Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • GALERI: Mazda CX-5 2.5T AWD High facelift 2024 di Malaysia – 231 PS/420 Nm, rupa disegarkan, RM189k

    GALERI: Mazda CX-5 2.5T AWD High facelift 2024 di Malaysia – 231 PS/420 Nm, rupa disegarkan, RM189k

    Masuk tahun ini sudah hampir tujuh tahun Mazda CX-5 generasi kedua berada dalam pasaran. Namun Mazda tetap Mazda, boleh dikatakan model-modelnya kerap menerima kemaskini tidak kira kecil atau besar dari tahun ke tahun bagi memastikannya terus relevan dalam pasaran.

    Galeri yang kami tampilkan kali ini adalah kemaskini terbaharu untuk SUV segmen-C ini iaitu Mazda CX-5 facelift 2024 yang baru sahaja dilancarkan pada akhir Januari lalu, dalam varian paling mahal iaitu 2.5T High AWD. Varian ini dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM188,760.40.

    Secara keseluruhan, sebanyak lima varian ditawarkan oleh Bermaz untuk barisan model CX-5 2024. Empat varian lain adalah varian 2.0G 2WD Mid berharga RM144,469.20, 2.0G 2WD High berharga RM161,169.20, 2.5G 2WD High berharga RM174,960.40 dan satu-satunya varian turbodiesel iaitu 2.2D 2WD High berharga RM180,322.80.

    GALERI: Mazda CX-5 2.5T AWD High facelift 2024 di Malaysia – 231 PS/420 Nm, rupa disegarkan, RM189k

    Walau bagaimanapun harga-harga yang disebut ini adalah harga untuk pembeli yang memilih warna metalik seperti Jet Black, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Polymetal Gray dan Platinum Quartz. Manakala bagi warna badan premium seperti Soul Red Crystal dan Machine Gray (tidak ditawarkan untuk varian asas), pembeli perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM3,300.

    Bermaz Motor turut menawarkan pakej aksesori tambahan berharga RM2,410 yang merangkumi filem penapis cahaya Activ-e dan kemasan plat bendul nyalaan-LED. Manakala bagi pembeli varian asas, upholsteri kulit untuk tempat duduk boleh ditambah dengan bayaran RM2,900. Pembelian CX-5 ini dilindungi waranti pengeluar dan pakej servis percuma selama lima-tahun atau 100,000 km.

    Model facelift terbaharu ini menampilkan beberapa perubahan pada sebelah luar. Antaranya adalah lampu hadapan yang nampak lebih nipis bersama elemen LED di dalamnya kini berbentuk segi empat, gril baharu dengan elemen rekaan mesh 3D, bampar hadapan yang menerima rekaan baharu yang lebih ringkas, serta lampu belakang yang juga nampak lebih nipis dan tajam.

    GALERI: Mazda CX-5 2.5T AWD High facelift 2024 di Malaysia – 231 PS/420 Nm, rupa disegarkan, RM189k

    Antara perincian standard yang dibekalkan pada model 2.5T High AWD ini termasuk rim aloi 19-ini dengan tayar 225/55R19, lampu hadapan dan belakang LED bersama nyalaan signatur, lampu kabus belakang, pengelap cermin dengan penderia hujan, pintu tailgate belakang bantuan kuasa serta penderia undur hadapan dan belakang.

    Namun pada sebelah dalam hampir keseluruhannya masih lagi nampak sama seperti model kemaskini 2019, dan model pasaran Malaysia ini juga masih belum menerima skrin sesentuh infotainmen lebih besar bersaiz 10.25-inci seperti yang telah diterima pada beberapa pasaran lain.

    Bagi model pasaran Malaysia ini, semua varian masih dibekalkan dengan skrin sesentuh lapan-inci, dan ia disokong dengan sambungan kepada Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto menggunakan kabel. Bunyi dari sistem berkenaan disalurkan kepada enam pembesar suara.

    Semua varian kini turut menerima sistem pengecas tanpa wayar. Manakala kamera pemantau 360 darjah diberikan pada varian 2.0 High ke atas, di mana model 2.0 Mid hanya diberikan kamera undur biasa. Walaupun tiada perubahan ketara dilihat pada sebelah kabin, dengan rekaan ringkas ditampilkan pada bahagian dalaman CX-5 ini membuatkan ia masih lagi kelihatan segar.

    Ditambah pula dengan perincian-perincian premium seperti penggunaan material sentuhan lembut pada pemegang pintu, perehat tangan, papan pemuka serta balutan kulit yang terasa premium pada upholsteri tempat duduk, tombol gear dan roda stereng, CX-5 masih lagi seiring dengan model-model lain dalam kelasnya. Bagi model 2.5T High AWD ini, perincian dalaman standard lain yang diberikan termasuk paparan head-up, pedal penukar gear, sistem penghawa dingin dua-zon dan juga tempat duduk hadapan larasan kuasa.

    Ciri unik yang tampil pada CX-5 2.5T High AWD ini yang tidak dapat ditawarkan oleh pesaingnya SUV segmen-C lain sudah tentulah unit rangkaian kuasanya. Model ini dijana oleh enjin 2.5 liter empat silinder dengan pengecas turbo, menghasilkan kuasa antara yang paling besar dalam kelasnya iaitu 231 PS dan tork maksima 420 Nm.

    GALERI: Mazda CX-5 2.5T AWD High facelift 2024 di Malaysia – 231 PS/420 Nm, rupa disegarkan, RM189k

    Ia digandingkan dengan kotak gear automatik enam kelajuan Skyactiv-Drive, yang turut dipadankan pada varian-varian CX-5 yang lain. Apa yang menarik, kotak gear tersebut kini berfungsi lebih pantas berbanding versi-versi terdahulu, dan sekiranya anda memilih mod manual, ia benar-benar hampir sepenuhnya manual kerana gear tidak akan ditukar sendiri walaupun jarum takometer telah mencecah redline.

