Touch ‘n Go telah memperkenalkan kad TnG Enhanced NFC terbaru yang dikenali sebagai Coral. Dihadirkan dalam warna oren cerah, kad Coral ini dikeluarkan secara terhad sebagai sebahagian daripada kad dari Siri POP yang dikeluarkan oleh syarikat itu.
Menurut TnG, set kad Coral ini ingin membawakan semangat yang lebih segar terhadap barisan produk fizikal sedia ada oleh mereka. Kad Coral ini sama seperti kad TnG NFC biasa yang pernah dikeluarkan, yang diberikan penampilan lebih cerah dan menarik sebagai satu-satunya perbezaan.
Dijual dengan harga RM25 setiap satu, kad TnG Coral kini boleh dibeli di pusat khidmat dan jualan Touch ‘n Go di NU Sentral dan Bangsar South serta tidak ketinggalan melalui saluran kedai Touch ‘n Go eWallet Lazada dan juga di Touch ‘n Go Official Shopee Mall.
Selepas ini, akan ada banyak lagi kad baru dari Siri POP ini yang akan diperkenalkan dengan warna-warna yang lebih menyerlah.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.