Husqvarna Svartpilen 801 sah akan tiba tahun ini – teaser disiar, perincian lanjut akan didedah 19 Mac

Husqvarna Svartpilen 801 sah akan tiba tahun ini – teaser disiar, perincian lanjut akan didedah 19 Mac

Teaser pendek yang dikeluarkan oleh Husqvarna hujung bulan lalu kini sudah ada sambungannya dan pengeluar dari Sweden itu juga mendedahkan model sebenar yang ditunjuk – ia adalah Svartpilen 801 dan disahkan akan memasuki pasaran sebagai model tahun 2024.

Video berdurasi satu minit lebih yang disiar menunjukkan motosikal naked tersebut dibelasah dalam dua keadaan berbeza – litar flat track tanah merah dan juga litar ais. Ini bagi menunjukkan ia telah diuji secara menyeluruh dan memainkan peranan penting dalam pembangunan sebuah motosikal serba boleh yang menggalakkan penggunanya untuk keluar daripada kebiasaan.

Sama seperti Svartpilen lebih kecil yang dikeluarkan sebelum ini, model 801 ini juga menggunakan rekaan inspirasi daripada motosikal scrambler dan datang dengan panel badan minimalis. Ia juga diberitahu akan datang dengan kelengkapan seperti suspensi WP boleh laras, steering damper serta quickshifter yang dipanggil sebagai Easy Shift.

Husqvarna Svartpilen 801 sah akan tiba tahun ini – teaser disiar, perincian lanjut akan didedah 19 Mac

Untuk enjin, Husqvarna cuma mendedahkan ia akan menggunakan unit dua silinder selari berkuasa 105 hp, tetapi kita boleh tahu ini adalah enjin 889 cc yang sama seperti Norden 901. Berat pula diberitahu adalah 181 kg, tetapi tidak dinyatakan sama ada dalam keadaan siap dengan minyak atau kering. Melihat kepada spesifikasi motosikal Husqvarna yang dikeluarkan sebelum ini, ia mungkin adalah berat kering.

Perincian lanjut termasuk spesifikasi, gambar sebenar serta data teknikal Svartpilen 801 ini akan didedahkan kepada dunia 19 Mac ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required