Wah! Nampaknya Proton Persona 2016 seakan sedang menanti detik untuk dilancarkan pada tahun ini. Pastinya selepas pelancaran Proton Perdana 2016. Foto dari pembaca paultan.org Arvin R ini telah dirakamkan di sekitar Kuala Lumpur.
Model Iriz versi sedan ini dikesan sedang menjalani pengambaran video/foto di tempat awam. Nampak jelas ia dibangunkan berdasarkan Iriz. Jelas kelihatan tiang-A pada suku daripada bahagian tingkapnya, cermin sisi dan roda 14-inci yang diadaptasikan daripada hatchback segmen-B itu.
Boleh dikatakan kebanyakan visual yang dilihat nampak unik untuk model baharu, termasuk bahagian hadapan yang lebih mempersona dengan kehadiran lampu utama reflektor (dengan grafik yang agak sarat), gril krom yang kelihatan ‘terapung’ lebih kurang seiras dengan Honda Civic serta rekaan bampar bawah yang dipertingkatkan. Tidak dinafikan ia kelihatan tampan, terutamanya di bahagian hadapannya.
Di bahagian belakangnya pula, kelihatan sideblade Iriz pada bahagian bawah pintunya, namun ia telah dipanjangkan melepasi roda belakang, hingga ke kawasan bampar belakang. Garisan berkarakter halus pada gerbang roda belakang telah melunjur ke lampu belakang berbentuk-badam baharu, yang dipasang sedikit tinggi di bahagian butnya yang pendek.
Apa yang jelas kelihatan pada model yang merupakan varian asas ini ialah, pemegang pintunya yang tidak dicat seperti warna badan, cermin sisi, tiang-B sama warna dengan badan dan roda yang kecil. Mungkin untuk varian yang lebih tinggi, elemennya akan lebih menarik, termasuk sama ada lampu kabus atau lampu nyalaan siang LED di hadapan.
Enjin Iriz 1.3 liter dan 1.6 liter VVT dijangka akan dipadankan bagi Proton Persona 2016 yang bakal dilancarkan ini, namun kita akan tahu lebih banyak perinciannya menjelang masanya. Jadi, apa pendapat anda mengenai Persona 2016? Kongsikan komen anda bersama kami.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
design tayar kecik,sama mcm saga,mcm lori pakai tayar kancil,sampah..
pakai je tayar besar. Apa susah?
Looks nice..I want one if the price justified..hehe
Bagus proton telah belajar sesuatu… kekalkan nama model terdahulu walaupun design telah berubah sepenuhnya.
Sepatutnya ini telah lama dilakukan.. tidak perlu Preve tapi kekalkan dgn jenama Waja atau Suprima S biarkan saja dgn nama Wira. Bayangkan pengikut/peminat yg telah sedia ada utk market design baru…
legasi kan..
dah mcm almera plak… huduh..
Taklah….Almera nampak hodoh. Persona R ni nampak cun
relax la bro.. gambar yg leak ni pun 1.3cc punya.. pasti yg 1.6cc akan masuk dgn rim 15″.. sama mcm Iriz 1.6cc
Ntah kenapa proton syok sangat buat ruang tayar kecik..mcm saga tuh.. #loripakaityrkancil
Ni bkan fullspec. Kire ok la tu korg nk cntiq mcm mne lg support la sikit kete lokal
kalau setakat mampu pakai vios dugong atau honda city kotak toksah komplen lebih lebih , aku pakai beemer M4 pun bangga dgn proton sebab proton saga orion 1st car aku , sampai sekarang ok
Bentuk yang menaik. Tahniah proton. Buat yang suka kutuk model tempatan ni haap ubah lah fikiran den tanggapan yang sentiasa memandang endah buatan tempatan. Saya penah pakai honda banyak jugak masalah, penah pakai toyota camry baru pun banyak juga masalah. Kesimpulannya keeta ni sesuai dengan nilainya
harga faktor utama
satu lagi proton please la buka spare part dealer yg bertauliah ygf menjual barangan original, sekarang ne banyak kedai spare part yg jual barangan immitation pada harga original, berilah option kepada berpendapatan rendah yg punya kemahiran utk service kenderaan mereka sendiri bagi yg berpendapatan sederhana mereka pasti akan ke pusat service utk keselesaan dan ketenangan fikiran disebabkan kakitangan yg terlatih