Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • JAC T9 dipertonton di Malaysia – trak pikap enjin 2.0L diesel turbo, pelbagai kelengkapan, sistem elektronik

    JAC T9 dipertonton di Malaysia – trak pikap enjin 2.0L diesel turbo, pelbagai kelengkapan, sistem elektronik

    Semasa pelancaran rasmi jenama JAC di Malaysia hari ini, syarikat itu telah membuat pra tonton untuk trak pikap double-cab mereka, iaitu JAC T9, dalam dua versi iaitu yang berenjin diesel dan elektrik penuh (JAC T9 EV).

    Untuk JAC T9 diesel, sesiapa yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2024 dijanjikan dengan harga tidak melebihi RM120,000 tidak termasuk insurans dan datang dengan spesifikasi serta kelengkapan tinggi untuk bersaing dengan model seperti Ford Ranger Wildtrak. Ia diimport terus dari China (CBU), dalam versi ES, namun JAC sudah mempunyai perancangan untuk pemasangan tempatan dalam waktu terdekat.

    Seperti kebiasaan bagi sebuah trak pikap, JAC T9 diletakkan atas kerangka ladder frame dan mencatat ukuran panjang 5,330 mm, lebar 1,965 mm, tinggi 1,920 mm dan jarak roda 3,110 mm. Berat keseluruhan trak pikap ini adalah 2,055 kg, dan boleh membawa berat sehingga 1,000 kg, dengan kapasiti menarik 3,500 kg. Ruang kargonya mencatat ukuran panjang 1,520 mm, lebar 1,590 mm dan tinggi 470 mm.

    Hampir separuh daripada binaan badan T9 ini dibuat daripada besi berkekuatan tinggi, dan bahagian tepinya diperkuat untuk menahan impak. Di hadapan pula terdapat sepasang cangkuk yang boleh menarik sehingga 3,100 kg setiap satu.

    JAC T9 dipertonton di Malaysia – trak pikap enjin 2.0L diesel turbo, pelbagai kelengkapan, sistem elektronik

    Menggerakkan JAC T9 adalah enjin diesel turbo empat silinder 1,999 cc yang mapu menghasilkan sehingga 125 kW (170 PS) pada 3,600 rpm dan tork 410 Nm antara 1,500 rpm ke 2,500 rpm, dengan pacuan dihantar kepada semua roda melalui tranmsisi automatik lapan kelajuan ZF, sistem 4WD separa masa BorgWarner serta differential belakang boleh kunci secara elektronik.

    Suspensi T9 terdiri daripada tetapan double wishbone di hadapan, dan spring dedaun multi-link di belakang. Selain daripada itu, ia juga menyertai Ford Ranger serta Mitsubishi Triton Athlete dengan menggunakan stereng kuasa elektrik.

    Datang dalam satu varian sahaja, T9 ini diberikan dengan lampu utama, lampu belakang dan DRL LED, lampu kabus hadapan dan belakang, pengesan jarak hadapan dan belakang, rel bumbung, sports bar serta pemijak kaki tepi. Rim menggunakan saiz 18 inci dan dibalut tayar 265/60R18, manakala brek pada semua roda pula adalah daripada jenis cakera.

    Di bahagian dalam, antara kelengkapan yang tersedia adalah termasuk panel instrumen digital tujuh inci, skrin sesentuh 10.4 inci untuk infotainmen (boleh disambung dengan Apple CarPlay dan Android Auto) serta pengecas tanpa wayar. Untuk pemandu pula tersedia pemilih gear elektronik, brek parkir elektronik serta stereng yang boleh dilaras ketinggiannya. Turut diberikan adalah kamera 360 darjah berserta kamera undur.

    Kedua-dua tempat duduk hadapan datang dengan larasan kuasa serta pemanas, dengan balutannya termasuk untuk roda stereng dan beberapa panel lain ditawarkan dalam warna hitam atau coklat. Turut disediakan adalah soket pengecas USB-A (18W), USB-C (60W) serta 220-volt (150W) untuk pelbagai kegunaan lain.

    Untuk sistem bantuan pemandu, trak pikap ini datang dengan Lane Departure Warning, Lane Keep Assist, Emergency Lane Keeping, Blind Spot Detection, Rear Cross-Traffic Alert, Forward Collision Warning, Door Opening Warning, Traffic Jam Assistant, Driver Monitoring dan Autonomous Emergency Braking (depan dan belakang).

    Kelengkapan keselamatan pula terdiri daripada ABS, EBD, Brake Override, Hill Start Assist, Brake Assist, Traction Control, Stability Control serta pemerhati tekanan angin tayar. T9 juga datang dengan tujuh beg udara dan menerima penarafan Australasian NCAP (ANCAP) lima bintang.

