Riwayat Ford Focus akan tamat selepas 27 tahun pada Nov ini; tiada pengganti, Ford tumpu bina EV & SUV

Riwayat Ford Focus akan tamat selepas 27 tahun pada Nov ini; tiada pengganti, Ford tumpu bina EV & SUV

Ford Focus merupakan model yang menggantikan tempat Escort ketika kemunculan sulung model generasi pertamanya pada 1998 – namun selepas 27-tahun dan dihasilkan dalam empat generasi, Ford mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat model ikonik segmen-C tersebut pada November tahun ini.

Ia disahkan oleh pengurus komunikasi Ford Eropah, Finn Thomasen menerusi satu email kepada portal Motor1, di mana tiada model untuk menggantikan tempat Focus akan dihasilkan selepas ini. Buat masa sekarang pelanggan masih lagi boleh menempah Ford Focus dengan pilihan warna dan opsyen yang ditawarkan, namun tempahan tersebut akan ditutup tak lama lagi di mana selepas itu pembeli hanya boleh membeli unit yang berada dalam inventori sahaja.

Selain Focus, Ford turut telah menghentikan model-model ikoniknya yang lain seperti Mondeo pada 2021 dan Fiesta pada 2023. Jenama itu turut telah menghidupkan semula nama-nama ikonik seperti Puma dan Capri, tetapi ia telah diubah menjadi SUV elektrik penuh (EV).

Ford sudah mula menghentikan penghasilkan kereta-kereta penumpang biasa seperti sedan, hatchback, coupe dan sebagainya sejak 2018 lagi, tetapi memberi keistimewaan khas kepada Mustang untuk terus wujud. Ini adalah bagi membolehkan jenama tersebut untuk menumpukan perhatian terhadap penghasilan model-model SUV dan trak pikap, serta meluaskan lagi teknologi elektrifikasi.

Riwayat Ford Focus akan tamat selepas 27 tahun pada Nov ini; tiada pengganti, Ford tumpu bina EV & SUV

“Kami akan keluar dari perniagaan kereta yang bosan dan terjun ke perniagaan kenderaan-kenderaan ikonik,” kata CEO Ford Jim Farley dalam laporan Car Magazine September tahun lalu.

“Kami sentiasa bersaing sepenuh jiwa dalam pasaran kenderaan-penumpang, yang tidak menjadi untuk Mondeo, Focus dan Fiesta. Model-model ini disukai oleh ramai pelanggan tetapi ia tidak boleh mewajarkan lebih banyak peruntukan modal – tidak seperti kenderaan komersial,” tambahnya.

Seperti Escort, Focus juga merupakan model yang direka bukan hanya untuk pengangkutan harian, tetapi turut menitikberatkan aspek dinamik pemanduan. Ia juga menjadi asas kepada jentera-jentera Kejohanan Rali Dunia (WRC) untuk model generasi pertama dan kedua (sebelum digantikan oleh Fiesta yang lebih kecil selepas itu), seterusnya turut dihasilkan dalam versi prestasi untuk produksi dengan lencana RS dan ST.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required