    Bagi memastikan tork yang besar dihasilkan dari enjin berkesan di atas permukaan jalan, CX-5 yang dijana enjin 2.5 liter Turbo ini datang mandatori dengan sistem pacuan semua roda. Malah sistem berkenaan turut disertakan dengan Off-road Traction Assist bagi membantu pemandu melalui permukaan jalan yang tidak bertar.

    Manakala teknologi idling stop Mazda (auto start-stop untuk enjin ketika kelajuan melahu) dan juga G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) bagi memberikan pemanduan jinba-ittai Mazda masih dipadankan secara standard pada CX-5 2024 ini.

    Untuk keselamatan pula, kesemua CX-5 menerima kelengkapan seperti enam-beg udara, kawalan kestabilan elektronik, traction control, bantuan mula mendaki, kunci walkaway dan juga cangkuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak Isofix.

    Manakala sistem bantuan pemanduan pula diberikan pada semua varian kecuali 2.0 Mid, dengan fungsi seperti lampu hadapan adaptif, kawalan lampu tinggi, pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang, amaran keluar laluan, bantuan kekal lorong, amaran perhatian pemandu, brek kecemasan automatik hadapan dan belakang serta Mazda Radar Cruise Control & Traffic Support.

     
     
  • KTM tambah 10 set ETS baharu mulai awal 2025

    KTM tambah 10 set ETS baharu mulai awal 2025

    Keretapi Tanah Melayu (KTM) bakal menambah 10 set koc baharu bagi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), yang dijadualkan bermula awal tahun hadapan, laporan The Star. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke, yang berkata pengenalan tren tambahan itu akan menggandakan kapasiti perjalanan harian yang ditawarkan oleh pengendali rel tersebut.

    Katanya lagi, pada tahun lalu, sebanyak 32 perjalanan ETS sehari, dengan 4.11 juta penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut pada 2023. Bagi set tren tambahan yang akan diperkenalkan mengikut fasa, ia akan meningkatkan kapasiti menjadi 64 perjalanan sehari.

    “Dengan 10 set koc ETS baharu, jumlah penumpang dijangka meningkat kepada 7,547,565 penumpang setiap tahun apabila ia mula beroperasi,” katanya di Parlimen. Loke berkata demikian bagi menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar), yang bertanya sama ada kementerian bercadang menambah bilangan tren ETS berikutan peningkatan permintaan daripada rakyat Malaysia.

    Rushman juga bertanya sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk memperkenalkan tambang mampu milik tahun ini dan tahun depan, namun Loke menjawab tiada, kerana tiket ETS sudah murah. “Bagi tren lain, terdapat program lain yang memberi diskaun, antaranya kepada warga emas,” katanya. Tren baharu itu akan dilengkapkan dengan set ETS lama yang akan diperbaharui dan digunakan semula.

     
     
  • Rivian R3, R3X diperkenal – pesaing Hyundai Ioniq 5 dengan tetapan sehingga 3 motor, jarak gerak 483 km

    Rivian R3, R3X diperkenal – pesaing Hyundai Ioniq 5 dengan tetapan sehingga 3 motor, jarak gerak 483 km

    Selain R2, Rivian juga telah mendedahkan satu lagi SUV elektrik yang menggunakan platform sama, tetapi lebih kecil, iaitu R3. Model ini hanya akan memasuki pasaran selepas R2 (tahun 2026) dan juga akan datang dengan versi lebih lasak dipanggil sebagai R3X.

    Berkenaan harga, Rivian memberitahu, R3 akan ditawarkan lebih murah berbanding R2 yang dijangka dijual bermula pada USD45,000 (sekitar RM211k). Selepas ketiga-tiganya (R2, R3, R3X) diperkenalkan di pasaran Amerika Syarikat (AS), ia kemudiannya akan dijual di pasaran antarabangsa.

    Walaupun berkongsi platform yang sama dengan R2, R3 ini nampak lebih pendek, lebih sporty dan mempunyai bentuk seakan hatchback yang ditinggikan. Ia kemudiannya diterapkan dengan konsep rekaan unik Rivian seperti di bahagian lampu, kemasan plastik hitam keliling kenderaan yang lebih tebal berbanding R2 dan spoiler belakang.

    Bahagian dalam menampakkan rekaan yang sama seperti R2, termasuk skrin sesentuh melintang di tengah, panel instrumen digital, roda stereng dengan butang kawalan berbentuk bulat, banyak ruang letak barang serta bumbung panoramik yang besar. Tempat duduk bagaimanapun mempunyai kemasan lebih ranggi dan datang dengan beberapa pilihan.

    Perincian untuk penggerak R3 masih belum didedahkan sepenuhnya, tetapi ia diberitahu akan datang dengan dua pek bateri yang mempunyai sel lebih besar (4695) berbanding Tesla (4680), boleh memberikan jarak gerak sehingga 483 km dan boleh dicas menggunakan sumber DC (10-80% dalam masa kurang 30 minit).

    Sekali lagi sama seperti R2, R3 juga akan datang dengan pilihan versi satu motor (RWD), dua motor (AWD) atau tiga motor, dan datang dengan pelbagai sistem bantuan pemandu yang menggunakan 11 kamera, lima radar dan platform komputer yang lebih berkuasa.

    GALERI: Rivian R3

    GALERI: Rivian R3X

     
     
  • smart #1 Pro – penghantaran di Malaysia bermula, RM189,000 , 272 PS, 343 Nm, jarak gerak 315 km

    smart #1 Pro – penghantaran di Malaysia bermula, RM189,000 , 272 PS, 343 Nm, jarak gerak 315 km

    Selepas pelancaran EV smart #1 dibuat pada November tahun lalu, smart Malaysia kini mengumumkan bahawa penghantaran kepada pelanggan bagi varian paling mampu milik untuk model tersebut iaitu smart #1 Pro di Malaysia kini sudahpun bermula.