    Kesemuanya ada lima warna yang ditawarkan untuk trak pikap T9 ini, dan ia didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had batuan. Pelancaran rasminya dijangka dibuat pada Januari 2025.

    GALERI: JAC T9 yang dipertonton di Malaysia

     
     
  • CFMoto 500SR Voom tiba di Malaysia – harga RM36k, guna enjin empat silinder 499 cc 78 hp, quickhsifter

    CFMoto 500SR Voom tiba di Malaysia – harga RM36k, guna enjin empat silinder 499 cc 78 hp, quickhsifter

    Motosikal bergaya sport retro baru, CFMoto 500SR Voom kini tiba di Malaysia, dilancarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd dengan harga RM35,888 tidak termasuk insurans. Ia ditawarkan dalam dua warna iaitu Zephyr Blue dan Nebula White.

    Datang dengan fairing penuh serta dua bukaan udara berbentuk bulat di hadapan, motosikal ini digerakkan oleh enjin empat silinder selari DOHC penyejukan cecair 499 cc, yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan serta klac jenis slipper.

    Dalam keadaan standard, ia boleh menghasilkan kuasa 78 hp pada 12,500 rpm dan tork 49 Nm pada 10,000 rpm, tetapi dengan bantuan sistem Ram Air, ia boleh ditingkatkan kepada 81.8 hp. Selain daripada itu, penunggang juga boleh menikmati penukaran gear ke atas lebih cepat dan mudah dengan quickshifter yang terus diberi.

    Bahagian brek turut diberi perhatian dengan menerima tetapan cakera 330 mm berkembar dengan angkup empat piston di hadapan dan cakera tunggal 220 mm dengan angkup satu piston di belakang. Rim 17 incinya pula dipegang oleh suspensi yang terdiri daripada fork serta monoshock yang mempnyai pelarasan serapan dan pra beban (belakang).

    Menambah lagi stabiliti motosikal ini adalah steering damper, yang diberikan secara standard dan motosikal ini juga datang dengan sistem bantuan elektronik seperti kawalan cengkaman dua mod, ABS dual-channel serta lampu kecemasan automatik.

    Kelengkapan lain yang disediakan adalah termasuk skrin TFT lima inci, soket pengecas USB Type C dan Type A serta tangki bahan api 15.5 liter. Berat keseluruhan CFMoto 500SR Voom adalah 194 kg dan ia didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.

     
     
  • Mungkin perlu tunjuk kad pengenalan untuk dapat RON95 bersubsidi — golongan T15 akan bayar lebih

    Mungkin perlu tunjuk kad pengenalan untuk dapat RON95 bersubsidi — golongan T15 akan bayar lebih

    Bagaimana untuk membezakan siapa yang dapat harga RON 95 bersubsidi dan siapa yang tak dapat bila subsidi bersasar mula dilaksanakan pertengahan tahun depan?

    Ketika pembentangan Belanjawan 2025 minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan 85% rakyat Malaysia tidak akan terkesan dengan pelaksanaan tersebut dan tetap akan membayar harga bersubsidi RM2.05 seliter seperti sebelumnya. Namun, bagi golongan T15 yang maha kaya, katanya, mereka akan membayar harga penuh ketika ini iaitu RM2.76 seliter.

    Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, satu daripada cara yang sedang diperhalusi ketika ini adalah keperluan untuk mempamerkan kad pengenalan di stesen minyak sebelum boleh membuat isian minyak. “Ini bermakna akan ada kaedah dua harga — satu bagi rakyat biasa dan satu lagi bagi golongan T15 dan warga asing. Bagaimanapun, ini masih dalam peringkat cadangan, dan perincian lanjut akan diumum oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” ujar Loke yang dipetik dari The Edge.

    Idea untuk menggunakan kad pengenalan ketika mengisi minyak bersubsidi ini bukanlah baru. Pada 2014, Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Ahmad Maslan pernah mengumumkan konsep yang sama untuk program penyelarasan semula subsidi petrol ketika itu.

    Ketika itu, ia dicadangkan untuk berdasarkan tiga tahap harga RON95. Mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah setiap bulan akan menerima subsidi penuh, sementara yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 akan dapat sebahagian subsidi. Mereka yang berpendapatan lebih daripada RM10,000 tidak akan menerima subsidi.

    Menurut anda, kaedah apa yang paling berkesan untuk melaksanakan perkara ini?

     
     
  • Sistem harga dua tahap RON 95 ikut pendapatan bersih — T15 bayar RM2.76, yang lain RM2.05

    Sistem harga dua tahap RON 95 ikut pendapatan bersih — T15 bayar RM2.76, yang lain RM2.05

    Dalam Belanjawan 2025 Jumaat minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penamatan subsidi RON 95 sedia ada yang akan digantikan dengan subsidi bersasar bermula pertengahan tahun depan.

