Sistem OPS bagi Road Charge untuk kenderaan asing masuk sempadan M’sia dilaksana mulai 1 Ogos 2024

Sistem OPS bagi Road Charge untuk kenderaan asing masuk sempadan M’sia dilaksana mulai 1 Ogos 2024

Bagi memantapkan lagi keberkesanan sistem pembayaran untuk Road Charge (RC) bagi kenderaan pendaftaran asing yang memasuki sempadan Malaysia, Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan bahawa pengenalan Open Toll Payment System (OPS) atau Pembayaran Tol Terbuka akan dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.

Ini bermakna pembayaran bagi RC boleh dibuat dengan menggunakan kad debit atau kredit yang merupakan pilihan tambahan kepada Touch N’ Go. Bayaran RC adalah sebanyak RM20 bagi setiap kali kemasukan.

“Pengguna boleh memuat turun aplikasi MDGS melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk menyesuaikan dan memahami fungsi aplikasi tersebut,” kata Menteri MOT Anthony Loke menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Berkenaan dengan status pelaksanaan permit kemasukan kenderaan motor asing ke Malaysia atau
Vehicle Entry Permit (VEP) pula, Loke berkata, bagi memastikan proses pendaftaran VEP berjalan lancar, MOT dan JPJ telah meneliti semua maklum balas dan melaksanakan penambahbaikan kepada sistem dan proses pendaftaran tersebut.

Sistem OPS bagi Road Charge untuk kenderaan asing masuk sempadan M’sia dilaksana mulai 1 Ogos 2024

“Antara penambahbaikkan utama yang telah dilaksanakan adalah pembatalan pendaftaran atau deregistration VEP boleh dibuat secara atas talian termasuk untuk kenderaan yang telah bertukar milik, dan VEP yang telah tamat tempoh, iaitu mencapai lima tahun dari tarikh pendaftaran akan dibatalkan secara automatik.

“Selain itu, pembaharuan VEP boleh dibuat secara atas talian tanpa perlu menunggu tag VEP
sedia ada tamat tempoh dan notifikasi akan dihantar kepada pemilik kenderaan 60 hari, 30 hari dan 10 hari
sebelum tarikh tamat tempoh VEP,” katanya.

Sebelum ini, beliau telah mengumumkan bahawa peraturan VEP akan dikuatkuasakan di sempadan
Malaysia-Singapura oleh pihak JPJ mulai 1 Oktober 2024.

“Sejak pengumuman penguatkuasaan dibuat, sejumlah 23,649 permohonan telah diterima antara 28 Mei 2024 sehingga 29 Jun 2024, melebihi permohonan sebanyak 15,424 untuk keseluruhan tahun 2023. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 6,120 tag VEP telah dikeluarkan kepada pemohon manakala sebanyak 1,080 tag VEP telah diaktifkan,” katanya.

Tambahnya, penerima diingatkan untuk mengaktifkan tag VEP dengan memuatnaik gambar nombor pendaftaran kenderaan bersama tag VEP yang telah dilekat di https://vepams.jpj.gov.my selepas menerima tag VEP tersebut. Untuk makluman, tag VEP tidak sah sekiranya tidak diaktifkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required