7-tempat duduk, satu/dua motor, bateri 98 kWj, jarak hingga 660 km

Sistem bantuan pemandu termasuklah Drive Assist Plus 2.0 dan Peugeot VisioPark 360. Drive Assist Plus 2.0 terdiri daripada kawalan melayar adaptif dengan Stop-And-Go, bantuan mengekalkan lorong dan bantuan menukar lorong, sementara Peugeot VisioPark 360 menggabungkan empat kamera dengan 12 sensor di luar kenderaan.

Model ini dipasang di kilang Peugeot di Sochaux, Perancis. Ia ditawarkan dalam enam warna badan — Obsession Blue, Ingaro Blue, Okenite White, Pearl Black, Artense Grey, dan Titanium Grey. Untuk varian GT ada pilihan dua-tona warna dengan bumbung hitam.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required