    Menurut beliau, 85% rakyat biasa akan terus menikmati subsidi RON 95 tersebut, yang ketika ini dijual dengan harga RM2.05 seliter. Beliau juga memperkenalkan satu terma baru — T15 — yang merujuk kpeada 15% golongan berpendapatan paling tinggi, yang disebutnya “maha kaya”. Tanpa subsidi, golongan berkenaan dan warga asing perlu membayar harga pasaran untuk bahan api tersebut, yang ketika dengan harga RM2.76.

    Ini membawa kepada banyak pertanyaan terhadap siapa yang disifatkan sebagai T15 itu. Memandangkan ada disebut tentang pendapatan isi rumah, adakah ini bermaksud pasangan yang masing-masing bergaji RM6,500 (dengan pendapatan keseluruhan isi rumah RM13,000 sebulan) akan disifatkan sebagai maha kaya di Malaysia?

    Sistem harga dua tahap RON 95 ikut pendapatan bersih — T15 bayar RM2.76, yang lain RM2.05

    Menteri Ekonomi Rafizi Ramli kini tampil memberikan penjelasan bahawa pengkelasan pendapatan pada masa hadapan tidak lagi akan disandarkan kepada pendapatan kasar isi rumah semata-mata, tetapi akan dikira berdasarkan pendapatan bersih isi rumah bagi memastikan rakyat dapat menjalani tahap kehidupan yang wajar.

    “Saya boleh sahkah yang kaedah baru ini tidak akan bersandarkan kepada pendapatan kasar isi rumah semata-mata. Kami sedang mencari jalan terbaik berdasarkan pendapatan bersih isi rumah. Ada juga beberapa faktor lain yang dipertimbangkan. Sebaik saja ditentukan, kita akan dapat menetapkan garis statistik yang lebih tepat untuk B40 dan T15,” jelasnya kepada pemberita ketika sambutan Hari Statistik Kebangsaan 2024, lapor Bernama.

    Beliau juga menyatakan yang sistem harga dua tahap akan diperkenalkan di bawah sistem ini. Hanya golongan T15 akan membayar mengikut harga pasaran RON 95 di stesen minyak. Kerajaan ketika ini sedang menilai kaedah terbaik untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya kelak.

     
     
  • JPJ eBid: Siri pendaftaran istimewa MADANI dibuka hingga 23 Okt – bidaan minima bermula RM100

    JPJ eBid: Siri pendaftaran istimewa MADANI dibuka hingga 23 Okt – bidaan minima bermula RM100

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang boleh dibida menerusi platfrom dalam talian, JPJ eBid. Bidaan MADANI dibuka sejak 19 Oktober lalu dan bakal berakhir jam 10 malam pada 23 Oktober 2024.

    Menurut JPJ, penawaran siri khas ini adalah bagi menyemarakkan lagi semangat dan penghayatan Malaysia Madani melalui nombor pendaftaran kenderaan masing-masing. Pelancaran siri MADANI ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

    Bagi yang berminat dengan siri MADANI ini, bidaan dibuka dengan harga minimum bermula RM100. Di mana ia dibuka menerusi beberapa kategori tertentu iaitu Nombor Utama dengan bidaan bermula RM20,000. Diikuti dengan Nombor Premium yang bermula RM5,000, Nombor Menarik (RM2,500), Nombor Popular (RM500) dan Nombor Semasa (RM100).

    JPJ eBid: Siri pendaftaran istimewa MADANI dibuka hingga 23 Okt – bidaan minima bermula RM100

    “Keputusan NPI Siri MADANI ini akan dikeluarkan pada 24 Oktober 2024, dan nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

    “Hasil penjualan NPI ini juga merupakan salah satu langkah untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah kementerian Pengangkutan (MOT) seperti Program MyLesen, Program Pertukaran topi Keledar, FlySISWA, pembayaran Perkeso kepada pemandu teksi dan juga inisiatif lain,” kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli.

     
     
  • Belanjawan 2025: RM2.8 bilion untuk selenggara Jalan Persekutuan dan RM5.5 bilion dana MARRIS

    Belanjawan 2025: RM2.8 bilion untuk selenggara Jalan Persekutuan dan RM5.5 bilion dana MARRIS

    Belanjawan 2025 turut memberi tumpuan terhadap penyelenggaraan bertujuan untuk mengurangkan kes kemalangan akibat keadaan jalan yang tidak selamat.

    Sebanyak 2.8 bilion ringgit diperuntukkan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan. Ini melibatkan RM1 bilion untuk memperbaiki jalan bukan utama seperti jalan sekunder, jalan Felda dan jalan undustri. Selain itu, RM450 juta turut dikhaskan untuk kontraktor G1-G4, melibatkan berbanding RM300 juta tahun ini.

