Pandu uji kereta Proton dahulu sebelum nilai – Tun M

Proton Press Conference Tun Mahathir 1

Berikutan pelbagai persepsi negatif yang timbul terhadap Proton waima di negara sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) menggesa semua rakyat Malaysia untuk memandu uji model terbaharu jenama itu sebelum mengkritik atau menilai. Ia diluahkan menerusi kenyataan daripada blognya berikutan kejayaan Proton dalam membangunkan barisan enjin terbaharu di UK.

“Proton menyedari persepsi negatif terhadap jenama ini di pasaran Malaysia. Terutamanya yang memiliki kenderaan import. Tidak ada apa yang dapat memujuk mereka untuk membeli kereta Proton. Sudah tentu kebanggaan memiliki kereta buatan Malaysia tidak ada pada mereka,” terang Tun M.

Pengerusi Proton itu turut berkata, persepsi tersebut kebanyakannya adalah berkenaan dengan model terdahulu Proton. Namun bagi model terkini, ia jauh sama sekali bezanya berbanding yang terdahulu. Malah ia tampil dengan pelbagai elemen yang kompetitif sama seperti yang ada pada kebanyakan model yang harganya jauh lebih mahal.

“Banyak benda yang telah diberi penambah baikan dan turut menawarkan pelbagai elemen berbanding model kenderaan lain dalam kategori yang sama. Malah, dengan harga yang jauh lebih rendah, banyak elemen dalam kenderaan Proton biasanya hanya ada pada model jenama lain yang lebih mahal. Saya rasa semua pekerja kami termasuk barisan jurutera telah melakukan perkara yang terbaik biarpun tidak ada sokongan dari orang kita sendiri,” ujarnya.

Proton_Iriz_001_BM

Katanya lagi, “Sesuatu perkara itu perlu diadili dengan mengalaminya sendiri. Untuk itu, ia terdapat pada kereta Proton yang baharu. Anda perlu memandu untuk mengetahui kecekapannya. Saya memandu Iriz dan Suprima S dan percayalah, saya sangat seronok memandu kereta ini. Terutamanya Iriz, yang mempunyai stereng berkuasa elektrik. Ia sangat ringan dan ia bertindak balas dengan cepat apabila melakukan pecutan.

Saya fikir kereta Proton layak dipandu uji oleh seluruh rakyat Malaysia. Beritahu kami tentang pengalaman anda. Kritiklah kereta ini. Kami mahukan maklumbalas supaya kami boleh menambah baik kereta ini.”

Jadi selepas membaca artikel ini, adakah anda memiliki hasrat untuk memandu uji mana-mana model terbaharu Proton? Kongsikan pendirian anda bersama kami.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • abg tomyam on Feb 10, 2016 at 11:36 pm

    Setuju. Pandu uji dulu kemudian kritik…

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Mohd Sabidy bin Azmee on Feb 11, 2016 at 8:16 am

    Assalamualaikum.Saya pernah menggunakan proton persona cps dr tahun 2008 hingga 2010.Saya amat teruja dgn sistem kawalan stering yg ada pada persona walaupun hanya B-line tapi seperti kereta import.Pada tahun 2010 saya tukar kereta kepada proton exora cps H-line dan segala apa yg ada pada exora amatlah saya berpuas hati kerana tak kenal maka x cinta.mudah di kendalikan dan saya berbangga memilikinya.Teruskan proton…..siapa lagi yg nak berbangga kalau bukan kita sendiri dgn buatan negara sendiri…

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
    • Malaysian on Feb 11, 2016 at 11:37 am

      Saya juga guna exora cps. Overall ok. Cuma enjin terlalu kurang kuasa. Pikap takde. Tak yakin nak memotong, keluar simpang dll. Mungkin model turbo/cfe ok kot. Tapi bab kualiti dengan keluasan, memang tip top.

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
      • Exora cps sebenarnya berkuasa pada rpm yg tinggi… Untuk dapat pikap yg segera pedal minyak perlu ditekan dengan kuat dan cepat… Sama juga ketika hendak memotong, angkat sekejap pedal dan tekan dengan cepat terus ke lantai…

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • sham serena on Feb 15, 2016 at 9:20 am

      dua2 exora ni saya dah bawak…. exora cps bagi saya tak bagus… enjin mengaum bila nak pecut… berbeza pada exora bold TURBO… memang best bawak exora bold !

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Telah 3 tahun guna preve tiada masalah, pecutan sangat baik, penggunaan petrol sangat optimum, perjalanan jauh tidak menjemukan dan prestasi sangat padan dengan harga.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
    • Preve ada masalah dengan gearbox … Terlalu kerap digunakan untuk mendaki bukit yg curam akibatnya gearbox mudah risak.

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Muhadzi on Feb 11, 2016 at 1:19 pm

    ibu dan bapa saya memang merancang beli kereta kedua diorang . dan ibu saya memilih proton . kereta pertama pun toyota. so x salah kita beli satu import dan satu national kan? dan sekarang ibu saya sudah booking untuk model Proton Iriz

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Preve on Feb 11, 2016 at 1:34 pm

    Sayai percaya model proton terkini lebih baik daripada sesetengah jenama jepun.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Dr Fauzi on Feb 11, 2016 at 1:51 pm

    Proud to own proton waja since 2003. Never give me a headache. Cheap to maintain, good handling…still can achieve top speed at around 200kmh even already 13 yrs of age. Two thumbs up!

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • My Name No Name on Feb 15, 2016 at 8:57 am

    Saya telah memiliki proton gen-2 sejak Disember 2005 – Januari 2016… Sepanjang tempoh tersebut, amat berpuas hati… Tiada kerosakan major sehinggalah bulan lepas.. Tp berbaloilah kerosakan major selepas pakai 10 tahun… Cuma penggunaan petrol dirasakan amat kuat.. Proton perlu lakukan sesuatu jika hendak mengatasi jualan perodua…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Observe on Feb 15, 2016 at 10:50 am

    wow..no bashers?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • skatax on Mar 02, 2016 at 9:08 pm

      I’ll bash on behalf. We used to own 3 protons (not at the same time of course) from Saga Aeroback MEGAVALVE, to Wira Aeroback 1.5 GL and lastly Waja. Enough is enough. The first 2 models was a joy to own, but the last one was a disaster. The spare parts was not cheap even for a national brand.

      Don’t hate proton, but will never own one again.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required