Petron Blaze 100 Euro 4M dilancarkan di Malaysia

Petron-Blaze-100-Euro-4M-1_BM

Petron Malaysia telah melancarkan bahan api baharu Petrol Blaze 100 Euro 4M bagi pasaran tempatan. Majlis pelancarannya telah di Stesen Petron Batu Tiga, Shah Alam, pagi tadi yang disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Petrol Blaze 100 ini dijual pada harga RM2.80 per liter, iaitu sedikit lebih mahal berbanding V-Power Racing yang dijual oleh Shell. Malah ia juga 45 sen lebih mahal berbanding RON 97, yang kini berharga RM2.25 per liter.

Blaze 100 Euro 4M dirumuskan dengan Tri-Activ, sebuah formula mempunyai tiga aksi yang memberikan kuasa, perlindungan enjin dan kilometer lebih baik. Bahan api berprestasi tinggi ini menawarkan tindak balas enjin sangat baik serta kuasa pecutan optimum. Ia turut menawarkan pembersihan enjin luar biasa untuk mengekalkan kecekapan enjin dan penjimatan bahan api lebih baik.

Petron-Blaze-100-Euro-4M-2_BM

Menurut Ketua Jabatan Dagangan Runcitnya, Faridah Ali, pelancaran Petron Blaze 100 Euro 4M adalah sebahagian daripada janji syarikatnya kepada pengguna untuk memperkenalkan bahan api dan perkhidmatan yang inovatif.

Disebabkan faktor pengagihan yang terhad bagi tangki simpanan bahan api yang menawarkan Petron Blaze 100, gred bahan api baharu ini akan menggantikan Petron Blaze 97 yang sedia ada di stesen-stesen yang dipilih. Beliau juga menyatakan bahawa syarikat itu merancang untuk meningkatkan bilangan stesen yang menawarkan RON 100 bahan api bergantung kepada permintaan pengguna.

Dengan pelancaran Petron Blaze 100, pemilik kenderaan jentera berprestasi tinggi (kereta dan motosikal berkuasa tinggi, termasuk model spesifikasi seperti Honda Civic Type R, Toyota 86 dan sebagainya), kini mempunyai pilihan untuk mendapatkan bahan api yang lebih bersesuaian.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Akmal on Jan 15, 2016 at 8:22 pm

    Bolehkah Proton Iriz menggunakan ron 100 ini?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Ken Ching on Jan 18, 2016 at 4:58 pm

      Boleh tapi mungkin tak akan rasa kesan pada prestasi.

      Cuma yang akan paling terasa ialah duit yang keluar.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • kozosbold on Jan 17, 2016 at 11:30 pm

    salam…ada apa2 kesan positif@negatif ke atas enjin turbo spt preve,suprima dan exora bold? mohon penjelasan dpd admin atau pihak proton sbb kami pemilik nak tahu.t.kasih

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Ken Ching on Jan 18, 2016 at 5:00 pm

      Positif saya tak pasti. Tapi bahagian negatif yang saya paling pasti poket makin berlubang pakai RON100.

      Bagi saya RON97 sudah cukup memadai kereta2 biasa di Malaysia kecuali kategori supercar.

      Malah F10 saya pun guna RON95.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required