    Untuk jalan negeri, sebanyak RM5.5 bilion dana MARRIS disediakan. Kerja pembersihan jalan juga ditambah baik meliputi longkang, saliran air, bahu jalan dan persekitaran sehingga selamat digunakan. Kerajaan telah meluluskan perolehan sebuah jambatan sementara Bailey kepada semua kerajaan negeri menggunakan peruntukan MARRIS tahun 2025 sebagai persediaan awal kerajaan negeri bagi menangani masalah jalan terputus akibat bencana banjir.

    Belanjawan 2025: RM2.8 bilion untuk selenggara Jalan Persekutuan dan RM5.5 bilion dana MARRIS

    Sejumlah RM178 juta ringgit pula disedikan bagi memasang lampu-lampu jalan baru dan lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan seluruh negara. Tidak hanya itu, sejumlah RM30 juta disediakan untuk terus memanfaat peranan 115 Jurutera Daerah sebagai barisan hadapan dalam menyegerakan penurapan Jalan Persekutuan yang berlubang.

    Dan yang terakhir, kerajaan bersetuju memasang High Speed Weight in Motion di lokasi-lokasi terpilih bagi mengekang nahas jalan raya disebabkan kenderaan lebih muatan.

     
     
  • Belanjawan 2025: Rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik diteruskan, peruntukan keseluruhan RM10 juta

    Belanjawan 2025: Rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik diteruskan, peruntukan keseluruhan RM10 juta

    Rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik, yang diperkenalkan dalam bajet tahun lepas di bawah Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kini diteruskan lagi demi mempromosi penggunaan kenderaan tersebut di kalangan rakyat.

    Perkara ini diberitahu oleh perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Bajet 2025 sambil mengumumkan peruntukan keseluruhan untuk skim ini berjumlah RM10 juta ringgit dan diberikan kepada motosikal elektrik pemasangan tempatan (CKD).

    Sekarang ini sudah ada banyak motosikal elektrik dalam pasaran Malaysia dan pengguna boleh membuat pilihan bergantung kepada keperluan dan jarak perjalanan yang ditawarkan. Selain daripada itu, ada juga yang baterinya boleh dibawa keluar dan ditukar dengan yang penuh di beberapa stesen khas.

     
     
  • Belanjawan 2025: Lanjutan pengecualian cukai EV tak diumum; Perodua kini bangunkan EV bawah RM100k

    Belanjawan 2025: Lanjutan pengecualian cukai EV tak diumum; Perodua kini bangunkan EV bawah RM100k

    Tiada sebarang pengumuman untuk menyambung pengecualian cukai untuk kenderaan elektrik (EV) dibuat oleh Perdana Menteri merangkap menteri kewangan pertama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 petang ini. Jadi boleh dianggap pengecualian cukai untuk model-model EV yang diimport sepenuhnya (CBU) akan berakhir pada 31 Disember 2025.

    Berdasarkan perancangan kerajaan yang sudah diumum sebelum ini, pengecualian cukai untuk model-model EV tersebut akan diteruskan bermula 2026, namun hanya untuk model-model pemasangan tempatan (CKD). Perubahan terhadap perancangan sistem cukai jalan untuk EV juga tidak disebut, jadi boleh dianggap pemilik-pemilik EV bakal dikenakan cukai jalan pada 1 Januari 2026.

    Namun dalam pembentangan Belanjawan ini Anwar ada menyelitkan kenyataan bahawa Perodua kini sedang membangunkan model EV yang bakal dijual pada harga di bawah RM100,000. Perkara ini tidak diperincikan lebih lanjut, tetapi ia mungkin berkaitan dengan model konsep EV emo-1 yang telah didedahkan oleh Perodua pada Malaysia Autoshow 2024 Mei lalu.

    Belanjawan 2025: Lanjutan pengecualian cukai EV tak diumum; Perodua kini bangunkan EV bawah RM100k

    Model konsep tersebut dihasilkan berasaskan Perodua Myvi generasi sedia ada, dipacu oleh sebuah motor elektrik tunggal pada gandar hadapan menghasilkan kuasa 68 PS (kadar 50 kW, dengan puncaknya pada 120 kW) dan tork 220 Nm (angka 315 Nm dipaparkan di skrin pameran), membolehkan Myvi ini mencapai 100 km/j dalam masa antara tujuh ke sembilan saat.

