Kesemua 29 pusat jualan Suzuki kini bertukar menjadi Proton Edar – jualan bagi jenama Suzuki ditamatkan

Proton-Suzuki-dealership-signing

Hasil daripada jalinan usahasama dengan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd, Proton Holdings Bhd telah mengumumkan pengambilalihan 29 pusat servis Suzuki iaitu 25 daripadanya merupakan pusat servis 3S dan empat 4S. Seperti mana sedia maklum, Suzuki kini tidak lagi berkhidmat di Malaysia.

Dengan itu, kesemua pusat servis terbabit kini ditukar menjadi antara cawangan Proton Edar tetapi akan mempamerkan kedua-dua logo iaitu Proton dan Suzuki.

Walau bagaimana pun, ia akan terus menyalurkan perkhidmatan menyelenggara dan membaiki bagi sejumlah 48,000 kenderaan milik pelanggan Suzuki sedia ada di Malaysia.

Pengambilahan ini turut membuka peluang kepada para pengedar Suzuki untuk mengembangkan perniagaan mereka termasuk menjual model Proton. Malah ramai pengedar Suzuki turut meluahkan perasaan teruja untuk menjual kenderaan Proton.

Menurut CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, perkara ini adalah susulan daripada perjanjian sefahaman yang ditandatangani pada 15 Jun 2015 iaitu di antara Proton, DRB-Hicom dan Suzuki.

Proton-Suzuki-dealership-outlets

“Kerjasama ini dilihat sebagai satu lagi langkah bagi Proton untuk bergerak lebih progresif dan mengembangkan lagi rangkaian edaran, vendor, kemahiran tenaga kerja, perkongsian platform dan teknologi,” ujar Harith.

Pengarah Urusan Suzuki Automobile Malaysia Sdn Bhd (SMA) Masashi Fukuda pula berkata, “SMA sangat berbangga dapat berkhidmat untuk pelanggan di Malaysia sejak lebih sedekad yang lalu. Pengambilalihan bilik pameran Suzuki sedia ada ini dengan Proton dilihat mampu memantapkan lagi perkhidmatan selepas jualan seperti mana yang dikehendaki oleh para pelanggan kami.”

Pemilik kenderaan sedia ada Suzuki kini boleh terus mendapatkan perkhidmatan selepas jualan dan pelindungan waranti termasuk alat ganti tulen Suzuki di semua pusat servis yang terbabit.

“Dengan penambahan 29 pusat servis 3S dan 4S baharu ini, ia dilihat mampu memperkukuhkan lagi rangkaian Proton dan memperhebatkan lagi komitmen kami bagi memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan,” akhiri Harith.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • i smell maruti – suzuki mera nam kiya he…

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • kalam on Jan 14, 2016 at 10:07 pm

    Proton sales drop. But proton still supporting others.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Faroukgila on Jan 14, 2016 at 10:22 pm

    Sebelom nie TDM dah bagi tau . Mungkin proton akan. Mengikut prospek bisness produa kerana produa melanggar syarat dgn menjual kenderaan ber cc saing proton. Sdngkan penubuhan produa untuk kenderaan ber CC bawah 1000. Tetapi sekarang produa dah bersaing dgn proton dhn kenderasn.ber CC1500.
    Jadi ini adalah satu stretegi proton untuk mengeluarkan.kenderaan.ber CC kecil dgn mengadakan kerjasama dgn syarikat suzuki.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required