Kastam Kelantan rampas enam kenderaan klon bernilai RM579,418 yang diseludup dari negara jiran

Kastam Kelantan rampas enam kenderaan klon bernilai RM579,418 yang diseludup dari negara jiran

Baru-baru ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas enam kenderaan klon termasuk dua motosikal berkuasa tinggi serta tiga motosikal Yamaha RX-Z terpakai yang diseludup dari negara jiran dianggarkan, yang kesemuanya bernilai RM579,418.

Menurut Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, kesemua kenderaan itu dirampas hasil aduan awam serta risikan yang dijalankan selama dua bulan sejak 15 Februari lalu, laporan Harian Metro.

“Antara kenderaan yang dirampas ialah Nissan Teana, BMW Z4 2.5I, Nissan Serena, Honda Jaz Fit, Toyota Vellfire, Honda Odyssey. Turut dirampas adalah motosikal Honda CB400, Yamaha TDC selain daripada RX-Z.

“Modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk kenderaan itu sama ada secara persendirian atau melalui sindiket yang beroperasi di sempadan. Bagi tiga RX-Z terpakai pula, ia diseludup melalui pangkalan haram di Sungai Golok menggunakan sampan dan dijual kepada pembeli tempatan dengan harga sekitar RM7,000 hingga RM8,000 seunit,” katanya.

Menurut beliau lagi, enam kenderaan klon dan dua motosikal berkuasa tinggi yang dirampas dibawa masuk dari Singapura dan dijual pada harga yang rendah sehingga 30% berbanding harga semasa.

Menurutnya lagi, pihaknya percaya terdapat rangkaian sindiket yang menjalankan kegiatan itu di negara asal iaitu Thailand serta Singapura dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

“Kenderaan (motokar) diklasifikasikan sebagai barangan import yang tertakluk di bawah Jadual Kedua, Bahagian I, Butiran 3(2), Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023. Manakala motosikal diklasifikasikan sebagai barangan import yang tertakluk di bawah Jadual Kedua, Bahagian II, Butiran 7, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023,” katanya sambil menambah kedua-dua kes tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1957.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required