    Motor berkenaan menerima kuasa dari bateri lithium-ion NMC dengan kapasiti 55.7 kWh (paparan di panel menunjukkan 56.7 kWh), dan menurut Perodua dapat memberikan jarak perjalanan 350 km (dipaparkan di skrin 400 km) dengan satu cas penuh. Ia mengambil masa lima jam untuk dicas sepenuhnya melalui pengecas AC 11 kW, manakala pengecas DC 50 kW memerlukan hanya satu jam lebih.

    Versi produksi untuk model konsep emo-1 ini dijangka bakal didedahkan pada tahun hadapan.

     
     
  • Belanjawan 2025: MyDigital ID akan jadi aplikasi digital tunggal kerajaan, digunakan untuk PADU, JPJ, LHDN

    Belanjawan 2025: MyDigital ID akan jadi aplikasi digital tunggal kerajaan, digunakan untuk PADU, JPJ, LHDN

    Dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan hari ini, kerajaan mendedahkan bahawa MyDigital ID akan digunakan sebagai satu aplikasi tunggal kerajaan, yang akan menjadi pusat untuk semua agensi termasuk PADU, JPJ dan LHDN.

    Oktober lalu, pengguna aplikasi MyJPJ diminta untuk mendaftar dalam MyDigital ID terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang urusan, namun selepas hanya satu hari, ia dibatalkan dan pengguna boleh melakukan akses seperti biasa tanpa MyDigital ID. Ia cuma diberitahu ditangguh, dan bukan dibatalkan.

    Menurut laman web rasminya, MyDigital ID yang dibangunkan oleh MIMOS ini merupakan sistem pengenalan diri yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian. Di mana sistem ini memperoleh rujukan dan maklumat daripada pangkalan data MyKad dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    MyDigital ID boleh digunakan sebagai kaedah log masuk untuk perkhidmatan dalam talian. Kaedah log masuk tunggal bererti penggunaan log masuk yang boleh digunakan untuk semua perkhidmatan dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan selain MyDigital ID.

     
     
  • Belanjawan 2025: Hasil jualan Nombor Plat Khas (NPK) akan dimanfaatkan untuk bantu golongan susah

    Belanjawan 2025: Hasil jualan Nombor Plat Khas (NPK) akan dimanfaatkan untuk bantu golongan susah

    Dalam pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan turut mendedahkan bahawa hasil jualan Nombor Plat Khas (NPK) yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan digunakan untuk dimanfaatkan untuk membantu golongan rakyat yang susah.

    Tiga saluran yang dinyatakan itu termasuk salah satunya untuk program lesen percuma MyLesen yang akan memberi manfaat kepada 15,000 orang belia.

    Selain itu, pendapatan berkenaan juga akan digunakan untuk menampung kos tiket penerbangan bagi 60,000 mahasiswa dari Sabah dan Sarawak.

    Satu lagi saluran yang akan digunakan bagi pendapatan NPK adalah untuk mengedarkan 67,000 unit topi keledar secara percuma.

     
     
  • Jaecoo J7 PHEV lengkapkan marathon 1,300 km guna 1 tangki minyak, prebiu sebelum dilancar di Malaysia

    Jaecoo J7 PHEV lengkapkan marathon 1,300 km guna 1 tangki minyak, prebiu sebelum dilancar di Malaysia

    Jaecoo J7 dalam versi plug-in hybrid (PHEV) telah melengkapkan marathon sejauh 1,300 km dengan perjalanan dari Guangzhou ke Wuhu, China menggunakan hanya satu tangki petrol. Penjelajahan tersebut disertai oleh wakil dari tujuh negara termasuk Itali, Mexico, Arab Saudi, Sepanyol, Turki, United Kingdom, serta Malaysia kerana model ini bakal dilancarkan pada pasaran tempatan hujung tahun ini.

    Perjalanan tersebut bermula dari Guangzhou bermula 16 Oktober 2024 dan mengambil masa selama 13 jam untuk tiba di Wuhu. Apa yang menarik, marathon berkenaan bukan hanya menggunakan setangki penuh petrol, malah dibuat tanpa henti dan hanya menggunakan satu cas bateri penuh ketika bermula. Ia bukan hanya melalui lebuhraya antara bandar, malah turut perlu menempuh kesesakan trafik pada waktu puncak dan juga jalan-jalan nasional.

    “Kami faham bahawa kebimbangan jarak gerak menjadi kegusaran di kalangan pemandu sekirannya memandu kenderaan elektrik (EV). Jadi ini lah sebab mengapa Jaecoo membawa pemandu dari serata dunia untuk memandu J7 PHEV untuk melalui pengalaman yang tidak pernah dirasai sebelum ini untuk memandu dengan yakin dan ketenangan fikiran. Strategi kami untuk memperkenal Jaecoo J7 PHEV adalah selari dengan permintaan pasaran yang terbaik dalam kedua-dua aspek, prestasi enjin dan keberkesanan bahan api,” kata naib presiden eksekutif Chery Corparate Malaysia, Leo Chen.