    “Kami teruja untuk memenuhi jangkaan pemandu urban, yang mengutamakan ciri-ciri praktikal seperti ruang dan jarak gerak 315km, yang lebih daripada mencukupi. smart #1 Pro merangkumi pilihan penduduk bandar yang peka terhadap alam sekitar, menawarkan kualiti premium dan reka bentuk kenderaan elektrik yang estetik”, kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia.

    “Di smart Malaysia, keperluan pengguna adalah keutamaan dalam proses membuat keputusan. Varian Pro ditawarkan untuk memenuhi pelbagai keperluan pemandu moden, menawarkan nilai yang luar biasa,” tambahnya lagi.

    smart #1 Pro ini dijual pada harga atas jalan RM189,000 – ia RM30,000 lebih murah dari varian Premium dan RM60,000 lebih murah dari smart #1 Brabus. Model ini dibekalkan dengan bateri litium logam fosfat (LFP) bagi memberikan jarak gerak sehingga 315 km mengikut standard WLTP.

    smart #1 Pro – penghantaran di Malaysia bermula, RM189,000 , 272 PS, 343 Nm, jarak gerak 315 km

    Namun ia masih menerima motor elektrik tunggal yang sama seperti varian Premium berkuasa 272 PS (200 kW) dan tork maksima 343 Nm yang memacu hanya roda belakang. Jadi smart #1 Pro ini masih menampilkan prestasi yang sama seperti #1 Premium yang boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 180 km/j.

    Sistem pengecas bagi varian Pro ini juga masih sama dengan varian Premium. Namun dengan kapasiti bateri yang lebih kecil (Premium dan Brabus diberikan bateri NMC 66-kWj), pengecas pantas DC 150 kW mampu memenuhkan cas dari 10-80% dalam masa hanya 22 minit.

    Ia juga boleh menerima pengecas AC pada kadar 7.2 kW (berbanding 22kW pada varian lebih tinggi), menyebabkan cas 10-80% dipenuhkan dalam masa enam jam berbanding hanya tiga jam pada varian Premium dan Brabus.

    smart #1 Pro ini menerima kelengkapan standard seperti lampu hadapan LED Cybersparks (tanpa teknologi lampu tinggi adaptif matriks), rim aloi Amps 19-inci, bumbung panaromik, pintu tailgate belakang bantuan kuasa (tanpa fungsi bukaan kaki), upholsteri leatherette, tempat duduk hadapan larasan kuasa, pendingin hawa dua zon bersama penapis N95 dan liang kabin belakang), roda stereng polyurethane, lampu suasana asas 64-warna, lima pembesar suara, pad pengecas tanpa wayar dan paparan instrumen digital dengan skrin 9.2-inci.

    Sistem infotainmen pada varian Pro ini juga masih sama seperti pada varian Premium dan Brabus, di mana ia dilengkapi dengan skrin sesentuh 12.8-inci serta menyokong sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.

    Begitu juga dengan sistem keselamatan, varian Pro ini turut menerima sistem bantuan pemanduan yang sama seperti dua varian lebih tinggi. Ia merangkumi sistem cruise control adaptif dengan bantuan lebuhraya dan kesesakan trafik, bantuan kekal lorong, amaran keluar lorong, pengelak keluar lorong, bantuan tukar lorong, bantuan pergerakan mengelak serta amaran lintasan trafik hadapan dan belakang.

    Ia juga menerima fungsi lain seperti amaran buka pintu, pemantau titik buta, pengenal tanda trafik, lampu tinggi automatik, bantuan parkir, brek kecemasan automatik (hadapan dan belakang dengan sokongan pengelak pelanggaran) serta dilengkapi dengan kamera 360-darjah.

    Bagi pasaran Malaysia, smart #1 Pro ini ditawarkan dalam warna badan Future Green, Quantum Blue, Digital White, Cyber Silver dan Laser Red. Manakala untuk kabin, ia hanya tampil dengan satu tema warna iaitu After Dark.

    Dengan setiap pembelian, semua varian smart #1 disertakan dengan waranti selama lapan-tahun atau 200,000 km bagi bateri bervoltan tinggi, waranti lapan-tahun atau 150,000 km untuk komponen-komponen bervoltan tinggi, waranti kenderaan selama empat-tahun tanpa had perbatuan, waranti alat ganti selama dua-tahun tanpa had perbatuan serta bantuan tepi jalan 24/7.

    smart Malaysia juga menawarkan pengecas rumah smartCharge yang bernilai RM3,200 secara percuma yang turut didatangkan dengan waranti selama dua-tahun, serta pakej aksesori percuma bernilai RM2,000 dan penyambung untuk fungsi vehicle-to-load (V2L) bernilai RM800 dengan waranti selama dua-tahun.

     
     
  • Kerajaan keluarkan data bagi rekod kematian akibat kemalangan setiap hari untuk tingkatkan kesedaran

    Kerajaan keluarkan data bagi rekod kematian akibat kemalangan setiap hari untuk tingkatkan kesedaran

    Bagi mempertingkatkan kesedaran terhadap keselamatan di jalan raya, kerajaan berhasrat untuk membuat statistik setiap hari mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian untuk pengetahuan umum. Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bekerjasama dengan polis bagi menyediakan data, dengan maklumat mengenai kematian kemalangan jalan raya dari hari sebelumnya dan ia akan dikeluarkan setiap hari.

    “Kita mahu jadikan ini sebagai dasar supaya dapat disiarkan oleh semua media. Kami mengharapkan kerjasama semua media termasuk media cetak untuk menyebarkannya kepada umum bagi meningkatkan kesedaran,”katanya, seperti yang dilaporkan oleh The Star.

    Beliau menambah bahawa data itu juga boleh diakses dalam talian, seperti yang dilakukan oleh laman web CovidNow, yang menyediakan kemaskini data berkaitan Covid-19 semasa pandemik. “Semasa Covid-19, data kematian dikeluarkan setiap hari. Laporan mestilah serupa dengan format tersebut. Kita mahu maklumkan kepada orang ramai bahawa kemalangan jalan raya sama bahayanya dengan Covid-19,” katanya.

