Untuk pengguna Lebuhraya Kajang Silk, ini ada makluman buat anda. Prolintas selaku syarikat konsesi lebuhraya terbabit mengumumkan bahawa laluan smartlane akan diaktifkan setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang. Di mana smartlane itu melibatkan laluan dari KM28.0 Lebuhraya Kajang Silk hingga ke KM1.10 Lebuhraya SKVE.
“Sehubungan itu, penutupan sebahagian lorong akan dijalankan di bulatan UNITEN dari arah Sg Merab ke Putrajaya pada waktu puncak pagi iaitu dari 7 pagi 9 pagi. Sila gunakan lorong kecemasan paling kiri yang telah diaktifkan sebagai smartlane bagi memudahkan perjalanan anda. Pengguna lebuhraya diminta peka dengan arahan lalu lintas di lokasi,” kata Prolintas menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
Jika anda masih belum cakna, smartlane ialah pembukaan lorong kecemasan yang dibenarkan di lebuhraya yang boleh dilalui oleh kenderaan ringan atau kenderaan penumpang. Ia adalah untuk membantu melancarkan aliran trafik dengan mengoptimumkan semua lorong yang ada dan meningkatkan kapasiti di laluan kritikal di lebuhraya.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.