    Jaecoo J7 PHEV lengkapkan marathon 1,300 km guna 1 tangki minyak, prebiu sebelum dilancar di Malaysia

    “Ketika marathon pemanduan jarak ultra-jauh, Jaecoo J7 PHEV melepasi spesifikasi untuk mencapai jarak gerak 125.2 km dalam mod elektrik-penuh, iaitu 19.2km lebih dari jarak yang dijangka. Ini bukti teknologi Super Hybrid System (SHS) Jaecoo yang memacu Jaecoo J7 PHEV bagi mengekalkan kadar efisien dan tahap pemanduan jimat tenaga. Ini meningkatkan tahap untuk keberkesanan tenaga dan ekonomi mobiliti, dan kami bangga untuk memperkenalkan Jaecoo J7 PHEV untuk dinikmati pasaran Malaysia,” kata naib presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek.

    Jaecoo J7 PHEV ini telah pun didedahkan di Malaysia pada Mei lalu, kemudian pendaftaran minat untuk pasaran tempatan telah dibuka pada awal minggu ini. Model ini digerakkan oleh enjin petrol 1.5 TGDi yang dipadankan bersama transmisi hibrid DHT dan motor elektrik pada gandar roda hadapan. Tetapan ini secara keseluruhannya mampu menghasilkan kuasa 347 PS dan tork maksima 525 Nm.

    Sebagai perbandingan, J7 petrol yang dilancarkan sebelum ini pula menggunakan enjin 1.6 liter turbo, yang dipadankan bersama transmisi klac berkembar tujuh kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 197 PS dan tork maksima 290 Nm, dengan pilihan pacuan roda hadapan atau semua roda.

    Bagi J7 PHEV, ia didakwa dapat memberi jarak gerak elektrik sehingga 88 km, sementara dengan fungsi hibrid penuh, ia boleh memberi catatan penggunaan bahan api 4.9 l/100 km atau 20.4 km/l. Menurut Jaecoo, dengan bateri penuh dan tangki bahan api 60 liter, J7 PHEV boleh bergerak sehingga 1,200 km.

    GALERI: Jaecoo J7 PHEV yang dipertontonkan di Malaysia

     
     
  • Belanjawan 2025: Penyasaran subsidi bermula pertengahan tahun depan, tidak jejas 85% rakyat

    Belanjawan 2025: Penyasaran subsidi bermula pertengahan tahun depan, tidak jejas 85% rakyat

    Walaupun sebelum ini penyarasan subsidi bahan api petrol RON 95 dijangka akan diumumkan tahun ini, dalam Belanjawan 2025 yang sedang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap menteri kewangan pertama Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengesahkan langkah berkenaan hanya akan dijalan pada pertengahan tahun 2025.

    Tiada lagi tarikh tetap bila penyasaran itu akan dibuat, dan bagaimana ia akan dijalankan, namun Anwar memberitahu penyasaran subsidi ini hanya akan melibatkan golongan ‘mahakaya’ dan tidak akan menjejaskan 85% rakyat Malaysia.

    Penyasaran subsidi bagi bahan api diesel telah pun dilaksanakan bermula pada Jun lalu tetapi hanya untuk Semenanjung Malaysia. Ia menyaksikan diesel Euro 5 B10 dan B20 di Semenanjung naik harga sebanyak RM1.20, atau 56% daripada kadar dengan subsidi sebelumnya, RM2.15 seliter kepada RM3.35 seliter. Diesel Euro 5 B7 pula lebih mahal 20 sen daripada itu, dan dijual pada harga RM3.55 liter ketika itu.

    Namun harga diesel yang diapungkan tersebut kemudiannya turun mengikut harga semasa di mana diesel kini dijual pada harga RM2.95 seliter bagi B10 Euro 5 dan B20, manakala B7 Euro 5 pula dijual pada harga RM3.15 seliter.

    Kerajaan masih memberikan subsidi diesel untuk kenderaan komersil untuk industri terpilih menerusi sistem kad flit, manakala pemilik kenderaan diesel dengan pendapatan di bawah RM100,000 setahun menerima subsidi dalam bentuk wang tunai sebanyak RM200 sebulan.

    Seperti yang disebut tadi masih belum jelas bagaimana subsidi bagi petrol RON 95 ini akan diagihkan kelak, namun berdasarkan kenyataan bahawa hanya 15% rakyat yang tidak akan menerima subsidi ini, pemberian subsidi tersebut mungkin akan melibatkan pemilik kenderaan dengan pendapatan melebihi RM100,000 setahun.