    Kerajaan keluarkan data bagi rekod kematian akibat kemalangan setiap hari untuk tingkatkan kesedaran

    Keputusan untuk melaksanakan rancangan itu diputuskan berikutan mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai kesesakan lalu lintas dan keselamatan jalan raya yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. “Kami mahu mengubah minda,” katanya.

    Berikutan statistik terkini mengenai kematian akibat kemalangan jalan raya bagi tahun 2023, Loke berkata ia mencatatkan sejumlah 6,443 kematian, lebih kurang purata 18 kematian setiap hari atau kematian setiap 80 minit, menjadikannya angka tertinggi dalam tempoh lima tahun.

    “Daripada jumlah itu, hampir 2/3 daripadanya melibatkan kemalangan motosikal, dengan 4,448 kematian yang direkodkan pada tahun lalu. Dengan purata 12 kematian sehari dan bermakna setiap dua jam, berlaku kemalangan maut melibatkan motosikal,” katanya.

     
     
  • Rivian R2 diperkenal – jarak gerak lebih 483 km, masuk pasaran Amerika Syarikat separuh pertama tahun 2026

    Rivian R2 diperkenal – jarak gerak lebih 483 km, masuk pasaran Amerika Syarikat separuh pertama tahun 2026

    Tiga tahun selepas membuat penampilan pertama melalui trak pikap elektrik R1T, Rivian kini mahu mengembangkan lagi barisan produk mereka dengan pengenalan model R2. Ia adalah lebih kecil berbanding satu lagi SUV daripada syarikat itu, R1S, dan meletakkan Tesla Model Y sebagai sasaran dalam segmennya.

    Dibina atas platform saiz sederhana baru – bersama R3 dan R3X – R2 ini pada keseluruhannya memang nampak seperti R1S yang dikecilkan, dengan konsep badan berpetak yang sama dan juga lampunya. Ia mencatat ukuran panjang 4,715 mm dan tinggi 1,700 mm, menjadikannya 385 mm lebih pendek dan 137 mm lebih rendah berbanding R1S. Jarak pula 140 mm lebih pendek, iaitu 2,935 mm.

    Satu ciri baru yang diletakkan pada R2 ini adalah tingkap tepi paling belakangnya boleh dibuka manakala cermin belakang pula boleh diturunkan untuk memberi pengalaman berbeza kepada pengguna. Sama seperti R1S, ia juga mempunyai ruang simpanan hadapan – bawah bonet – yang besar.

    Konsep rekaan minimalis Rivian terus digunakan pada bahagian dalam R2, dengan papan pemuka berbentuk rata, skrin sesentuh tengah yang besar, panel instrumen digital lebar serta konsol tengah yang seakan terapung. Pada roda sterengnya anda boleh melihat dua butang kawalan berbentuk bulat yang dijadikan besar supaya mudah diguna.

    Demi meningkatkan praktikaliti, bahagian kabin mempunyai banyak ruang meletak barang termasuk di tepi pintu yang menjadi lebih besar kerana pembesar suara tidak diletakkan di situ. Semua lima tempat duduk di dalam SUV ini boleh dilipat rata termasuk yang di hadapan.

    Spesifikasi tidak banyak didedah tetapi Rivian mengesahkan R2 akan datang dengan versi yang menggunakan satu motor, dua motor dan tiga motor elektrik, dan semuanya boleh mencapai jarak gerak lebih 483 km. Apabila dicas menggunakan sumber DC, bateri boleh naik 10-80% dalam masa 30 minit.

     
     
  • BYD Atto 3 MY2023 kini ditawarkan diskaun sebanyak RM20,000; Standard Range berharga RM129,800!

    BYD Atto 3 MY2023 kini ditawarkan diskaun sebanyak RM20,000; Standard Range berharga RM129,800!

    Selepas Chery Omoda E5 dilancarkan minggu ini dengan harga yang begitu kompetitif, perang harga EV antara jenama-jenama China nampaknya sudah bermula – ini dia, BYD Cars Malaysia telahpun mengumumkan bahawa stok model tahun 2023 Atto 3 varian Standard Range kini ditawarkan dengan diskaun RM20,000!

    Ini bermakna SUV tersebut kini dijual pada harga hanya RM129,800 (tidak termasuk insuran dan bayaran atas jalan lain) berbanding harga asal RM149,800. Atto 3 Standard Range ini dibekalkan dengan bateri LFP 49.92 kWj yang memberikan jarak gerak 345 km (WLTP), berbanding Chery Omoda E5 yang dijual pada harga atas jalan RM146,800 tetapi dengan bateri LFP 60.48 kWj yang memberikan jarak gerak WLTP 430 km.

    Harga yang ditawarkan ini juga mungkin memberikan satu lagi pilihan bagi pembeli yang mungkin sudah merancang untuk membeli varian tertinggi hatchback EV BYD Dolphin Premium Extended Range yang dijual pada harga RM125,730. Dengan hanya RM4,000 lebih mahal, Atto 3 Standard Range menawarkan ruang dan praktikaliti lebih luas, tetapi dengan jarak gerak lebih pendek berbanding Dolphin Premium Extended Range.

    Sekali lagi diingatkan, rebat RM20,000 ini hanya untuk Atto 3 Standard Range bagi model tahun buatan 2023 sahaja, sehingga kehabisan stok. Namun kami diberitahu bahawa Atto 3 Extended Range yang lebih laris turut diberikan diskaun, tapi dalam jumlah berbeza.

    Kedua-dua varian BYD Atto 3 pasaran Malaysia ini menerima motor elektrik tunggal memacu roda hadapan yang sama, menghasilkan 204 PS (150 kW) dan tork maksima 310 Nm, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat. Selain dari bateri, varian ER turut menerima kelengkapan lebih baik seperti set rim aloi 18-inci (17-inci pada SR), penegcas pantas DC 80 kW (70 kW pada SR), pengecas tanpa wayar Qi, lapan pembesar suara, lampu suasana kabin pelbagai warna dan pintu tailgate bantuan kuasa.

