Harga bahan api Feb 2016: RON 95 turun 10 sen, RON 97 turun 20 sen dan diesel turun 25 sen

Petronas-Primax-97-Euro-4M-002-BM

Untuk bulan kedua tahun ini menyaksikan penurunan harga ketiga-tiga jenis bahan api utama untuk kenderaan di Malaysia selepas harga minyak seglobal dilaporkan terus menjunam.

Bagi Februari 2016 ini, bahan api RON 97 berharga RM2.05 seliter (termasuk GST) iaitu melibatkan penurunan sebanyak 20 sen (harga bagi Januari 2016 ialah RM2.25 seliter). Manakala RON 95 pula turun sebanyak 10 sen iaitu harga bagi bulan Februari ini ialah RM1.75 seliter (berbanding RM1.85 seliter pada Januari 2016) dan diesel pula mengalami penurunan yang paling besar iaitu 25 sen menjadikannya RM1.35 seliter (berbanding RM1.60 seliter pada Januari 2016).

Ekoran harga bahan api dunia yang tidak menentu, pada 24 Disember lalu, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak telah menggesa pihak kerajaan untuk menyemak harga bahan api secara mingguan atas alasan konsep sistem apungan harga terkawal boleh menyebabkan kerugian besar pada mereka.

Persatuan tersebut memberikan alasan, sistem apungan harga yang dilaksanakan sekarang memberikan kesan terhadap jumlah bekalan bahan api yang dihantarkan kepada mereka.

Walau bagaimana pun, sehingga kini, masih tiada keputusan dibuat memandangkan sistem apungan harga terkawal perlu dikaji semula dan belum mendapat sebarang maklumbalas daripada barisan kabinet.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • kalau sesiapa perasan harga petrol ron 95 dan harga diesel pada bulan2 sebelum ni hanya berbeza antara 10-20 sen saja.. tapi lihat pada bulan ni berapa jauh bezanya.. apakah harga berkenaan agak balence dengan harga minyak jenis lain?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required