    Buat masa sekarang harga RON 95 tanpa subsidi dijual pada harga RM2.76 seliter.

     
     
  • Belanjawan 2025: Kemaskini secara langsung bagi hal-hal berkaitan automotif dan sektor pengangkutan

    Belanjawan 2025: Kemaskini secara langsung bagi hal-hal berkaitan automotif dan sektor pengangkutan

    Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 hari ini. Kami akan memberi perhatian kepada hal-hal berkaitan automotif dan sektor pengangkutan yang terangkum di dalamnya dan membawakan kemaskini semasa di sini.

    Antara topik yang dijangka akan disentuh ialah penyelarasan semula subsidi petrol RON 95, yang masih ditunggu perkembangan terbaru pelaksanaannya dan adakah ia akan sama seperti pendekatan ke atas diesel Jun lalu. Ini perkara paling utama.

    Ada juga penganalisa yang membayangkan pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan ada kemungkinan itu berlaku bagi memperluaskan hasil cukai negara. Namun PM menegaskan tidak ada juga perancangan untuk pelaksanaan semula cukai tersebut dalam masa terdekat.

    Juga kemungkinan pengumuman berkaitan Cukai Barangan Mewah (HVGT), walaupun masih belum diketahui perinciannya secara tepat. Sebelum ini, cukai berkenaan sepatutnya mula dilaksanakan Mei lalu dengan had RM200,000 untuk kereta dengan kadar antara 5%-10%, namun itu ditangguhkan.

    Ikuti kemaskini secara langsung Belanjawan 2025 di sini.

    Senarai perkara terbabit adalah seperti berikut:

      Subsidi bersasar RON95

    • Kerajaan bakal melaksanakan subisidi bersasar bagi RON95 menjelang pertengahan 2025 dan tidak akan memberi kesan kepada 85% warga Malaysia. Pelaksanaan ini akan menjimatkan RM8 bilion perbelanjaan negara, dan kerajaan masih akan menanggung RM12 bilion subsidi bahan api itu.
    • Pendapatan jualan Nombor Plat Khas (NPK)

    • Hasil jualan Nombor Plat Khas (NPK) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan digunakan untuk menyalurkan bantuan tiga kelompok golongan susah: program MyLesen yang akan memanfaatkan 15,000 orang belia; tiket penerbangan untuk 60,000 mahasiswa Sabah, Sarawak; dan mengedarkan 67,000 unit helmet percuma.
    • MyDigital ID

    • Aplikasi ini akan menjadi aplikasi tunggal kerajaan yang akan turut digunakan untuk sebarang urusan JPJ, PADU dan juga LHDN.
    • Cukai EV

    • Tiada sebarang kenyataan berkaitan lanjutan cukai untuk EV yang bakal tamat pada 2025 nanti. Ini bermakna, pengecualian terbabit akan berakhir mengikut tempoh seperti dinyatakan sebelum ini. Bermula 2026, hanya EV CKD akan bebas cukai. Cukai jalan EV percuma juga akan berakhir pada 2025.
    • Penambahbaikan jalan raya

    • RM2.8 bilion ringgit disediakan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan, terdiri daripada RM1 bilion ringgit dikhaskan untuk segera membaiki jalan bukan utama seperti jalan sekunder, jalan FELDA dan jalan industri serta jalan yang rosak akibat banjir.
    • RM450 juta dikhaskan untuk kontraktor G1-G4, meningkat berbanding RM300 juta tahun ini.
    • Untuk jalan negeri, RM5.5 bilion dana MARRIS disediakan.
    • RM178 juta bagi memasang lampu-lampu jalan baru dan lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan seluruh negara.
    • RM30 juta untuk terus memanfaat peranan 115 Jurutera Daerah sebagai barisan hadapan dalam menyegerakan penurapan Jalan Persekutuan yang berlubang.
    • Kerajaan bersetuju memasang High Speed Weight in Motion di lokasi-lokasi terpilih bagi mengekang nahas jalan raya disebabkan kenderaan lebih muatan.
     
     
  • Belanjawan 2025 akan dibentang 4 pm ini oleh PM

    Belanjawan 2025 akan dibentang 4 pm ini oleh PM

    Pembentangan Belanjawan 2025 akan berlangsung petang ini, 4 pm dan akan disampaikan oleh Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami akan mengikuti pembentangan tersebut dan membawakan perkara-perkara berkaitan automotif dan sektor pengangkutan kepada anda.

    Antara topik yang mungkin akan disentuh ialah penyelarasan semual subsidi petrol RON 95, walaupun masih belum diketahui pelaksanaan adakah sama seperti diesel sebelum ini yang bermula sejak 10 Jun lalu. Sebelum ini, PM menyuarakan belum ada rancangan untuk melaksanakan itu ke atas RON 95, dan petunjuk semasa ekonomi dengan pengukuhan ringgit juga mungkin akan menyebabkan hal tersebut ditangguh terlebih dahulu.