    Perincian lain yang dibekalkan standard untuk kedua-dua varian adalah termasuk lampu hadapan LED, tempat duduk hadapan larasan kuasa, skrin sesentuh 12.8-inci yang boleh diputar, bumbung panaromik, fungsi V2L 3.6 kW serta sistem bantuan pemanduan dengan kebolehan pemanduan autonomi Tahap 2.

    GALERI: BYD Atto 3 Standard Range

     
     
  • JPJ umum sistem MySikap diselenggara 9-10 Mac, 12.01 t/malam-6 pagi, beberapa perkhidmatan terjejas

    JPJ umum sistem MySikap diselenggara 9-10 Mac, 12.01 t/malam-6 pagi, beberapa perkhidmatan terjejas

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan pihaknya akan melakukan penyelenggaraan sistem MySikap dari jam 12.01 tengahmalam pada 9 hingga 6 pagi 10 Mac 2024.

    Di mana terdapat beberapa perkhidmatan yang akan terjejas iaitu portal awam dan portal rakan niaga, integrasi bersama agensi dan rakan niaga, kaunter JPJ di UTC, JPJ Mobile, aplikasi MyJPJ, JPJeBid dan juga Kios JPJ.

    Nasib baik jugalah gangguan capaian perkhidmatan ini berlaku pada waktu malam hujung minggu, bukan hari bekerja. Jadi, bagi yang ada urusan dengan JPJ, harap bersabar.

     
     
  • Lampu isyarat di bulatan Bank Negara mulai hari ini

    Lampu isyarat di bulatan Bank Negara mulai hari ini

    Untuk pengguna jalan raya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, ini ada makluman buat anda. DBKL telah mengumumkan ujian lampu isyarat di Bulatan Dato Onn sudah bermula. Ujian ini akan berlangsung selama satu bulan, mulai hari ini, 8 Mac 2024.

    Jika anda tidak begitu mengetahui di manakan terletaknya bulatan ini, ia adalah bulatan yang menghubungkan Jalan Parlimen, Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching. Ia juga dikenali sebagai bulatan Bank Negara dan juga berhampiran dengan Dataran Merdeka. Selalunya bulatan berkenaan memang cukup sibuk dengan trafik.

    Jadi, sila patuhi lampu isyarat terbabit, jangan suka hati memecut laju apabila lampu bertukar kuning dan sila berhenti bila lampu merah menyala. Hati-hati di jalan raya.

     
     
  • smart Setia Alam milik Wheelcorp EV kini dibuka

    smart Setia Alam milik Wheelcorp EV kini dibuka

    Bilik pameran terbaharu jenama smart kini secara rasmi telah dibuka di Setia Alam. Diuruskan oleh Wheelcorp EV, bilik pameran tersebut menampilkan rekaan kontemporari dan persekitaran premium dengan keluasan 800 meter persegi serta menyediakan dua pengecas 150 kW DC untuk kegunaan pelanggan.

    Selain dari ruang untuk mempamerkan pelbagai varian model pertama smart selepas dilancarkan semula ke Malaysia iaitu #1, smart Setia Alam turut menawarkan khidmat servis selepas jualan menerusi empat ruang kerja yang dibuat untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rutin dan pembaikan khas.

    “Pembukaan ini menandakan detik penting buat kami. Di smart Setia Alam, inovasi dan kepuasan pelanggan adalah teras kepada nilai kami. Saya teruja untuk mengalu-alukan kedua-dua pemilik smart sedia ada dan akan datang untuk merasai layanan kami serta produk dan perkhidmatan yang luar biasa,” kata Alvin Liew, prinsipal smart Setia Alam.

    smart Setia Alam terletak di No. 1, Jalan Setia Murni U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor. Ia dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 7 petang dari Isnin hingga Sabtu, sementara hari Ahad pula ia beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.

     
     
  • Carro ambil alih platform kenderaan terpakai Beyond Cars di Hong Kong — perluas pasaran perniagaan

    Carro ambil alih platform kenderaan terpakai Beyond Cars di Hong Kong — perluas pasaran perniagaan

    Syarikat induk myTukar, Carro telah mengumumkan pengambil-alihan platform kereta terpakai Hong Kong, Beyond Cars. Dengan perkembangan tersebut, Carro kini meluaskan kehadirannya kepada tujuh pasaran, terdiri daripada Singapore, Malaysia, Indonesia, Thailand, Japan, Taiwan dan kini Hong Kong.

    Beyond Cars ditubuhkan pada 2016, dan telah berkembang menjadi sebuah ekosistem menyeluruh untuk pelanggan yang ingin membeli dan menjual kenderaan mereka — sebuah kitaran penuh melibatkan khidmat konsainan, pembiayaan pengedar, pembiayaan sewa beli dan perkhidmatan insurans.

    Platform kenderaan terpakai Hong Kong ini telah menjana keuntungan selama tiga tahun, dan dengan pengambil-alihan ini Carro ingin meneruskan pertumbuhan itu dengan jangkaan bagi compound annual growth rate (CAGR) yang lebih daripada 50% dalam tempoh tiga tahun, jelas Carro dalam satu kenyataan.

    “Kami melihat potensi besar di Hong Kong untuk tahun mendatang. Beyond Cars merupakan pemain utama dan unik yang memanfaatkan saluran e-dagang dan teknologi di dalam pasaran kenderaan terpakai di sana. Ini tentunya selari dengan pendekatan kami, yang turut berkongsi matlamat perniagaan yang sama,” ujar CEO dan Pengasan Bersama Carro, Aaron Tan.

    Carro ambil alih platform kenderaan terpakai Beyond Cars di Hong Kong — perluas pasaran perniagaan

    “Dengan adanya hubungan erat bersama pengeluar EV global dan kemampuan untuk memeriksa, servis dan menyelenggara kenderaan, kami juga ingin membawa kepakaran kami ke Hong Kong dan menjadi pilihan yang paling dipercayai oleh pelanggan yang mencari EV terpakai yang dalam keadaan seperti baru,” tambah Tan.

