Tesla Bot ‘Optimus’ Gen 1 dipamerkan di Malaysia

Tesla Bot ‘Optimus’ Gen 1 dipamerkan di Malaysia

Selain kenderaan elektrik, Tesla juga terlibat dengan pembangunan teknologi autonomous dan robotik, dengan salah satu yang telah berjaya dihasilkan adalah robot humanoid autonomous Optimus.

Satu unit robot tersebut telah tiba di Malaysia dan kini sedang dipamerkan di Pavilion Kuala Lumpur. Ia sebenarnya adalah model Optimus Gen 1 yang pertama kali didedahkan pada Mac 2023 dan kini sudah ada versi Gen 2, diperkenalkan Disember tahun lalu.

Model Gen 1 ini boleh dikenali melalui bahagian dada yang berbentuk V, sementara Gen 2 lebih berpetak dan mempunyai tulisan Tesla. Selain bahagian dada, tangan model Gen 2 juga dijadikan lebih seperti bentuk manusia manakala kakinya mempunyai panel yang lebih tertutup.

Menurut Tesla, Optimus adalah “satu robot humanoid yang direka untuk melakukan kerja yang berulang, membosankan dan bahaya bagi manusia,” sementara bentuknya yang mempunyai inspirasi daripada manusia membolehkan ia untuk menggunakan pelbagai peralatan, mengangkat objek dan bekerja dalam kilang seperti manusia.

Menurut Analytics Insight, Tesla Optimus Gen 1 ini antaranya mencatat tinggi 173 sm dan berat 57 kg, sementara Gen 2 adalah lebih tinggi dan berat dengan catatan 178 sm dan 59 kg.

Antara kemampuan fizikal Gen 1 adalah termasuk berjalan, melambai dan menari, sementara Gen 2 pula mempunyai pergerakan lengan, tangan serta jari yang lebih bebas, dan boleh melakukan lebih banyak tugas seperti mengasingkan kotak berwarna serta mengekalkan posisi yoga.

Kedua-dua Optimus Gen 1 dan Gen 2 boleh membawa berat sehingga 20 kg, dan dikuasakan oleh sistem Artificial Intelligence (AI) sama seperti yang digunakan pada kenderaan Tesla.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required