    Pernah juga ada juga penganalisa yang membayangkan akan ada pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan ada kemungkinan itu berlaku bagi memperluaskan hasil cukai negara. Namun PM menegaskan tidak ada juga perancangan untuk pelaksanaan semula cukai tersebut.

    Ada juga kemungkinan pengumuman berkaitan Cukai Barangan Mewah (HVGT), walaupun masih belum diketahui perinciannya secara tepat. Sebelum ini, cukai berkenaan sepatutnya mula dilaksanakan Mei lalu dengan had RM200,000 untuk kereta dengan kadar antara 5%-10%, namun itu ditangguhkan.

    Teruskan bersama kami untuk mengetahui perkembangan berikutnya berkaitan Belanjawan 2025 petang ini.

     
     
  • Harman Kardon perkenal komponen audio kenderaan Flow — speaker, subwoofer, tweeter dari RM580

    Harman Kardon perkenal komponen audio kenderaan Flow — speaker, subwoofer, tweeter dari RM580

    Harman Kardon Malaysia kini memperkenalkan barisan komponen sistem audio kenderaan “direct fit” untuk model terpilih BMW,Mini dan Toyota yang terdiri daripada Flow 600CF, Flow 601CFS, Flow 300S, Flow 75T, Flow 80 dan Feel 700 untuk pasaran tempatan.

    Flow 600CF dan Flow 601CFS (masing-masing RM4,280 dan RM3,480) merupakan pembesar suara 165 mm dengan kon Aluminium Deep Ceramic Composite (D.C.C.), yang dipertingkatkan dengan teknologi Plus One memberikan pengalaman bunyi semula jadi dan terperinci. Rangkaian low-profile outboard crossover membolehkan sistem komponen dua-hala 6.5-inci ini beroperasi sebagai sistem tiga hala dengan tambahan Harman Kardon Flow 3-inci Midrange Woofer.

    Harman Kardon perkenal komponen audio kenderaan Flow — speaker, subwoofer, tweeter dari RM580

    Flow 300S (RM2,180)pula merupakan sebuah midrange woofer 89 mm yang mudah dipasang. Unit ini memberikan sambungan frekuensi rendah ke 200Hz sambil mengekalkan kepekaan melebihi 91dB untuk memastikan output bunyi yang terbaik. Reka bentuknya yang padat yang ditetapkan untuk midrange 6.5-inci dan 3-inci sesuai untuk dimuatkan dalam hampir mana-mana kenderaan

    Flow 75T (RM580) merupakan sebuah tweeter yang dibezakan dengan penyebaran bunyi yang luas dan kejelasan frekuensi tinggi yang jelas untuk mendedahkan tekstur suara dan instrumen yang halus. Unit ini menampilkan kon Aluminium Deep Ceramic Composite (D.C.C.) dengan redaman lapisan terhad. Dengan tindak balas frekuensi resolusi tinggi 2kHz hingga 40kHz dan pengendalian kuasa hingga 360W, Flow 75T memastikan penghasilan semula bunyi yang tepat. Rekaan ini juga dilengkapi dengan silk dome edge-driven berukuran 0.75-inci serta gegelung suara aluminium bersalut tembaga ringan.

    Flow 80 (RM1,480) merupakan sebuah subwoofer 200 mm atau 8-inci hadir dengan struktur pembesar suara yang padat dan unik, manakala gril logam magnet hadapan yang menampilkan tanda ikonik Harman Kardon, berfungsi untuk menghalang kotoran. Reka bentuk lengkung di sekeliling subwoofer memastikan pengudaraan optimum untuk memastikan prestasi yang optimum dengan mencipta peningkatan audio yang lengkap.

    Feel 700 (RM2,280) adalah sebuah subwoofer aktif dengan bunyi bass yang besar yang didatangkan dalam pakej yang relatif kecil. Ia antara lain dilengkapi teknologi Kelas D termaju dengan kecekapan luar biasa dan prestasi berkuasa dengan amplifier RMS 125W untuk resonan bass yang meningkatkan pengalaman mendengar dalam setup audio premium.

    Barisan komponen audio kenderaan Harman Kardon terbaru ini memanfaatkan teknologi PurePath yang membolehkan pembesar suara menyampaikan bunyi yang jernih dan jelas, sementara teknologi Clari-Fi mengembalikan butiran audio yang hilang semasa pemampatan digital bagi fail audio yang dimainkan.

    Harman Kardon Flow 600CF

    Harman Kardon Flow 300s

    Harman Kardon Flow 80

    Harman Kardon Feel 700

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025