    Susulan perkembangan tersebut, Beyond Cars akan terus diterajui oleh CEO dan Pengasas Bersama Beyond Cars Hong Kong, Garry Yu, dan COO Luke Yip dengan perniagaan itu akan disepadukan dengan platform berasaskan data Carro serta teknologi lengkapnya termasuk kemampuan AI untuk harga, pengurusan inventori dan proses pemeriksaan.

    “Sejak dilancarkan pada 2016, misi kami adalah unutk sentiasa memberikan pengalaman jual beli kenderaan yang mudah dan telus. Dengan kehadiran Carro, saya yakin kami akan mampu mengubah pasaran kereta terpakai di Hong Kong dan menjadi pilihan nombor satu untuk pelanggan,” ujar Garry Yu.

    Carro juga akan bekerja ke arah memperluas rangkaian kerjasama Beyond Cars, dan terus membangunkan perkhidmatan sampingan merangkum teknologi berkaitan insurans, pembiayaan dan lepas jualan di Hong Kong.

     
     
  • BNM kekalkan OPR 3% selepas mesyuarat Mac 2024

    BNM kekalkan OPR 3% selepas mesyuarat Mac 2024

    Susulan mesyuarat Jawatankuasa Polisi Kewangan semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan kadar polisi semalaman (OPR) pada 3%. Kadar berkenaan kekal sama sejak Mei 2023 selepas dinaikkan kali terakhir sebanyak 25 poin asas daripada 2.75%.

    Untuk maklumat, pinjaman kenderaan terkesan dengan OPR, yang sekiranya dikenakan peningkatan kadar akan menyebabkan pinjaman sewa-beli menjadi lebih mahal dan kelulusannya juga lebih ketat. Ini tentunya akan turut memberi kesan kepada kepada jualan kenderaan.

    Menurut BNM, tahap OPR ini adalah selari dengan kesihatan ekonomi semasa dan kekal menjadi pemangkin pertumbuhannya dan mampu membendung inflasi. Mesyuarat BNM untuk OPR ini diadakan setiap dua bulan.

    BNM kekalkan OPR 3% selepas mesyuarat Mac 2024

     
     
  • Raub Bypass di Lingkaran Tengah Utama akan dibuka mulai 12.01 tengahmalam ini – laluan sepanjang 6.4 km

    Raub Bypass di Lingkaran Tengah Utama akan dibuka mulai 12.01 tengahmalam ini – laluan sepanjang 6.4 km

    Jika anda ingin ke Pantai Timur atau pun datang dari arah sana, kini anda boleh memendekkan tempoh perjalanan kira-kira 30 minit dengan melalui Seksyen 5A: Raub ByPass di Lebuhraya Tengah Utama (LTU) yang akan dibuka secara rasmi mulai 12.01 tengah malam ini, 8 Mac 2024.

    Di mana dengan menggunakan laluan ini, anda tidak lagi perlu melalui Bandar Bentong dan Bandar Raub terutama ketika waktu puncak, musim perayaan dan cuti umum.

    Pelancaran sebahagian Seksyen 5A: Raub ByPass sepanjang 6.4 kilometer ini telah disempurnakan oleh Dato Sri Alexander Nanta Linggi selaku Menteri Kerja Raya bersama Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. LTU sebelum ini dikenali sebagai Projek Central Spine Road (CSR).

    Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), pembukaan jajaran ini akan memberi manfaat kepada pengguna jalanraya dengan memendekkan masa perjalanan dari Leburaya Pantai Timur ke Kuala Lipis, Pahang tanpa perlu melalui Bandar Bentong dan Raub dengan jarak perjalanan sepanjang 45.3 km.

    “Jarak ini mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja dan pastinya menjadi laluan pilihan yang penting dan menjimatkan dari segi masa dan kos perjalanan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi,” kata KKR menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Panjang Seksyen 5A: Raub ByPass ini adalah 9.6 km keseluruhannya dan dengan pembukaan 6.4 km pada hari ini serta 600 meter yang telah dibuka pada 25 Jun 2023 lalu, menjadikan jumlah jajaran yang telah dibuka adalah sepanjang 7 km.

    Baki sepanjang 2.6 km dijadualkan akan disiapkan pada Jun 2024. Kerja-kerja pembinaan Seksyen 5A ini bermula pada 13 Jun 2019 dengan melibatkan kos berjumlah RM 252.5 juta dengan skop kerja utama ialah membina jalan baharu empat lorong dua hala (dual carriageway) dengan reka bentuk menepati piawaian JKR R5.

    Raub Bypass di Lingkaran Tengah Utama akan dibuka mulai 12.01 tengahmalam ini – laluan sepanjang 6.4 km

    Projek LTU merupakan sebuah projek KKR membina jalan baharu dan menaiktaraf jalan sedia ada kepada empat lorong dua hala sepanjang hampir 299.4 km dari Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Bentong, Pahang.

    Jajaran LTU di Pahang melibatkan empat pakej utama iaitu Pakej 3 sehingga Pakej 6 sepanjang 169.10 km dan dipecahkan kepada 16 seksyen. Sembilan seksyen sepanjang 106.85 km telah siap mengikut masa dan tujuh lagi seksyen sepanjang 62.25 km sedang dalam pembinaan.

    Terdahulu, Seksyen 5C dan 5D bermula dari Jalan Susur Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak melalui Persimpangan Benus, Bulatan Mempaga dan berakhir di Persimpangan Keruntung sepanjang 22.3 km telah dibuka kepada pengguna jalan raya pada 5 Oktober 2021 dan diwartakan sebagai Laluan Persekutuan 34 (Lingkaran Tengah Utama). Manakala Seksyen 5B: Kg. Orang Asli Sg. Chandan Ke Kg. Asap sepanjang 16 km dan sebahagian Seksyen 5A (Persimpangan Krau, Raub) sepanjang 600 m pula telah dibuka pada 25 Jun 2023.

