Mitsubishi Triton menerima ciri tambahan di Thailand, tujuh beg udara dan sistem Super Select 4WD II Pajero

dc_1-e1458543998768_BM

Mitsubishi Triton baru sahaja dilancarkan di Malaysia tahun lalu, tetapi dengan persaingan yang sangat tinggi di Thailand, Triton menerima beberapa ciri tambahan baharu untuk kekal kompetitif.

Tiada perubahan disaksikan pada bahagian luaran, tetapi dari rombakan pada trim dilakukan dengan penambahan beberapa peralatan, termasuk stereng teleskopik yang boleh dilaras untuk semua model, serta soket 12V kedua untuk varian King Cab dan Double Cab.

Perubahan terbesar adalah pada varian GLS LTD, sebelum ini tersedia hanya dalam bentuk Double Cab 4×4, kini hadir pula dalam bentuk King Cab dan Double Cab Plus 4×2. Varian tersebut menggantikan varian GLS terdahulu. Kesemua GLS LTD dilengkapi dengan roda stereng empat-jejari yang diambil terus dari Pajero Sport.

dc_4_BM

Tambahan untuk model spesifikasi tertinggi Double Cab 4×4 LTD 5AT, ia kini dilengkapi dengan sistem pacuan empat-roda Easy Select 4WD yang disadur terus dari sistem Super Select 4WD II Pajero Sport. Sistem tersebut memberikan mod 4H pacuan empat roda sepanjang masa, dengan unit karbeda tengah yang mengagihkan tork antara bahagian hadapan dan belakang. Mod 4HLc dan 4LLc akan mengunci unit karbeda, sama seperti mod 4H dan 4L seperti sistem terdahulu, manakala mod 2H pacuan dua roda dikekalkan untuk penggunaan bahan api yang lebih efisien.

Juga ditambah pada spesifikasi tertinggi adalah beg udara sisi dan langsir, menjadikan jumlah keseluruhan beg udara ialah tujuh unit – yang sebelum ini hanya hadir sebagai opsyen. Stabiliti Aktif dan Kawalan Cengkaman (ASTC) juga dilengkapkan pada varian tersebut sebagai standard seperti sebelum ini.

Tidak ada perkhabaran lagi sama ada model di Malaysia akan turut menerima penaiktarafan seperti ini atau tidak. Tetapi dengan persaingan yang agak sengit dengan Nissan Navara NP300 dan Ford Ranger facelift, tidak mustahil Triton di Malaysia dinaik taraf seperti di Thailand.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required