Dua hentian rehat & rawat bakal dibina di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama – Menteri Besar Pahang

Dua hentian rehat & rawat bakal dibina di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama – Menteri Besar Pahang

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan pihaknya telah mengenalpasti dua lokasi hentian rehat dan rawat (R&R) yang bakal dibina di sepanjang Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) untuk kemudahan pengguna laluan itu.

Katanya, pembinaan R&R itu dicadang dibina di laluan antara Bentong dan Raub serta di Kechau Tui, Merapoh, Lipis, laporan Berita RTM.

“Pembinaan R&R itu kini dalam proses tindakan melibatkan pelbagai pihak termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya (JKR), kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Kerajaan negeri akan menyediakan tapak yang sesuai bagi pembinaan R&R tersebut,” katanya.

Walau bagaimana pun, katanya, kemudahan ini tidak boleh disediakan dalam masa terdekat dan akan mengambil masa untuk disiapkan kerana ia perlu melalui pelbagai proses termasuk kajian, kelulusan dan sebagainya.

Dua hentian rehat & rawat bakal dibina di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama – Menteri Besar Pahang

Berkenaan dengan viral di laman media sosial mengenai isu sampah di laluan berkenaan, beliau berkata, kerajaan negeri akan menyediakan tong-tong sampah di lokasi yang dikenalpasti untuk dijadikan hentian sementara bagi kemudahan pengguna lebuhraya berkenaan.

LTU merupakan sebuah projek Kementerian Kerja Raya (KKR) membina jalan baharu dan menaiktaraf jalan sedia ada kepada empat lorong dua hala sepanjang hampir 299.4 km dari Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Bentong, Pahang.

Jajaran LTU di Pahang melibatkan empat pakej utama iaitu Pakej 3 sehingga Pakej 6 sepanjang 169.10 km dan dipecahkan kepada 16 seksyen. Sembilan seksyen sepanjang 106.85 km telah siap mengikut masa dan tujuh seksyen lagi sepanjang 62.25 km sedang dalam pembinaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required