     
     
  • Dodge Charger Daytona 2024 – muscle car EV pertama di dunia, sehingga 670 hp/850 Nm, jarak gerak 510 km

    Dodge Charger Daytona 2024 – <em>muscle car</em> EV pertama di dunia, sehingga 670 hp/850 Nm, jarak gerak 510 km

    All-new 2024 Dodge Charger Daytona Scat Pack

    Selepas muncul dalam versi konsep sekitar dua tahun lalu, jenama automotif Amerika Syarikat yang terkenal dengan penghasilan muscle car iaitu Dodge kini mendedahkan model produksi sebenar Dodge Charger Daytona 2024, iaitu muscle car pertama dengan unit rangkaian kuasa elektrik penuh (EV) keluarannya.

    Menurut Dodge, Charger generasi kelima ini bukan hanya akan tampil dalam versi EV, tetapi ia masih bakal ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman selepas ini. Charger Daytona EV 2024 ini dihasilkan menerusi platform EV Stellantis iaitu STLA Large yang menggunakan asas sistem elektrikal 400-volt, bersama pek bateri 100.5 kWj yang mampu mencapai kadar discaj puncak 550 kW.

    Ia ditawarkan dalam dua tahap kemasan iaitu R/T dan Scat Pack, di mana kedua-duanya dilengkapi dengan dua motor elektrik bagi memacu semua roda. Motor elektrik berkenaan merupakan antara komponen yang diletakkan di dalam modul pacuan elektrik (EDM), yang turut merangkumi unit inverter serta kotak gear nisbah tunggal.

    Setiap EDM berkenaan menghasilkan kuasa pacuan 335 hp (250 kW) dan tork maksima 407 Nm, masing-masing diletakkan pada gandar hadapan dan belakang. Menurut Dodge, EDM yang memacu gandar belakang (RDM) pula disertakan sekali dengan unit LSD mekanikal.

    Dodge Charger Daytona 2024 – <em>muscle car</em> EV pertama di dunia, sehingga 670 hp/850 Nm, jarak gerak 510 km

    All-electric, all-wheel-drive Dodge Charger Daytona models are driven by a 400V propulsion system that delivers supercharged V-8 power with zero tailpipe emissions and instant torque response. The partial vehicle image of the Dodge Charger Daytona Scat Pack highlights the wheels, half-shafts, front and rear electric drive modules and the high voltage battery pack.

    Bagi varian R/T, kedua-dua EDM berkenaan menghasilkan kuasa gabungan 496 hp dan tork maksima 548 Nm. Manakala varian Scat Pack pula, ia menerima kuasa keseluruhan 670 dan tork maksima 850 Nm. Walau bagaimanapun, kuasa penuh seperti yang dinyatakan ini hanya selepas fungsi PowerShot diaktifkan – ia memberikan tambahan 40 hp, tetapi hanya dalam tempoh masa 15 saat seperti nitrus oksida, dan pemandu perlu menunggu 30 saat selepas itu untuk menggunakannya sekali lagi.

    Tanpa PowerShot, Charger R/T menghasilkan kuasa 630 hp manakala Scat Pack pula menghasilkan 456 hp. Keliru dengan angka-angka kuasa yang disebut ini bukan? Menurut Dodge, bagi model 2024 R/T datang standard dengan kit tingkat taraf Direct Connection Stage 1 yang memberikan kuasa 496 hp termasuk 40 hp PowerShot. Manakala Charger Daytona Scat Pack 2024 pula, ia diberikan kit Stage yang menampilkan PowerShot 80 hp bagi menghasilkan kuasa penuh 670 hp.

    Dodge juga menyatakan model-model Daytona akan datang memerlukan pelanggan untuk membeli Direct Connection Kit ini bagi meningkat taraf model asas kepada tahap prestasi Stage 1 atau Stage 2.

    Dengan bekalan kuasa yang dibekalkan, Charger Daytona R/T mampu memecut dari 0-96 km/j (0-60 bsj) dalam masa 4.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 216 km/j, sementara Daytona Scat Pack pula boleh membuat pecutan sama dalam masa hanya 3.3 saat dan mencapai kelajuan maksima 220 km/j.

    Dodge Charger Daytona 2024 – <em>muscle car</em> EV pertama di dunia, sehingga 670 hp/850 Nm, jarak gerak 510 km

    2024 Dodge Charger Daytona Scat Pack, shown in Triple Nickel.

    Sama seperti model konsep yang didedahkan pada 2022, model produksi sebenar ini juga menerima sistem Fratzonic Chambered Exhaust yang sudah dipatenkan, bagi memberikan bunyi ekzos kepada EV ini yang didakwa menghasilkan “bunyi dengan tahap perasaan yang sama seperti bunyi Hellcat bagi membezakan Charger dari EV biasa,”

    Selain itu ia turut menerima perincian lain seperti pilihan brek dari Brembo, teknologi brake-by-wire, set roda besar dengan rim 20-inci bersama tayar 305/35R20 di hadapan dan 325/35R20 di belakang, suspensi jenis multi-link di hadapan dan jenis bebas di belakang serta dipadankan dengan penyerap hentak adaptif dua injap berkembar.

    Pemandu juga menerima pelbagai mod pemandu bagi disesuaikan dengan situasi, antaranya Auto, Eco, Sport, Wet/Snow, Track dan Drag. Bagi Daytona Scat Pack, ia juga menerima mod tambahan seperti Donut dan Drift, manakala semua varian dibekalkan dengan fungsi Line Lock, Launch Control, Race Prep dan Performance Pages.

    Untuk mengecas, Charger Daytona ini menyokong pengecasan pantas DC sehingga 350 kW, yang membolehkan bateri dipenuhkan dari kadar 20-80% dalam masa hanya 27 minit. Dengan satu cas penuh, Dodge mendakwa Daytona R/T mampu bergerak sejauh 510 km, sementara Scat Pack pula sejauh 418 km.

    Bagi model yang dijana oleh enjin pembakaran dalaman pula, Charger generasi kelima ini dipadankan dengan enjin 3.0 liter enam-silinder sebaris disuap dua pengecas turbo, iaitu enjin yang sama memacu Jeep Grand Wagoner. Enjin tersebut ditawarkan dalam dua versi talaan iaitu 420 hp bagi varian Charger Sixpack S.O, dan 550 hp pada varian Sixpack H.O.

    Kedua-dua varian ini menerima sistem pacuan semua roda, namun Dodge masih belum mendedahkan perincian lebih lanjut untuk versi yang dijana enjin petrol ini. Walau bagaimanapun apa yang pasti, tiada varian yang diberikan enjin V8 pada Charger generasi kelima ini.

    Dari segi rupa, Dodge Charger baharu ini menggunakan semula konsep badan liftback seperti model generasi kedua iaitu model yang sering dikaitkan dengan watak Dominic Toretto dalam filem The Fast & Furious. Ia juga mengenakan gril hadapan dengan logo Fratzog yang digunakan pada model-model era 1960’an dan 1970’an.

    Ia bukan hanya ditawarkan dalam versi coupe dua pintu, malah Charger generasi baharu ini turut menampilkan versi sedan empat pintu. Sebagai muscle car sebenar, Charger masih tampil dengan badan yang besar, dihasilkan sekitar 5,191 mm panjang dan 2,133 mm lebar, manakala jarak roda kedua-dua versi badan adalah sama.

    Dodge Charger Daytona 2024 – <em>muscle car</em> EV pertama di dunia, sehingga 670 hp/850 Nm, jarak gerak 510 km

    The exterior’s pure design aesthetic carries over to the dynamic, driver-focused interior design of the all-new Dodge Charger, enhancing the modern, visceral feel of the new cockpit. Interior shown includes Plus Group, Carbon & Suede Package and Track Package with Demonic Red seats for the Dodge Charger Daytona Scat Pack.

    Dalam kabin, Charger 2024 ini menerima paparan instrumen digital dengan pilihan skrin 16-inci atau 10.25-inci, dan juga skrin infotainmen bersaiz 12.3-inci yang diatur menghala ke pemandu. Ia masih menampilkan banyak butang-butang suis fizikal, bersama tuil gear “pistol-grip” rekaan istimewa terletak pada konsol terowong.

    Dodge turut menawarkan upholsteri tempat duduk kombinasi fabrik/leatherette dan kulit Nappa, bersama beberapa perincian opsyen lain seperti bumbung kaca sepenuhnya, lampu suasana 64-warna, paparan head-up, kemasan karbon dan sued, pad pengecas tanpa wayar, serta sistem bunyi Alpine dengan sembilan- atau 18-pembbesar suara.

    Manakala sistem infotainmen Uconnect 5 bersama Apple CarPlay/Android Auto sambungan tanpa wayar dan juga Dodge Connected Service dipadankan secara standard.

    Kesemua model Charger generasi baahru ini juga menerima sistem keselamatan aktif seperti brek kecemasan automatik, cruise control adaptif bersama stop & go dan pengekal tengah lorong, pemantau titik buta dan pengenal tanda trafik. Pelanggan turut boleh memilih untuk menambah perincian lain seperti penderia parkir sekeliling badan, kamera 360-darjah dan juga kamera titik buta.

    Dodge Charger 2024 ini akan diproduksi di kilang Dodge Windor, bermula dengan versi Daytona coupe dua-pintu pada pertengahan 2024, manakala model-model lain pula akan mula diproduksi pada suku pertama 2025.

     
     
  • Husqvarna Svartpilen 801 sah akan tiba tahun ini – teaser disiar, perincian lanjut akan didedah 19 Mac

    Husqvarna Svartpilen 801 sah akan tiba tahun ini – teaser disiar, perincian lanjut akan didedah 19 Mac

    Teaser pendek yang dikeluarkan oleh Husqvarna hujung bulan lalu kini sudah ada sambungannya dan pengeluar dari Sweden itu juga mendedahkan model sebenar yang ditunjuk – ia adalah Svartpilen 801 dan disahkan akan memasuki pasaran sebagai model tahun 2024.

    Video berdurasi satu minit lebih yang disiar menunjukkan motosikal naked tersebut dibelasah dalam dua keadaan berbeza – litar flat track tanah merah dan juga litar ais. Ini bagi menunjukkan ia telah diuji secara menyeluruh dan memainkan peranan penting dalam pembangunan sebuah motosikal serba boleh yang menggalakkan penggunanya untuk keluar daripada kebiasaan.

    Sama seperti Svartpilen lebih kecil yang dikeluarkan sebelum ini, model 801 ini juga menggunakan rekaan inspirasi daripada motosikal scrambler dan datang dengan panel badan minimalis. Ia juga diberitahu akan datang dengan kelengkapan seperti suspensi WP boleh laras, steering damper serta quickshifter yang dipanggil sebagai Easy Shift.

    Husqvarna Svartpilen 801 sah akan tiba tahun ini – teaser disiar, perincian lanjut akan didedah 19 Mac

    Untuk enjin, Husqvarna cuma mendedahkan ia akan menggunakan unit dua silinder selari berkuasa 105 hp, tetapi kita boleh tahu ini adalah enjin 889 cc yang sama seperti Norden 901. Berat pula diberitahu adalah 181 kg, tetapi tidak dinyatakan sama ada dalam keadaan siap dengan minyak atau kering. Melihat kepada spesifikasi motosikal Husqvarna yang dikeluarkan sebelum ini, ia mungkin adalah berat kering.

    Perincian lanjut termasuk spesifikasi, gambar sebenar serta data teknikal Svartpilen 801 ini akan didedahkan kepada dunia 19 Mac ini.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.18 (+0.02)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.13
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (+0.02)
EURO 5 B7 RM3.10 (+0.02)
Last Updated Sep 11, 2025